Langkau ke kandungan utama

TAZKIRAH PRAKTIKAL.

Menziarahi kubur sudah menjadi budaya orang Melayu. Terutamanya selepas solat raya masing-masing menziarahi  keluarga dan sanak saudara.

Ketika itu baru hendak ingat kematian, terutamanya mereka yang terdekat dan telah meninggalkan kita. Kalau sekadar budaya tidak berkesan. Latihan praktikal patut dilakukan dengan tujuan didikan. Iaitu pergi ke kubur dalam suasana yang sunyi dan gelap barulah membantu berikan kesan kepada perasaan kita.


Bagi Abuya dalam kita mendidik nafsu sepatutnya jadikan ziarah kubur sebagai latihan praktikal untuk ingat mati. Ketika era zaman persekolahan kami diasuh supaya sering menziarahi kubur. Ada dikalangan pelajar-pelajar yang tidak makan nasihat, guru bawa mereka ke kubur dengan tujuan untuk menjinakkan nafsu yang liar.


Ada satu masa kami pelajar- pelajar dibawa bersama ikut rombongan pergi ikut program ustaz dijemput oleh masyarakat menyampaikan kuliah.


Pelajar-pelajar dibawa bersama untuk memeriahkan

kuliah tersebut. Ketika perjalanan balik waktu malam van yang membawa pelajar melalui kawasan perkuburan. Guru berhenti- kan van tersebut dan ada dikalangan pelajar yang di minta turun ke kubur dan memegang batu nisan sambil menghadiahkan fatehah. Pelajar berkenaan sampai terkencing dalam seluar kerana ketakutan.


Firman Allah:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Artinya: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran 3:185).


Ajal atau kematian adalah batas dan penamat muktamad bagi fungsi biologi yang mentakrifkan organisma hidup. Ia merujuk kepada peristiwa tertentu dan kepada keadaan yang berterusan yang menyebabkannya. Juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati, mangkat, mampus.


Jasad yang sudah tidak ada roh atau nyawa dikatakan tersurat atau jasad terbujur yang dapat dilihat dengan mata lahir. Jasad lahir setelah dimasukkan ke liang lahat, maka terpisahlah jasad dari keluarganya dan meninggalkan manusia yang meneruskan kehidupan di dunia.Sementa roh sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata lahir. Ia tetap boleh dikesan atau dilihat dengan mata batin.


Ayat-ayat kematian dalam Al-Quran


Berikut ini beberapa ayat dalam Al Quran tentang kematian. Sungguh berulang kali Allah mengingatkan kita akan satu kepastian ini.


يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Artinya: Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir. (Q.S Al-baqarah : 19)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ


Artinya: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Q.S Ali Imran: 102)


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Artinya: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan

ke dalam syurga, maka

sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Q.S Ali Imran: 185)


Selalu orang menangis kerana suami kurang simpati, isteri tidak menghormati, miskin papa orang tidak perduli, kena marah oleh ibu ayah, suami, bos tidak bertimbang rasa, sakit yang serius, kematian orang yang disayangi. Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan, keterlanjuran dengan orang, tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan, amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N