Langkau ke kandungan utama

HUKUM FASIQ, ZALIM DAN KAFIR.



Sepatutnya umat Islam
tidak berbeza pendapat
lagi dalam menerima dan melaksanakan hukum hudud yang sudah ALLAH tetapkan sejak 1400 tahun dulu dalam Al Quranul Karim. Tetapi kerana jahil, akibat tidak mahu belajar ilmu ALLAH dengan serius dan teliti, maka jadilah mereka penentang kepada agama mereka sendiri.
Malanglah hamba-hamba ALLAH yang demikian sikapnya terhadap hukum-hukum ALLAH, yakni menolak hukum hudud ini. Kerana mereka tidak dapat lepas daripada salah satu kesalahan ini: fasiq, zalim atau kafir. Ketiga-tiga kategori ini termasuk orang berdosa yang akan diazab dengan Neraka (sama ada ringan atau berat), kalau tidak bertaubat.
ALLAH berfirman:

Hukum fasiq itu dijatuhkan pada orang yang menolak hukum ALLAH kerana ia tidak tahu yang hukum itu diwajibkan oleh ALLAH. Jahil kerana tidak belajar. Ia tetap berdosa. Dosanya kerana tidak belajar.
Hukum zalim pula dijatuhkan pada golongan yang tahu ianya perintah yang diwajibkan oleh ALLAH. Mereka akui itu hukum ALLAH. Hatinya tidak menolak tetapi nafsunya menolak. Mereka tahu tetapi tidak larat nak buat atau hendak mengaku kerana tidak sanggup menanggung risiko atau kerana nak menjaga hati kawan atau takut menjejaskan kepentingan- kepentingan peribadi dan lain-lain lagi. 
Hukum kafir akan dijatuhkan kepada orang-orang yang tidak percaya yang hukum ini datang dari ALLAH. Dia menentang sepenuhnya kerana dianggap hukum hudud itu tidak bijak, tidak betul, tidak sesuai dengan zaman, boleh bawa kerosakan dan hura-hara. Kafirlah hamba ALLAH ini kepada Tuhannya kerana menganggap ALLAH tidak betul, tidak pandai, tidak faham masalah dart tidak ikut edaran zaman. Itulah ketetapan dalam Islam. Manusia ini sebenarnya, walau bagaimana cerdik pandainya pun, dia masih lemah. Bila-bila masa saja manusia boleh gila, mati, miskin, terhina dan sebagainya. 
Manusia tidak mampu pula hendak menyelamatkan diri dari taqdir itu semuanya. Apalagi untuk menyembuhkarmya sendiri, melainkan minta tolong orang lain. Apakah kuasa yang begitu saja hebatnya, mahu mempertikaikan keputusan ALLAH? Lojikkah seorang bayi mahu kritik ibunya kerana hanya memberinya susu sahaja setiap masa? Kalau itupun tidak lojik, mana lojiknya setitis air mani yang diciptakan mahu menyoal Penciptanya, itu dan ini dengan sombong? 
Saya cadangkan orang-orang Islam yang terlibat, bertaubatlah dengan ALLAH, berjanjilah untuk kaji Al Quran dan menjadi seorang Muslim yang taat. Dan sama-sama berusaha untuk memahamkan orang-orang bukan Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N