Langkau ke kandungan utama

TUJUAN HIDUP.





IBADAH TIDAK RASMI.

Tuhan jadikan jin dan manusia dengan tujuan untuk beribadah.
Ibadah yang rasmi sehari semalam hanya lima kali. Sekali kita lakukan
ibadah katalah ambil masa 10 minit. Dalam sehari semalam lima kali ertinya ambil masa hanya 50 minit. Masa berbaki lagi sehari semalam ialah 23 jam 10 minit. Masa yang berbaki untuk tujuan apa?

Sedangkan tujuan Tuhan ciptakan kita untuk beribadah kepadanya. Dalam mengungkai perkara tersebut Abuya beri panduan kepada kita iaitu kita banyakkan amalan-amalan tidak rasmi.
Jadual yang telah Tuhan tetapkan yang rasmi hanya lima kali sehari semalam.

Kalau kita peka kepada amalan yang tidak rasmi terlalu benyak. Contoh apabila masuk ke rumah kita lihat kasut dan selipar bersipah, kita boleh susun sebelum masuk ke rumah. Hanya ambil masa beberapa minit sahaja. Bukan saja mata berasa tenang dan hati berasa lega.Di nilai sebagai
ibadah pula.

Apabila kita berada dijalan raya, kita lihat duri dijalan kita ambil dan buang ke tempat sampah. Begitu juga lihat orang hendak melintas kita beri laluan. Kalau kita tidak perlu segera berkejar masa beri laluan kenderaan lain yang mungkin lebih perlu segera kita beri laluan mudah untuk mereka memotong kita.   

Kita pergi ke surau atau ke masjid didapati bilik air tidak bersih, paling kurang bilik air yang kita gunakan ambil peluang bersihkan. Kita bertemu dengan manusia limparkan senyuman. Begitulah contoh-contoh yang lain.

Ramai orang tahu tentang lahir ibadah, misalnya rukun dan syarat sah batal sesuatu ibadah. Akan tetapi tidak ramai orang tahu akan tujuan ibadah itu. Ibadat-ibadat dalam Islam bukan untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya pahala atau fadhilat. Ia bukan sekadar upacara-upacara untuk menyembut atau meraikan satu-satu peristiwa. 


Ia  sebenarnya : program-program hidup yang di atur dan disusun sebegitu rupa untuk meningkatkan rohani manusia. Untuk membersih
kan hati manusia. Ibadah untuk membangunkan insaniah manusia. Ibadah untuk membina akhlak manusia. Pembinaan akhlak manusia dengan Tuhan dan dengan manusia.

Ibadah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan semulajadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Ibadah dalam Islam sebenarnya mendidik manusia.
Ia membentuk peribadi kita.
Buah ibadah ialah akhlak dan akhlak ialah bunga diri.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...