Langkau ke kandungan utama

MEMBINA SEORANG PEJUANG ISLAM.






SELAMAT LAHIR DAN BATIN
Menurut Abuya pejuang adalah penyelamat dan pembela. Sebab itu Abuya mendidik anak-anak nya dari kecil lagi ditanam memilik jiwa pembela dan penyelamat
.Melalui pendidikan daripada kecil lagi dibentuk jiwa pembela. Ini apa yang saya alami. Oleh kerana cita-cita menjadi pejuang atau pembela itu telah ditanam semenjak kecil apabila tidak dapat membela hati yang telah dibina terasa menderita. Kita berjuang untuk selamat daripada Api Neraka.

Suatu hari saya minta izin kepada Abuya untuk mengambil tenaga kerja. Mereka dikalangan orang yang saya kenal. Abuya bertanya kepada saya, apakah kamu mampu menyelesaikan keperluannya
dia mempunyai keluarga yang perlu disaranya, apakah kamu 
boleh penuhi keperluan asasnya. Kalau mampu dilakukan sekaligus itulah pembelaan namanya. 


Pejuang itu adalah pembela.
Selain itu apabila melihat kawan sebaya hanya ingin makan gaji kononya lebih terjamin, ketika itu spontan jiwa saya bercakap saya akan buktikan bahawa atas nama Islam boleh membela mereka yang memerlukan. Begitulah kejayaan Abuya telah bangunkan insaniah saya untuk menjadi pembela.
Pejuang juga ialah orang berjuang selamatkan diri dan keluarganya daripada Api Neraka. Begitu juga  selamatkan diri dari tipuan dunia.Selamat dari tipuan dunia ialah mereka yang berusaha selamatkan diri dan keluarga
daripada kemurkaan Tuhan. Merekalah itulah pejuang sejati. Berjuang menyelamat diri dan orang lain daripada tipuan lahir dan batin. Menyelamatkan yang batin seperti selamat dari tipuan syaitan. Menyelamatkan diri dari yang lahir ialah tipuan dunia.

Roh yang sakit kerana mencintai dunia. Tidak cinta dan takutkan Tuhan.Takut meninggalkan dunia yang dicintai. Tidak takut dengan Tuhan.Hidup yang suka berkhayalkan dunia yang serba indah dan  sementara.Melupakan 
Akhirat yang kekal abadi.Melagang hidup mengikut cara orang ramai
atau mengikut cara orang kafir.

Pendidikan, ekonomi, politik,
kebudayaan, kekeluargaan
dan pentadbiran meniru total
daripada cara hidup orang bukan Islam secara sedar atau tidak sedar. Mazmumah seperti gila dunia,
gila pangkat gila kuasa menjadi buruan.Bukan untuk dibuang.
Riyak,ujub, sombong hasad dengki dipandang ringan sahaja.

Ilmu-ilmu tentang roh,jiwa, hati dan nafsu tidak difahami atau 
diketahui secara samar-samar. 
Berjuang menegak kan Islam langsung tidak berminat. 
Mereka lebih tertarik dengan berhibur-hibur, menonton TV, membeli belah,masak masak,
makan-makan,berkelah,bercerita
 tentang harta benda, kereta,
rumah,rumah,tanah,cerita-cerita drama TV, bola,sukan
dan sebagainya. Semua tadi
tidak dikaitkan langsung dengan Tuhan. Hanya simbang-simbang biasa untuk habiskan masa.

Pejuang yang palsu mudah sakit jiwa atau  rohnya sakit mudah kecewa.Mereka ialah pejuang yang palsu.Pejuang sejati mereka yang sentisa berusaha selamat
diri daripada api neraka. Mereka juga sangat menagih janji Allah. Mereka itu benar-benar berjuang untuk membuktikan yang hak
dan benar apa yang disebut oleh hadis. Sebagaimana Sultan Muhammad Al Fateh
dengan kekuatan taqwa dan
kekuatan lahir hingga berjaya menawan  Konstantinopel.

Pejuang yang batil mereka pilih untuk capai kejayaan melalui jalan orang awam atau orang bukan Islam atau jalan musuh.Pejuang yang batil buat-buat lupa sesuatu yang pasti, sering dilupakan dan tidak dipeduli kan, ialah mati. Yakni berhentinya degupan jantung.Nafas berhenti dan lain-lain pergerakkan. Ketika roh sudah terpisah daripada jasad sudah terlambat.
























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N