Langkau ke kandungan utama

HUBUNGAN MELAKA DAN MALAGA.



Pelabuhan Melaka dan Malaga.


Xpdc dakwah bersama Abuya ke Melaka Malaysia dan Malaga di Sepanyol. Xpdc dakwah bersama Abuya Imam Ashaari At  Tamimi dalam negara iaitu ke Melaka. Iaitu negeri yang awal Abuya membuka markaz dakwahnya. Melaka dikenali dengan negeri bersejarah. Pelabuhan Melaka satu ketika dahulu memainkan peranan yang penting di Semenanjung Tanah Melayu. Ia merupakan salah sebuah negeri yang ada di Malaysia.
Menurut sejarah kedatangan pendakwah dan pedagang melalui pelabuhan Melaka. Nama Melaka berasal dari perkataan bahasa Arab.Iaitu Malqa ( ملقى  ) Maksudnya dalam bahasa Melayu ialah tempat pertemuan.
TAMADUN Islam di Sepanyol mencatat sejarah dalam rentetan perkembangan agama Islam dan sering menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia. Xpdc dakwah Abuya ke luar negara yang bersejarah di Eropah yang Abuya kunjungi ialah Malaga Spain. Malaga dan Melaka kedua-dua istilah tersebut berasal dari bahasa Arab.
Istilah Malaga dan Melaka dari asal perkataan yang sama, iaitu Malqa yang bermaksud tempat pertemuan. Pelabuhan merupakan tempat perhubungan melalui jalan laut. Pelabuhan Malaga dan Melaka terus berfungsi hingga ke hari ini.  
Xpdc dakwah Abuya terus menyempurnakan  menjejak
Tamadun Islam di Eropah merangkumi beberapa wilayah, Sepanyol, Portugal dan Perancis masa kini.
Secara amnya nama "Al-Andalus" menggambarkan bahagian- bahagian Semenanjung Iberia dan Septimania yang diperintah orang Islam di antara tahun 711 dan 1492 CE.
Dengan menjejakkan kaki
mengesan kesyumulan Islam
yang pernah wujud diperingkat empayar. Islam pernah dilaksanakan di semua aspek kehidupan manusia. Ia pernah berlaku diperingkat dunia dan empayar.Ia bermula daripada
persoalan peribadi, keluarga,
masyarakat, negara dan empayar dan dunia antara bangsa.
Apa maksud kesyumulan Islam itu kita tidak faham dan cara menegakkannya pun kita tidak memahami
nya.Kerana tidak pernah diberi guide line yang
jelas ke arah itu.Apatah lagi
ia tidak pernah wujud dalam
realiti kehidupan.
Kesyumulan Islam itu tidak sama antara satu peringkat dengan peringkat yang lain.
Ertinya kesyumulan Islam dalam diri tidak sama kesyumulan Islam yang tegak dalam rumah tangga, begitu juga dalam masyarakat dan seterusnya
diperingkat negara dan empayar.
Jika kesyumulan Islam itu tidak tertegak dalam diri maka sudah tentu ia tidak akan dapat kita tegakkan diperingkat dalam rumah tangga. Ini disebabkan menegakkan dalam diri tidak sama tegakkan Islam dalam rumah tangga; kesyumulan Islam dalam masyarakat, negara, dan begitulah seterusnya.
Jika kesyumulan tidak tertegak dalam diri maka sudah tentu ia tidak akan dapat ditegakkan dalam rumahtangga. Ini disebabkan
menegakkan Islam dalam rumahtangga jauh lebih sukar, begitu juga kesyumulan dalam kelompok masyarakat tidak dapat ditegakkan dalam kesyumulan dalam negara
begitulah seterusnya.
Kesimpulannya, adalah
lebih mudah menegakkan kesyumulan Islam diperingkat yang lebih rendah
daripada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu langkah-
langkah menegakkan nya mestilah bermula  dari bawah kerana ia lebih mudah
bahkan lebih utama.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N