Langkau ke kandungan utama

PERPADUAN ATAS DASAR TAQWA LEBIH KUKUH.





PERPADUAN YANG DIIKAT OLEH TAQWA LEBIH KUAT.

Perpaduan yang diikat oleh agama lebih kuat daripada ikatan-ikatan yang lain. Ikatan atas dasar agama lebih kuat daripada atas dasar ideologi,ikatan darah,oleh ikatan ekonomi, oleh ikatan senasib.oleh itu umat Islam kalau mahu perpaduan kuat, jadikanlah Islam sebagai pengikat.

Ini dapat kita lihat Abuya bina keluarga besar iaitu anak-anak dan cucu-cucu nya juga berkeluarga besar. Iaitu melaksanakan keluarga
berpoligami. Termasuk anak-anak muridnya juga ramai keluarga berpoligami.

Bagaimana Abuya berbuat dan lakukannya hingga menjadi kebiasan dikalangan anak-anak muridnya melaksanakan poligami. Tidak lain dan tidak bukan memberikan kesedaran tentang kefahaman Islam kepada keluarga dan murid-muridnya. Kerana ikatan kefahaman tentang Islam sebagai pengikat yang kuat.

Abuya berjuang dan istiqamah mendidik keluarga dan murid-muridnya dengan bermodalkan taqwa.Untuk menjayakan satu- satu perkara atau segalanya bermodalkan taqwa. Kerana tanpa taqwa segalanya tidak akan berhasil. Arwah Tan Sri Sanusi Junid kawan Abuya, dimana adik Tan Sri Sanusi  pernah menghantar anaknya ke sekolah Abuya di Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur. Saya sendiri menjadi muraqibnya. Tan Sri mendedahkan yang dilalui pada tahun 1968, sebuah koperasi telah diwujudkan di Kuala Selangor yang diasaskan oleh sebuah parti politik. Tiba-tiba dalam perniagaan itu berlaku penyelewengan dan penipuan. Maka Ustaz Ashaari telah menghantar surat kepada para pemimpin parti politik tersebut meminta mereka datang ke Kuala Selangor untuk menyelidik kecuaian ataupun
penyelewengan dan penipuan didalam koperasi tersebut. 

Apabila disiasat, didapati pemimpin juga turut terlibat
dalam penyelewengan yang berlaku tersebut.Lalu timbul
masaalah, kalau dihukum
mereka yang menyeleweng
dalam perniagaan maka akan terjejaslah kedudukan
politik. Kalau mahu hidup aman dengan pemimpin politik setempat, maka penyelewengan tersebut
harus dilupakan.

Pada waktu itulah Ustaz Ashaari mengambil sikap dan pendirian bahawa kita tidak boleh letak politik diatas agama, dan tanpa taqwa, politik akan gagal, ekonomi juga akan gagal. Pada hari ini parti politik yang sama telah mendirikan
sebuah koperasi yang besar.
Tetapi sebagaimana tahun 1968, ekonomi tanpa taqwa
tidak akan berjaya. Maka pada hari ini koperasi ini juga menghadapi dan dilanda kerugian yang besar berpuluh-puluh juta ringgit.

Menurut pendedahan dan perkongsian yang dibuat oleh arwah Tan Sri Sanusi sendiri. Katanya: Saya sendiri telah berusaha untuk mendirikan
sebuah koperasi di Taman
Shamelin dan dalam masa yang singkat, berlandaskan kejayaan menghidupkan semangat
 ukhwah Islamiah
untuk mewujudkan rangkaian kedai runcit di seluruh negara
, sampai berjaya kita membuka kedai tiap dua minggu, sehingga dapat buka 90 buah kedai diseluruh negara. Tetapi jiwa taqwa tidak ada, maka rata-rata komoniti kedai melakukan
penyelewengan dan kemungkaran. Akhirnya kita terpaksa tutup semua kedai yang ada sehingga tinggal satu di Taman Shamelin Perkasa.


Kerajaan Malaysia sendiri sedaya upaya untuk memperkayakan tokoh-tokohMelayu, supaya tokoh-tokoh Melayu menjadi tokoh korporat besar yang dapat menandingi dan menyayingi orang-orang bukan Islam di dalam arena perniagaan. Setelah lebih 25 tahun melonggokkan kekayaan kepada mereka, mereka lupa daratan, mereka membazir wang, mereka bergelumang dengan maksiat dan remuk redamlah satu cita-cita umat Islam dan bangsa. Semua ini
ini adalah kerana tidak berlandaskan atas dasar taqwa.

Masa kita sudah tiba kerana
segala-gala yang tidak berasaskan taqwa beransur ditinggalkan. Inilah kesan era kebangkitan Islam. Zaman tuhan hendak berikan subsidi menjadi orang bertaqwa sedang berlaku kerana faktor
berkat kebangkitan Islam sekali lagi. Kita buat satu Tuhan berikan subsidi hingga menjadi sepuluh. Kalau bukan era kebangkitan hendakkan 10 kenalah usahakan 10 baru dapat 10. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N