Langkau ke kandungan utama

KEMBARA BUKTIKAN KEBENARAN Al QURAN.




KEMBARA BUKTI KEBENARAN Al QURAN.Kembara membuktikan kebenaran Al Quran diterus kan lagi. Xpdc yang diketuai oleh Abuya pada tahun 1985.Xpdc terus menjejak kesan peninggalan sejarah Bani Umayyah. Terlalu banyak pengajaran yang kita dapat bermusafir atau berXPDC bersama Abuya.Kita tentu masih ingat kisah pengembaraan Marco Polo ke beberapa benua.



Kalau Marco Polo berselindung disebalik "saudagar dari Venice" dan Snoug Hugronje
menggunakan cara yang lebih halus, iaitu dengan menjadi ulama di Acheh. Namun semuanya mempunyai tugas yang sama iaitu melakukan tugas
"Kembara missionary".
Dari sudut ilmu tidak pernah berkurang.



Kalau di era kebangkitan pertama ibarat ada 10 ilmu dan di era kebangkitan kedua tetap sama tetapi yang berkurang
adalah amalan Islam. Kalau ibaratnya di era pertama ada sepuluh amalan di era kebangkitan kedua ini amalan tinggal satu.
Bani Umayyah ini memang banyak berjasa dalam memperluaskan Islam dan menaikkan martabat Islam di mata dunia.



Di teruskan oleh kerajaan Bani Abbasiyah.Abd Rahman I. Beliau dan beberapa orang keluarganya berhijrah ke Sepanyol (Cordoba) dan memulakan tamadun yang baru di sana. Kerajaan Umayyah II atau ada orang yang panggil Kerajaan Islam Andalusia. Sama je lah.Kerajaan Umayyah II lah yang berjasa dalam meluaskan Islam di Sepanyol.



Kerajaan Islam di Sepanyol ini dah bermula dari tahun 700++ sebenarnya. Tapi, zaman kegemilangan bermula pada tahun 900++. Waktu tu La Mezquita atau Masjid Cordoba dibina. (Tetapi sekarang sudah jadi gereja).
Yahudi dan Nasrani sentiasa
menyimpan dendam untuk menguasai dunia Islam.



Mereka ingin menebus kembali kekalahan mereka di tangan Rasulullah dan para sahabat dan tokoh-tokoh Islam seperti Salahuddin Al Ayyubi, Thariq bin Ziyad, Muhammad Al Fateh dan lain-lain.Mari kita terus belajar dengan sejarah. Kerana sejarah adalah guru yang terbaik.



Bahkan dengan sejarah firaun yang Tuhan abadikan dalam Al Quran
pun Tuhan minta kita belajar dengannya dengan ambil
iktibar. Jasadnya Tuhan kekalkan untuk iktibar orang yang dikemudian hari.Asalnya, Alhambra dibina sebagai kubu pada tahun 800++ lagi. Terletak di atas bukit, lokasi dia memang strategik untuk pertahanan. Tapi akhirnya berkembang cantik dan menjadi istana-kubu di bawah pemerintahan Sultan Granada sekitar kurun ke13.



Alhambra sebenarnya dari perkataan Arab 'Hamra' bermaksud merah. Sebab batu dia nampak kemerah-merahan kunun. Dari luar nampak macam kiub2 je. Tapi lepas masuk, baru kita akan tahu betapa cantiknya tempat ni.Alhambra dibina dalam masa beratus-ratus tahun. Bangunan didalamnya ditambah sikit2. Siap dibina masa pemerintahan Yusuf I.



Generalife ni kalau nama asal dalam Bahasa Arab sebenarnya ialah Jannatul Arif. Jannah = syurga/taman. Arif = bijaksana.Di Alhambra ada banyak bangunan: tempat tinggal Raja, tempat tinggal pembesar.Di bahagian lain, kita akan nampak banyak ukiran berunsurkan Moorish architecture dan ukiran ayat memuji Allah, terutamanya: La Gharib Ilallah. No conqueror except Allah.



Sedihnya, ada sebahagian ukiran di Alhambra yang berunsurkan Islam telah dikikis buang oleh pemerintah Kristian yang menawan Alhambra.
Bunyi desiran air pancur, kenyamanan udara gunung, keheningan suasana sekitar kolam yang berwarna warni dengan bunga yang harum dan mekar. Taman yang hebat dengan berbagai bunga yang tersusun cantik lagi berseri .



Air pancur yang berdesiran setiap waktu mencipta ketenangan. Pemandangan kota Granada dan Albaicin jelas kelihatan di bawah umpama seseorang melihat dunia dari kayangan.
Ya, pemerintah ketika itu ingin membina syurga di dunia, sedangkan syurga yang sebenar hanya di akhirat. Tidak mungkin membina syurga di dunia, kerana nantinya pasti merana dan hina.



Itu lah yang terjadi kepada kerajaan Nasriyyah yang memerintah Andalusia dari 1238 – 1492 iaitu selama 254 tahun. Sesiapa juga yang telah menghuninya, pasti akan hilang semangat jihadnya lantaran keindahan syurga yang tidak mungkin dapat dibina di dunia fana ini.



Hakikat ini tercatat dalam sejarah kejatuhan Dinasti Nasriyyah yang terakhir pada 2 Januari 1492 ketika Sultan Muhammad XII atau lebih dikenali sebagai Sultan Boabdil menyerah diri kepada Raja Ferdinand II dari Aragon dan Permaisuri Isabella I dari Castille. Baginda menangis sedih atas peristiwa tersebut ketika meninggalkan Istananya dan melihatnya buat kali terakhir.



Tangisannya itu ditegur oleh ibunya yang berkata, "Jangan kamu menangis macam perempuan, sedangkan kamu tidak mampu mempertahankannya sebagai seorang lelaki”.Andalusia – Pencetus Kebangkitan Tamadun Barat telah mencipta sejarah ketamadunan yang sangat tinggi di Andalusia sejak memerintah selama 780 tahun iaitu dari tahun 712 – 1492M. Stanley Lane-Poole seorang sejarawan telah mengungkap kalimah berikut sebagai gambaran sumbangan besar umat Islam Andalusia kepada Tamadun Barat.



 Malah tokoh Saintis dan Falsafah Islam saperti Ibn Rusd (Averroes), Ibn Sina ( Avicenna), Ibn Zuhr (Avenzoar), Al Khawarizmi (Algorizm), Al Razi (Razes) adalah antara tokoh yang menjadi pencetus kepada kebangkitan Eropah atau Rennaisance. Martin Luther (1483 – 1546) yang mencetus Gerakan Pembaharuan Keristian yang diberi nama Protestanism dikatakan pernah belajar di Andalus. Berkat ilmu dari ulama Andalus inilah agaknya memberi inspirasi kepada beliau untuk mencetuskan Reformasi dalam agama Keristian.
SunnatuLlah pasti berlaku.



Namun demikian sejarah kegemilangan ini berakhir sebaik saja umat Islam Andalus tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. Pemerintah menjadi zalim, peperangan sesama sendiri kerana kuasa menjadi lumrah, si kaya bertambah kaya dengan pemerasan orang miskin, si miskin semakin terpinggir, pengkhianatan sesama Islam sudah amalan biasa dan berbagai lagi kerosakan akhlak yang amat memualkan berlaku.



Maka benarlah firman Allah ta’ala yang bermaksud,"Dan tidak pernah pula Kami membinasakan kota-kota kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Surah al-Qashash :59).



Apakah yang boleh kita pelajari dari sejarah ini? Harta, Wanita dan Tahta, 3 TA , apabila sudah menjadi Tuhan menggantikan Allah ta’ala di dalam kehidupan kita, maka bermulalah saat kejatuhan sesuatu bangsa walau sehebat mana sekalipun sejarah keagongannya. Inilah sunnatuLlah yang tidak pernah berubah sebagaimana firmanNya,"Sebagai Sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (kamu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada Sunnah Allah.” (Al Ahzab 33:62).
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N