Langkau ke kandungan utama

HIDAYAH ALLAH .





HIDAYAH ALLAH.
Ketika hati diketuk Tuhan, hatipun terbuka dan cinta kepada Islam, kepada Allah dan Rasul. Hidayah dari cahaya Nur Muhammad pun menguasai hati, hidup mati untuk Islam. Cita-cita hidup
segera berubah dari dunia kepada Islam, kepada Tuhan,
kepada akhirat dan sunnah
Nabi terus menjadi cara hidup.

Kita yang pernah mendapat
tunjuk ajar Abuya sangat merasakan pimpinannya membawa hati kita terikat dengan Allah dan Rasul. Dari
ikatan tersebut menjadikan kita terus mencintai ajaran kebenaran yang dibimbing oleh Abuya. Kita merasakan
hidup mempunyai tujuan dan
matlamat iaitu memburu reda Allah.

Rupa-rupanya bila kebangkitan hati dengan Islam, berlaku kepada banyak hati perubahan hidup masyarakat semakin ketara.
Kalau selama ini tak pedulikan Tuhan, kini masing
- masing sudah mulakan hijrah hidup kepada lebih mempedulikan Tuhan. Automatic kita mengambil berat tentang syariat Tuhan
demi mencari reda Allah.

Menurut Abuya golongan yang terakhir berhijrah adalah golongan selebriti. Kini kita sedang melihat dan menyaksikan apa yang telah
kita belajar daripada Abuya.
Golongan ini banyak mempengaruhi masyarakat.
Ertinya semua golongan dan
semua peringkat masyarakat
telah mendapat sentuhan
hidayah Allah.

Oleh kerana masyarakat awam umumnya tiada guru
mursyid maka perubahan berlaku tidak sistematik dan
tidak teratur seperti mereka
yang telah mendapatkan pimpinan guru mursyid. Namun kesedaran yang berterusan dihujungnya akan
terpimpin juga.   

Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakkan hidayah ke dalam hati kita. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan yang tulin yang layak menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Selepas hidayah barulah datang ilmu. Selepas ilmu baru boleh yakin dan faham. Setelah faham, barulah boleh beramal.


Beramal itu ada lahir dan batinnya. Beramal ialah proses memperbaiki diri. Dalam beramal, ada mujahadah dan istigomahnya. Buah amal ialah akhlak. Mujahadah dan istiqomah boleh membersih dan menyucikan fitrah. Apabila fitrah sudah bersih, jiwa akan hidup.


Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. Ketika itu, kita akan nampak apa-apa yang tersembunyi selama ini. Tuhan akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan dan keimanan akan masuk ke dalam hati tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan. Segala-galanya akan mudah difaham.
Tuhan ada berfirman di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lalat. “(AI A’raaf: 179)


Alam ciptaan Tuhan ini sentiasa mengingatkan kita tentang Tuhan. Sentiasa mangajar kita dan mengajak-ajak kita memikirkan tentang Tuhan. Ia adalah guru yang sentiasa megajar kita ilmu yang agung dan terpenting bagi manusia iaitu ilmu tentang ketuhanan.


Ia mengajar kita bahawa Tuhan itu wujud . Bahawa Tuhan itu Maha Hebat, Maha Agung dan Maha Perkasa. Bahawa Tuhan Maha Berkuasa, Maha Mentadbir dan Maha Mengetahui. Bahawa Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.


Alam ciptaan Tuhan ini tidak pernah rehat dari mengingatkan kita tentang Tuhan. Ia menyelinap ke dalam setiap ruang dan di celah-celah kehidupan kita. Malahan, pada ciptaan diri kita pun terserlah kehebatan ciptaan Tuhan.


Kalau kita tidak juga dapat mencari Tuhan dan tidak dapat merasakan hakikat bahawa Tuhan itu pencipta dan kita ini hambaNya, tidak boleh lagi kita salahkan Tuhan. Itu bukan lagi kerana kita tidak mampu tetapi adalah kerana kita tidak mahu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N