Langkau ke kandungan utama

AKAL IBARAT KIPAS.

Akal boleh mencetuskan macam-macam aktiviti.

Kemahiran berfikir. Akal yang Allah anugerahkan kepada
kita itu ibarat kipas. Yang melekat didinding atau diatas syiling. Apabila kipas itu berputar, maka kita akan dapat manfaat anginnya. Lagi laju kipas itu berputar, lagi banyak dan kencang angin yang kita rasakan. Akan tetapi kipas itu mesti
ditambat dan diikat kuat-kuat
pada dinding atau syiling.
Kalau tidak akan terlepas dan memudharatkan. Ia boleh mencederakan kepala-kepala kita yang sedang menikmatinya.



Tamabatan dan ikatan pada kipas itu ibarat iman dan taqwa. Oleh itu tidak salah kita menggunakan akal.Lagi
ligat akal kita lagi baik.Tetapi
ia mesti dikawal oleh hati yang beriman dan yang sentiasa ingatkan Tuhan.
Barulah segala hasil fikiran
akan jadi manfaat.



Mengimbau kembali ketika saya tinggal bersama
ayah Abuya iaitu datok Muhammad. Kampung Segambut ketika itu banyak
dusun buah-buahan, seperti rambutan,manggis,durian,pulasan dan sebagainya.Setiap kali musim buah ramai kaum keluarga berkumpul. Satu hari sayu membantu abg sepupu mengutip buah rambutan di kebun. Dia memanjat sambil menjuluk buah rambutan dengan galah. Saya pula membantu
mengutip buah-buah yang jatuh ditanah.



Tiba-tiba galahnya terjatuh dan menghempap atas kepala saya. Keadaan galah tersebut tercacak menimpa kepala saya dan baru  jatuh ke tanah. Berlaku kecederaan
diatas kepala saya. Kemuadian saya dibawa dan dirawat ke hospital Kuala Lumpur. Akibatnya agak lama kesan tersebut kepada ingatan saya. Alhamdulillah
lama kelamaan ia pulih kembali dengan bantuan Abuya menawarkan air yang dibacakan ayat Al Quran.



Bagi saya yang Abuya telah
ajarkan untuk bersangka baik dengan Tuhan dan belajar ambil hikmah diatas kejasian yang berlaku. Positifnya yang saya dapat hikmah kejadian tersebut membantu saya mengimbangkan akal dan hati rohani. Kalau tidak mungkin kecenderungan saya lebih kepada hanya membesarkan akal dan tidak
diimbangkan dengan jiwa atau perasaan. Kita dapat lihat bagaimana di Barat hanya membesarkan dan tidak menghidupkan fitrah, akhirnya manusia bertuhankan akal dan nafsu.



Orang yang jiwa atau hatinya hidup mempunyai akal yang bijak dan pintar. Seperti para
sahabat Rasulullah, para Tabiin dan Tabiut Tabiin. Nabi Muhammad mendidik dan membangunkan insaniah dan jiwa mereka.Hasinya mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa, yang bijak dan pintar.



Asalnya mereka hanya tahu mengembala kambing, tetapi dengan iman dan taqwa  mereka menjadi orang yang menguasai ilmu dipelbagai bidang. Dan mereka berjaya
mengembangkan Islam keseluruh pelusuk dunia yang di huni oleh manusia.



Di era kebangkitan Islam pertama, mereka berjaya menjadikan tempat-tempat
umat Islam pusat ilmu dan menjadi rujukan dunia ketika itu.Disebabkan kepintaran akal mereka, manusia ketika itu menjadikan mereka tempat rujukan ilmu. Dari seluruh pelusuk dunia datang
ingin mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar daripada mereka.



Umat Islam mesti berubah sikap. Mengubah kefahaman mereka tentang kemahiran berfikir. Dalam Islam, bukan semata-mata tugas akal. Ia adalah tugas akal yang dirangsang dan dipandu oleh hati yang bertaqwa. Oleh yang demikian langkah pertama untuk mendapatkan
kemahiran berfikir ialah dengan menanamkan iman
dan taqwa didalam hati terlebih dahulu. Kemahiran berfikir akan terjadi dengan sendirinya secara automatik.




   



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N