Langkau ke kandungan utama

BUKIT BERASAP (SMOKEY MOUNTAINS).



Abuya melihat menggunung longgokan sampah sarap.Smokey mountains.



PANDANGAN ORANG CHINA
TERHADAP ABUYA.

Mengimbau kembali xpdc bersama Abuya di Manila.
Ann, yang ikut serta rombongan XPDC DAKWAH bersama Abuya ke Filipina,menitiskan air mata setelah melihat Abuya sendiri menangis, begitu juga anggota-anggota rombongan yang hadir dalam majlis pengislaman tersebut. Ann berkata beliau menangis bukan kerana sedih tetapi
terlalu gembira.

Pengislaman Louie Balatbat,
seorang ahli perniagaan di Manila. Sebelum bertemu Abuya seorang yang sangat berpegang kuat kepada agama Kristian. Ann Wan Seng berbangsa China Malaysia, pensyarah di jabatan sosiologi, Universiti Malaya, rasa terharu dan menitis air mata.

"Abuya Penyelamat"-Louie L.
Balatbat". 60 tahun beliau petugas bahagian keselamatan Istana Malachanang,Filipina.
Kedatangan Abuya ke Filipina adalah sebagai penyelamat kepada 65 juta penduduk yang sedang "karam".Kata Louie seorang ahli perniagaan dab ahli politik yang terkenal disini.Abuya dihantar Allah khusus untuk tujuan tersebut. Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Abuya penyambung perjuangan Jesus". Kalau Abuya tidak datang mungkin Filipina akan hancur"


.katanyadalam pertemuan dengan Abuya.  "Kalau kita tengok situasi waktu itu, kita pun tak dapat 
tahan, hendak menangis juga. Tak tahu, tiba-tiba jadi sebak." Itulah kali pertama Ann melihat orang masuk Islam melalui Abuya dan baginya pengislaman Louie,
yang merupakan bapa mertua Abu Khairullah, pegawai Bahagian Keselamatan di Istana Malachanang, adalah sesuatu yang luar biasa.

Ann berkata, kalau bukan kerana barakah Abuya, perkara itu tidak akan berlaku. Menurutnya siapa pun tidak menyangka Louie
seorang yang berprinsip dan berpegang kuat kepada ajaran agama Kristian."Kalau melihat perwatakannya, tak mungkin dia masuk Islam.

Tapi dengan Abuya hati dia menjadi lembut.Hati di dapat
ditawan." Ujar Ann, yang pulang ke Malaysia pada 3 april  lebih awal dari ahli rombongan yang lain."Ini menunjukkan kekuatan itu ada pada Abuya, terus dia terpikat dan melihat agama Islam yang Abuya bawa sesuatu yang cantik."katanya.

Dalam persoalan cinta dan kasih sayang,Abuya kaitkan dengan iman. Menurut Abuya cinta itu ada berperingkat-peringkat. Siapa mengalami nya dia merasai nya sendiri.Tapi rasa itu tak boleh nak di cerita.Namun namanya boleh diberitahu.Macam kita mula berjumpa seseorang.

Mula-mula berjumpa tu mungkin berbual-bual kemudian datang minat. Lepas tu rasa sayang. Lepas mendalam lagi rasa cinta.Bila mendalam jadi asyik, lepas tu mabuk.Itu istilahnya. Rasanya masing-masing saja dapat tahu.

Smokey mountains.Ianya terbentuk akibat tidak ada kasih sayang di dalam masyarakat. Orang-orang miskin terpaksa membina rumah-rumah di atas timbunan sampah sarap yang membentuk sebuah bukit.

Ketika berkunjung ke Manila, timbul perasaan insaf dan sedar melihat keadaan kehidupan di Smokey  Mountain.Nama "Gunung berasap longgokan sampah."
Sampah yang memang secara harafiah menggunung maka berbentuk seperti gunung. Sementara nama “ Berasap” berasal dari gas yang ke luar dari tumpukan limbah membusuk dalam bentuk asap yang kerap menjadi api pengobar kebakaran menelan nyawa para pemulung yang sejak puluhan tahun turun menurun mencari nafkah memulung sampah di kawasan Smokey Mountain .

Smokey Mountain terdiri dari lebih dari dua juta metrik sampah menumpuk di kawasan lebih dari dua puluh hektar. Smokey Mountain menjadi daya tarik bagi kaum miskin Filipina untuk mencari nafkah sebagai pemulung di kawasan yang tersohor sebagai landmark kemiskinan. Para pemulung mendirikan bedeng-bedeng sebagai permukiman mereka di atas tumpukan sampah Smokey Mountain. Pada tahun 1980an pemukim Smokey Mountain mencapai jumlah sekitar 30,000 orang termasuk ribuan anak-anak. Sejak awal abad XXI, pemerintah kota Manila berupaya bukan menggusur tetapi menata Smokey Mountain. Secara bertahap didirikan rumah susun untuk para pemulung di lokasi terdekat .  


Mereka tidak dihujat sebagai warga liar lalu ditelantarkan namun dibina dan dibimbing oleh pemerintah Dengan dukungan Dana Kemiskinan dan Lingkungan dari Asian Development Bank.


Sampai nya Abuya menjejak kan ke bumi Filipina adalah melengkap kan misi Abuya di bumi Timur. Negara Filipina sebelumnya Abuya tidak pernah sampai, ketika sampainya Abuya dibumi tersebut sempurnalah misi Abuya di bumi Timur. Bumi Filipina adal negara 
Timur terakhir yang dijejaki Abuya.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N