Langkau ke kandungan utama

MASA DAN TEMPAT YANG DIJANJIKAN.

Malaysia tapak kebangkitan timur.


ZAMAN YANG DIJANJIKAN.
Zaman-zaman bertuah datang sekali-sekala, tidak di setiap zaman bertuah. Kita tak usah soalkan Tuhan mengapa zaman bertuah datang sekali- sekala. Itu hak Tuhan, tak beradab kalau mempersoalkan Tuhan. Tuhan yang punya segala-galanya, terpulang pada Tuhan. Kita disuruh pandai menerima apa yang Tuhan lakukan.


Zaman bertuah datang sekali sekala diantararnya zaman sahabat tabiin tabi’ tabiin kemudian kosong, datang lagi zaman salahuddin ayubi, sultan Muhammad Al-Fateh. akhirnya zaman bertuah datang zaman Imam Mahdi  yang didahului oleh Pemuda Bani Tamim. Pada zaman ini ada ikhwan & asoib, mereka  itu dirindui oleh rasulullah saw & para sahabat.


Orang yang dipimpin Rasulullah saw, bertemu dengan Rasulullah saw, & Islam di zaman Rasulullah saw dinamakan sahabat. bertuahlah sahabat, beruntunglah sahabat. tentu orang akan berfikir kalau aku hidup zaman sahabat alangkah bahagianya. belum tahu bahgia, takut-takut kalau kita ikut Abu lahab. itu akal kita cakap, tapi takdir tuhan belum tahu, tak mesti ikut Rasulullah saw, entah mungkin jadi pengikut abu Lahab. Tak usah soal tuhan, tuhan tahu.


Orang yang di zaman Rasulullah saw sikit sahajapun tak terima Rasulullah saw habis. kalau bukan di zaman rasulullah saw, ada pemimpin yang tak dijanjikan & kita tak begitu taat, tak besar durhakanya. Tapi kalau pada pemimpin yang dijanjikan sikit saja tolak, sikit saja kita cacat, habis. Tapi bagi pemimpin yang tak dijanjikan, tak taat, tak besar dosanya. Tuhan sudah buat perimbangan yang baik.


Orang yang dididik Rasulullah saw dinamakan sahabat, mereka bertuah. Apa julukan Rasulullah saw kepada sahabat-sahabat? Sahabat-sahabat aku itu diampunkan oleh Tuhan kerana bersahabat dengan
aku. untung, artinya sahabat bukan tak ada dosa, ada juga yang berdosa. Rasulullah saw kata, dosa-dosa mereka diampunkan Tuhan karena bersahabat denganaku.


Rasulullah saw kata juga sahabat-sahabat aku bagaikan bintang di langit, mana satu dari mereka kamu ikut kamu dapat petunjuk. artinya kalau kita ikut sahabat tak terkenal pun kita boleh dapat petunjuk. bahagialah sahabat kerana semuanya masuk syurga.


Selepas sahabat, termasuk zaman bahagia zaman yang baik iaitu zaman tabiin. Mereka ini orang yang bertemu & islam di tangan sahabat. Tabiin macam sahabat juga dia datang semusim, sekali saja. selepas itu tak ada lagi kelompok manusia yg dinamakan sahabat & tabiin. walau macam manapun hebat pimpinan tak boleh lahirkan sahabat & tabiin.


Selepas generasi tabiin lahir pula generasi tabi’ tabiin. mereka jumpa & islam di tangan tabiin. Jadi zaman bertuah itu 3 kurun. Sepanjang 3 kurun atau 300 tahun inilah umat islam itu dipanggil salafus soleh. ertinya orang dahulu yang soleh-soleh. 3 kurun saja, 300 tahun. Kita tak ada peluang.Oleh kerana mereka dikatakan orang soleh, dunia waktu itu Tuhan serah pada mereka. Empayar islam yang cantik itu berlaku 300 tahun. 700 tahun selepas itu walaupun masih menjadi empayar, tapi tak berjalan secara majoriti orang soleh. dah tinggal sikit-sikit orang soleh, bukan majoriti lagi. sebab itu walaupun islam menjadi empayar, tak ada kesatuan lagi. Dah banyak lahir khalifah-khalifah. Masing-masing negara merujuk kepada khalifah masing-masing. ada yang rujuk kepada khalifah bani umayyah, ada yang rujuk kepada khalifah bani abbasiyah fatimiyah begitulah seterusnya. walaupun islam masih menguasai dunia,
tapi tak satu pemimpin, tak satu tempat rujuk. akhirnya hancur & dijajah.


Kemudian Rasulullah saw menyebut, zaman bertuah itu yang Rasulullah saw rindu dengan zaman itu, sahabat pun rindu iaitu di akhir zaman yang di dalamnya ada ikhwan & asoib. rupanya di zaman kita ni. Bukan senang nak jumpa zaman ni. zaman asoib zaman ikhwan. tapi apakah kita bertuah belum tahu. macam kita berfikir, alangkah bertuahnya kalau aku dapat hidup di zaman sahabat, tabiin atau tabi’ tabiin. belum tentu. kita direzekikan seolah-olah berada di dalam zaman sahabat. Kalau kita rasa bertuah, tak ada masalah, tak ada krisis. poligami jadi kecil. Ini masih lagi bermasalah,jangan-jangan bukan kita orangnya.
Sebab kalau kita rasa bertuah, tentulah kita akan cukup menjaga dengan penuh rasa takut dengan Tuhan. Seperti umat dulu, bila sebut nabi akhir zaman masing-masing doa nak hidup di zaman nabi akhir zaman. begitu juga ketika rasulullah saw sebut ikhwan & asoib, masing-masing doa semoga panjang umur dapat berada di zaman itu. Padahal sahabat dah dapat hidup di zaman rasulullah saw, itu sudah sangat besar. tapi doa minta panjang umur supaya dapat berada di zaman ikhwan. Kita seronok, tapi rasa saja yang seronok, perangai tak seronok.


Jadi zaman ikhwan & asoib cuma sekali saja, macam zaman sahabat tabiin & tabi’ tabiin tak berulang hanya sekali saja. Kalau kita tak lulus tak ada peluang dah, walaupun panjang umur. Kita dah berada betul-betul  di zamannya, patutnya kita akan berfikir macam mana supaya aku dapat jadi ikhwan asoib,risau, lupa makan minum. aku ini dapatkah jadi ikhwan paling tidak jadi asoib. zaman yang dirindui rasulullah saw, yang sahabat minta doa panjang umur. Yang kita berada di zamannya tak rasa apa, rasa syok sendiri berada di zaman ini, perangai kita tak syok, tak menyenangkan. hati saja yang menyenangkan. Takut syok sendiri. bukan kita orangnya.


Kalau orang tahu nilai zaman ni, sudah habis-habisan berjuang & berkorban. Tak cukup tenaga, masa fikiran harta wang ringgit habis-habis dikorban dengan harapan dapat jadi ikhwan & asoib. Tapi apa yang berlaku kita macam syok sendiri.tak cemas, kerana sudah jumpa jemaah. tak ada tanda-tanda cemas. Tak cemas itu bahaya. Seperti yang dikata seorang imam, orang yang tak takut dengan suul khatimah dia akan mati dengan suul khatimah. begitu jugalah orang yang sudah berada di zaman ikhwan asoib, tak takut, tak cemas aku ini jadi tidak layak tidak, insya Allah tak lulus, Jangan syok sendiri.


Kemudian org yang lahirkan ikhwan & asoib sudah ditentukan oleh Tuhan yaitu Imam Mahdi & Pemuda Bani Tamim. Datang profesor besar macam manapun takkan mampu melahirkan ikhwan asoib. Ini ketentuan dr Tuhan. Macam tuhan dah tentukan takkan lahir shbt kalau tak dididik rasulullah saw, takkan lahir tabiin kalau bukan dididik sahabat. Begitu juga, takkan lahir ikhwan asoib kalau tak ada Fata At-Tamimi & Imam Mahdi.


Imam Mahdi belum lahir tapi dia sudah berperanan secara tersirat secara ghaib, dia berperanan kepada Pemuda Bani Tamim, Pemuda Bani Tamim berperanan kepada pengikutnya yaitu calon-calon ikhwan & asoib. Hakikatnya Imam Mahdilah yang berperanan. Seolah-olahnya Pemuda Bani Tamim wayang kulitnya.


Yang orang nampak kulitnya itu, Pemuda Bani Tamim yang sebenarnya dia digerakkan Imam Mahdi di belakangnya. kalau didengar ulama yang tak faham, saya dikatakan sesat pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N