Langkau ke kandungan utama

MERAWAT PENYAKIT ROH.




Dalam Islam roh dinamakan juga jiwa atau hati rohani manusia. Di era kebangkitanpertama,roh umat Islam atau insaniahnya dirawat oleh Rasulullah. Mereka asalnya bangsa yang lemah dan setelah dapat rawatan dan didikan Rasulullah, mereka menjadi 
bangsa yang dapat  mengalahkan
 dua kuasa besar iaitu
 Empayer Rom dan Parsi.

Kesan percaturan dua kuasa dunia iaitu Rom dan Parsi, kehidupan manusia semakincelaru. Kerana manusia kehilangan Tuhan. Maka Tuhan datangkan ketika itu Rasulullah untuk hidupkan dan menyelamatkan roh manusia atau insaniah.Begitulah cara Tuhan pimpin dan menyelamatkan manusia.

Di era kebangkitan kedua nabi dan Rasul tidak ada. Tetapi Allah datangkan pewaris nabi dan Rasul dan mereka dikenali dengan Ulama bertaraf Mujaddid. Peranan dan tugas mereka sama seperti tugas Rasul iaitu untuk menyelamatkan
akidah umat Islam.Para Mujaddid dikatakan orang Tuhan. Mereka adalah manusia luar biasa, istimewa dan agung. 

Mereka tidak dapat wahyu seperti nabi dan rasul tetapi mendapat ilmu laduni atau ilham daripada Allah. Mereka tidak seperti masyarakat umum yang menerima ilmu daripada sistem yang ada.
Tetapi pengaruhnya menggugat sistem yang ada.Ilmunya sangat dicemburui oleh ulama sezamannya.

 Ilmunya luar biasa sehingga mampu mencetuskan dan melahirkan model Islam is the way of live. Di tangannya terbukti melahirkan sistem dalam sistem yang dia hidup pada zamannya.
Dia mampu menandingi ulama-ulama lepasan dalam dan luar negara. Model Islam is the way of live yang dicetuskannya sekarang menjadi panduan dan ikutan umat Islam. Samaada disedari atau tidak, samaada diakui atau tidak yang penting model yang diperjuangkan kini menjadi rujukan pemimpin negara.

Dia mampu merubah gaya hidup umat Islam yang selama ini berbangga dengan gaya barat berhijrah kepada kehidupan sunnah.Dia bukanlah pakar ekonomi tetapi ditangannya berjaya mencetuskan ekonomi dan mengeluarkan produk yang berasaskan halalan thaiban iaitu halal dan baik.

Dia berjaya memimpin anak-anak murid dan keluarganya untuk mencetuskan pelbagai projek fardhu kifayah. Projek yang boleh menjana  sumber pendapatan
.Produk penghasilannya tidak diragui oleh umat Islam kerana semuanya diusahakan sendiri tanpa bergantung dengan orang yang bukan Islam. Mempunyai kilang dan  rangkaian pemasaran sendiri.

Orang yang sezaman dengan Rasulullah dan bertemu dengan Rasulullah diberi satu gelaran yang tidak ada sebelum dan sesudah zaman itu iaitu Sahabat. Ini adalah gelaran yang sangat mahal. Nama Sahabat ini tidak ada sebelum dan sesudah zaman Rasulullah.
Suasana di majlis Rasulullah dan Para sahabat,pertemuan itu hening sejenak. 

Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Sayyidina Abu Bakar radiallahu ‘anhu. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan sedemikian. Seulas senyuman yang sedia terukir di bibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Sayyidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Bukankah Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah?” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian Beliau bersuara,
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada kesempatan yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan “ikhwan”…
Rasulullah: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa dekat dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kalian,” pintas Rasulullah menyangkal hujjah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka, mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Qur’an dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah. “Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah penilaian Allah. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah sebagai syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan pembuktian dengan kesungguhan beramal dengan sunnahnya.
Dan insya Allah umat akhir zaman itu adalah kita yang sedang bernafas hingga saat ini. Bagi kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan Baginda Rasulullah salllahu ‘alaihi wasallam.







 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N