Langkau ke kandungan utama

SOLAT BINA TAMADUN.



"Solat menurut bahasa maknanya doa"


Umat Islam sudah tidak serius mendirikan solat. Dari solat yang tepat dapat bangunkan tamadun dunia dan jambatan ke Akhirat. Apabila solat terabai adalah bala besar. Bala yang mereka tak sedar. Solat adalah otak ibadah. Solat adalah tiang agama.

Solat menurut lughah adalah
doa. Ya Allah, bimbinglah kami kejalan yang lurus dan bantulah agar kami mengenal-Mu. Terangilah hati kami yang diliputi kegelapan dengan cahaya kasih-Mu.Ya Allah, tolaklah gelombang-gelombang bencana dengan berkenan kan doa kami selalu.Satu hal terpenting dalam hidup adalah berubahnya diri menjadi lebih baik.



Doa yang baik adalah doa yang menjadikan seseorang lebih baik dalam hidupnya.
Rasulullah SAW bersabda, ’’Doa adalah otak ibadah (HR Tirmidzi).’’
Rasulullah SAW bersabda,
Solat adalah tiang agama, barang siapa yang mendiri kan solat ertinya dia mendiri kan agama dan barang siapa meninggalkan solat ertinya
dia meruntuhkan agama.
وهي أول ما يحاسب عليه العبد يوم القيامة ، فإذا صلحت صلح سائر عمله ، وإذا فسدت فسد سائر عمله ، وهي الفارقة بين المسلم والكافر ، فإقامتها إيمان ، وإضاعتها كفر 
Solat adalah amalan hamba yang pertama dihisab di Akhirat, dan apabila rosak atau tertolak solat tertolak semua amalan. Solat juga yang membezakan seorang itu muslim atau kafir.Apabila
solat didirikan tertegaklah iman dan apabila tidak solat
ertinya jatuh kafir. 

Definisi solat pada segi bahasa ialah doa untuk memohon kebaikan, firman Allah Taala yang bermaksud, “Berdoalah kepada mereka sekiranya doa kamu memberi ketenangan kepada mereka” ertinya serulah mereka. Firman Allah. S.w.t. yang bermaksud ; “wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”. 
Manakala dari segi istilah, fuqaha’ dari mazhab Hanafi dan Syafie mengatakan bahawa solat itu adalah perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam beserta syarat-syarat tertentu.


Ini menunjukkan bahawa semua solat bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, termasuklah sujud tilawah iaitu sekali sujud ketika mendengar ayat al-Quran yang menunjukkan harus sujud tanpa takbir dan juga salam.
Manakala golongan fuqaha’ dari mazhab Maliki dan Hanabilah mengatakan perbuatan sebenar dalam ibadat ialah takbiratul ihram dan juga salam atau dengan sujud sahaja. Ini menunjukkan sujud tilawah merupakan sebahagian dari solat, akan tetapi padanya tiada takbiratul ihram dan juga salam.


Pensyariatan Solat
Pensyariatan dari al-Quran, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:” Sesungguhnya solat itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya”.
Manakala dari sunnah, riwayat Ibn Umar dari Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Dirikan Islam dengan lima perkara, syahadah sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, dirikan solat, tunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji kepada sesiapa yang mampu.

Dari ijma’ pula, telah bersepakat golongan mujtahid bahawa diwajibkan ke atas umat untuk solat sebanyak lima kali solat dalam sehari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N