Langkau ke kandungan utama

ANAK KUNCI PERPADUAN.



ANAK KUNCI PERPADUAN.




Kasih sayang adalah anak kunci perpaduan. Abuya telah melagangnya dalam perjuangan dan keluarganya.
Satu hari saya hendak membesarkan projek, lalu perlukan tambahan tenaga  kerja. Saya pun minta izin Abuya, lalu Abuya mengingat kan saya, apakah kamu mampu selesaikan keperluan tenaga kerja tambahan yang kamu perlukan. Dia ada keluarga dan sudah tentu ada keperluan bagi keluarganya juga. Saya membuat pengakuan insyaallah akan saya penuhi dan berunding dengan tuan punya diri keperluannya dan tanggungannya. Begitulah sifat Abuya yang sangat perihatin nasib dan keperluan orang lain.



Manusia itu ada keperluan yang lahir, batin dan yang rohani. Begitulah Abuya membuat ikatan dengan memenuhi keperluan manusia yang lahir dengan pastikan keperluan hidup seseorang. Sementara keperluan maknawi dan rohani ialah ilmu untuk akal dan rohani seperti zikir solat adalah untuk jiwa.Ikatan asas yang dilakukan Abuya ialah dengan mengisi keperluan rohani manusia disamping keperluan lahir.



Era kebangkitan pertama Rasulullah telah satukan dua
kaum iaitu Anshor dan Muhajirin. Baginda telah  mempersaudarakan kaum Anshor dan Muhajirin. Sedangkan kaum Muhajirin berhijrah sehelai sepinggang. Meninggalkan kampung halaman mereka. Meninggalkan rumah, kebun dan harta demi menyahut perintah Rasulullah agar berhijrah ke Madinah. Hatta jika ada anak, isteri atau suami yang tidak mahu berhijrah, maka berangkatlah mereka tanpa membawa orang yang mereka kasihi kerana kasih mereka kepada Allah dan Rasul mengatasi segala-galanya.



Setiba di Madinah, bagi mereka yang tiada membawa pakaian, maka kaum Anshor sanggup menghadiahkan sebahagian pakaian mereka. Yang tiada rumah, sanggup dihadiahkan bilik atau rumah yang lain untuk didiami oleh kaum Muhajirin. Ada yang sanggup korbankan harta seperti kebun kurma atau perniagaan kepada sahabat Muhajirin. Dan satu tawaran yang paling hebat juga pernah berlaku, iaitu ada yang sanggup ceraikan seorang isteri untuk dihadiahkan kepada kaum Muhajirin. Cuma tawaran yang terakhir ini tidak sanggup diterima oleh kaum Muhajirin.



Pernah pula berlaku dalam sejarah, seorang tentera Islam yang sedang nazak dalam pertempuran merintih meminta air kerana kehausan. Maka datanglah seorang remaja membawa air itu sahabat tersebut. Ketika mahu diminum air itu, terdengar rintihan seorang tentera Islam yang tidak jauh dari situ meminta air juga. Lantas sahabat yang pertama meminta agar air itu dibawa kepada tentera yang kedua. Dan bila air itu mahu diminum oleh sahabat ini , dia terdengar seorang sahabat lain yang juga merintih meminta air. Lalu diminta agar remaja itu menghantar air kepada sahabat yang ketiga.



Begitulah kasih sayang yang terjalin di zaman Rasulullah dapat dilihat dalam kehidupan para sahabat. Berlakulah perpaduan serta kekuatan dalam umat Islam beserta iman yang padu dan sempurna. Akhirnya seluruh semenanjung Arab tunduk
di bawah pemerintahan Rasulullah dan para Sahabat. Malah perjuangan diteruskan sehinga ¾ bumi ini pernah diperintah oleh umat Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N