Langkau ke kandungan utama

PEJUANG ADALAH PEMBELA.





ABUYA MENYEDIAKAN KERJA UNTUK SISWA SISWI
Mengimbau kembali pengisian dakwah Abuya di pusat pengajian tinggi Malaysia. Sebab itu ramai
anak-anak murid Abuya dari kalangan lepasan pengajian tinggi dalam dan luar negara
. Pusat-pusat pengajian tinggi sering mengundang Abuya memberikan kuliah bersiri.  Antara universiti yang menjadi tumpuan Abuya ialah universiti Malaya Kuala Lumpur,UM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Selangor, universiti Pertanian Malaysia (UPM) Selangor dan universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan universiti Islam antarabangsa (UIA) Selangor.

Antara pengisian yang dibuat
ialah siri kuliah kesedaran Islam dan siri kuliah kefahaman Islam. Mereka yang pernah mengikuti siri kursus yang Abuya anjurkan
kini mereka orang yang menjadi jentera penting kerajaan di Malaysia. Ketika itu era siswa siswi beehijrah kepada Islam.Iaitu tahun tujuh puluhan.

Sebab itu Abuya berani mengatakan bahawa Malaysia
pasti menjadi daulah Islam melalui dakwah. Kerana Abuya adalah pejuang yang praktikal danturun padang.Abuya bukan orang yang berteori tetapi orang yang berbuat. Kebanyakan siswa siswi yang kita temui ketika itu menyatakan kami  menerima pendidikanAbuya diperingkat tadika. 


Ketika zaman kemelesetan ekonomi era Tun Dr.Mahathir
menerajui negara, ramai dikalangan siswa siswi tiada dapat pekerjaan. Abuya menawarkan mereka bekerja dengan membuka projek fardhu kifayah dibidang ekonomi dan klinik bersalin.

Ramai dikalangan siswa siswi yang menyambut tawaran Abuya. Mereka bekerja dan memberikan khidmat dipremis-premis yang telah Abuya sediakan.
Ada yang mengurus pasaraya, ada yang mengurus pemasaran, ada yang menguruskan kilang- kilang makanan dan kosmetik,  ada yang mengurus klinik bersalin dan yang lain-lainnya.


Masa berlalu begitu cepat sedar  atau tidak sedar kita berada di
era sekarang sedang hadapi dan berdepan dengan golongan terakhir yang berhijrah. Iaitu golongan selebriti.golongan ini juga Abuya beri peluang dengan menguruskan team-team penasyid. Ada kumpulan kelaki diurus oleh pengurus lelaki, team penasyid persmpuan diuruskan oleh team perempuan. Ada yang menguruskan produk dari nasyid, ada yang menguruskan kemasannya.


Siswa siswi tersebut dibangunkan insaniah atau roh mereka. Dengan kata-kata lain jiwa atau hati rohani mereka dibangunkan. Di era kebangkitan Islam sekali lagi,
roh umat Islam atau insaniahnya dirawat oleh Abuya seperti yang dilakukan  Rasulullah. Mereka asalnya bangsa yang lemah dan setelah dapat rawatan dan didikan Rasulullah, mereka menjadi bangsa yang dapat  mengalahkan dua kuasa besar iaitu Empayer Rom dan Parsi. 


Bagi Abuya dapat mendidik bangsa Melayu yang asalnya mundur dan berjiwa kecil, hanya suka makan gaji dengan kerajaan kononnya lebih terjamin. Bangsa ini Abuya berjaya bangunkan insaniah mereka dan akhirnya ramai dikalangan mereka kini berjaya berdikari yang sebelumnya hanya makan gaji. Akhirnya mereka menjadi pejuang yang membangunkan projek fardhu kifayah.  
Pejuang ertinya adalah penyelamat dan pembela. Bagi pejuang sebenar mereka bercita-cita menjadi
pembela agama Allah.
Pejuang Islam yang sejati ialah mereka yang sentisa
menagih janji Allah. Mereka itu benar-benar berjuang untuk membuktikan yang hak
dan benar apa yang disebut oleh hadis. Sebagaimana Sultan Muhammad Al Fateh
dengan kekuatan taqwa dan
kekuatan lahir hingga berjaya menawan  Konstantinopel.
Jalan yang mereka pilih untuk capai kejayaan melalui jalan taqwa. Bukan jalan musuh mereka. Sultan Muhammad Al Fateh
dan tenteranya sudah menagih janji Allah dan berjaya mencapainya, mengapa kita tidak ?
  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N