Langkau ke kandungan utama

MANUSIA MUSUHI APA YANG TAK DIKETAHUI.

MANUSIA memusuhi apa yang mereka tidak tahu. Tidak kenal maka tidak cinta. Itulah pepatah yang tepat untuk menyimpulkan sikap penentangan oleh sesetengah pihak terhadap hukum Allah.


Sekiranya manusia kelompok ini melakukan penolakan itu bukan dengan maksud-maksud jahat, tetapi cuma kerana jahilnya tentang hukum ALLAH ini, insya-ALLAH dengan penerangan yang tepat, mereka akan dapat menerima dan menyokong perlaksanaan hukum Tuhan itu.


Tetapi kalau kebenaran sudah nyata, namun penentangnya masih menentang, maka penyakit orang itu bukannya tidak faham. Ada penyakit dalaman lainnya yang sedang mengganggunya. Moga-moga ALLAH izinkan untuknya diberikan satu ubat yang tepat dan mujarab.


Adalah menjadi pengalaman biasa kita bersama sebelum ini bahawa di dalam perjuangan Islam, banyak hukum-hukum ALLAH yang pada mulanya dulu dipertikaikan, disindir-sindir, diejek, dibenci dan diketawakan tetapi akhimya diterima dengan rela hati. Misalnya tentang pemakaian purdah oleh wanita beriman. Berapa ramai wanita yang dulunya jijik dengan purdah tetapi kini jatuh cinta dengan purdah dan memakainya.


Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ini adalah kerana dulu mereka tidak tahu tentang hukum tutup aurat, tetapi kini mereka sudah kenal dan sudah cinta.


Hal demikian ini adalah satu proses biasa yang mesti berlaku dalam masyarakat. Yakni hal-hal yang baru, mulanya dimusuhi tetapi lama-kelamaan ia diterima.


Apalagi di zaman kebangkitan semula Islam ini, yang mana sebelumnya hukum A,LLAH sudah hancur sama sekali. Kita semua kena bersabar untuk melalui proses penentangan terhadapnya kemudian menyusul pula proses penerangan, kefahaman, keyakinan, pengamalan dan akhirnya penentang tadi akan jadi pejuang utama pada apa yang ditentang sebelumnya.


Sekarang di tahun ke-14 dalam abad ke- 15 Hijrah ini, hukum hudud pula tampil jadi satu isu yang panas di akhbar-akhbar, di majlis-majlis muzakarah, di kedai-kedai kopi dan di mana-mana saja orang memperkatakan nya. Ada yang ghairah sangat mahu melaksanakan nya, dan ada yang marah sangat nampaknya. Moga-moga di celah-celah sikap pro dan kontra ini, kita akan menemui hasil yang terbaik, yang akan memberi kepuasan pada semua pihak.


Apalah ditakut dengan hukum hudud ini. Ia bukannya perkara baru dalam dunia ini. Bahkan ia sudah jadi amalan di seluruh dunia. Cuma hukum ‘hudud’ yang dijalankan selama ini, bukan menurut cara Islam. Kita namakanlah, ‘hudud Barat’. Hukuman-hukuman yang dibuat dan dijalankan di Malaysia dan di merata negara di dunia hari ini, semuanya ‘hudud Barat’. Kalau umat Islam boleh iktiraf hudud dari Barat, mengapa susah sangat hendak terima hudud Islam? Dan kalau orang Cina dan India pun boleh terima undang-undang Barat, tentu tidak mustahil mereka juga boleh terima undang-undang Islam.


Dalam hudud yang Barat ciptakan, yang sudah dilaksanakan sekian lama di Malaysia dan di seluruh dunia, ada banyak hal yang menakutkan yang kita pun ngeri mendengarnya. Ada hukuman yang pesalahnya ditetapkan untuk dibunuh, dipancung, di‘karan’kan dengan kerusi elektrik, digantung dan dipenjara seumur hidup. Ada juga disebat, dipenjara dalam gelap. Ada yang dipenjara tanpa bicara. Semuanya ini sangat menakutkan kalau dikenang-kenang dan direnung-renungkan. Sebab itu pada saya, kalau ada orang yang merasa ngeri dan takut dengan hukum hudud dalam Islam, itu bukanlah satu kepelikan atau keanehan. Ia cuma satu kesan psikologi pada orang-orang yang lemah jiwa bila dengar cerita azab dan seksa.


Orang semacam ini kalau tengok filem perang atau lihat seksaan dalam penjara pun akan menjerit-jerit ketakutan dan mungkin mati kalau memang ada sakit jantung. Sebab gambaran itu telah memberi satu hentaman ketakutan yang akan memberhentikan degup jantungnya. Pada orang ini, bukan saja hudud Islam yang dia akan tentang, ‘hudud-hudud’ biasa ini pun kalau dimainkan sebagai isu panas, bila dia diminta memberi komen, ia pasti akan menentang dan mengatakannya kejam. Apa tak kejamnya, orang baru bawa senjata api sudah dihukum gantung. Orang menjual dadah pun dibunuh. Tangkapan di bawah ISA langsung tidak dibicara. Tak kejam ke?


Kalau anda disuruh memilih, antara hukum gantung dengan potong tangan, mana yang anda mahu? Insya-ALLAH majoriti orang akan pilih dipotong tangan saja. Walaupun sakit tetapi masih hidup. Orang lebih tidak mahu mati daripada tidak mahu sakit atau cacat. Kalau begitu, tidaklah kejam kalau hudud Islam ada hukuman potong tangan. Bukankah hukum bunuh itu lebih berat daripada hukum potong tangan?


Sesiapa saja yang rasional, tidak akan prejudis dengan hudud dalam Islam. Apa salahnya orang jahat dihukum. Dunia mengakui bahawa orang salah dan orang jahat tidak boleh dibiar. Penjahat mesti dan patut dihukum. Sebab itu di dunia hari ini banyak penjara tempat menyeksa orang. Memang ubat pada kejahatan itu ialah hukum seksa atau azab.


Ada orang kata kalau hudud dilaksanakan dalam negara Islam nanti, para pelancong tidak datang, pelabur lari dan bangsa asing akan tentang. Saya mahu tanya, mengapa pelantong- pelancong ramai ke Malaysia, sedangkan banyak penjara di Malaysia sekarang ini? Tali-tali gantung pun banyak, rotan-rotan penyebat pun bersepah-sepah. Apakah para pelantong itu tidak takut kepada penjara, rotan, kerusi elektrik, alat pemancung, gas chamber, dan tali gantung? Di mana lojiknya mereka berani pada semua itu tetapi cuma takut pada pisau yang hendak potong tangan pencuri dalam negara yang menjalankan hukum hudud secara Islam? Atau apakah anda fikir dalam negara Islam itu, semua orang sibuk nak menghukum hudud saja? Silap sana, hudud, silap sini, hudud? Begitu ke?


Sebenarnya dalam negara Islam yang sebenar itu, bilangan kes hukuman hudud berada di tahap yang paling minimum. Setahun sekali pun mungkin tidak berlaku. Tetapi tengok dalam negara sekular alaBarat ini, tiap-tiap hari mahkamah jatuhkan hukuman ‘hudud Barat’ mereka pada rakyatnya.


Konon ada orang Islam yang bimbang kalau-kalau hudud akan membuatkan orang bukan Islam dalam masyarakat majmuk ini tidak boleh terima dan akan bangun menentangB. agi saya anggapan ini tidak tepat kerana saya lihat sekarang ini pun orang bukan Islam memang tidak senang denganbeberapa ha1 yang dibuat oleh kerajaan. Sebab itu suara-suara penentangan itu selalu kedengaran dalam parlimen. Bahkan perebutan kuasa politik oleh orang bukan Islam di Malaysia bukan soal yang asing lagi bahkan sudah serius dan kronik. Itu semua bukan disebabkan hudud. Tetapi mengapa ini tidak dibimbangkan? Pada saya ha1 ini lebih bahaya daripada penentangan yang mereka mungkin lakukan terhadap perlaksanaan hukum budud di Kelantan.


Namun apa yang lebih menghairankan dan menyusahkan saya ialah mengapa di waktu orang bukan Islam belum bersuara apa-apa terhadap hudud, orang Islam sendiri yang beriaria sangat takut kalau-kalau hudud dijalankan? Kalau betul kita bertanggungjawab terhadap agama kita, caranya ialah kita fahamkan mereka tentang hukum ALLAH itu. Bila mereka faham, moga-moga mereka boleh terima. Tetapi kalakui ta yang tentang atau kita pun turut tidak setuju, tentu orang bukan Islam akan kata, “Macam mana orang Islam sendiri menolak hukum Islam? Ada Islam lama, Islam baru ke?” Dan atas sikap dolakdalik kita ini, kewibawaan umat Islam akan jatuh dan mereka akan berani menentangnya.


Sebenarnya perbuatan anda menentang hukum hudud ini,


bukan Islam kata mereka tidak setuju purdah. Yang gigih menentang purdah ini ialah orang Islam yang sudah rosak imannya. Kalau ada pun orang asing yang menentang, itu sebagai menyambung lidah orang Islam juga. Kalau tidak dimulakan dik orang Islam, tidak ada alasan mengapa orang lain berani campurtangan dalam urusan agama kita.


Bagaimana kalau ada orang cadangkan, “Kalau anda rasa hukum-hukum Islam itu tidak boleh masuk ke akal anda, maka anda tolak saja agama Islam !” Bagaimana? Tentu anda marah! Maka begitulah marahnya orang Islam lain kerana sikap anda itu. Kalau kita tidak faham sesuatu, katakanlah yang kita tidak faham. Jangan bercakap macam orang pandai, nanti keliru dan kusut masyarakat dibuatnya. Dan atas sikap anda itu, akan ada orang yang faham dan kenal siapa anda sebenarnya.


Saya yakin, orang bukan Islam yang cerdik, baik dart tidak busuk hati, tidak ada kepentingan, dengan mudah saja boleh terima hukum hudud. Kalau mereka faham maksud baik dengan hukum hudud ini, mereka akan menerimanya dengan rela hati sepertimana mereka telah dart boleh terima hukum sekular yang dalam sesetengah ha1 lebih berat dari hukum hudud. Mereka pun suka negara aman dari orang-orang jahat yang mengancam masyarakat.


Biasanya yang keras kepala, kaki menentang itu sama ada yang Islam atau tidak, bukannya ramai. Kadangkadang hanya bilangan jari. Cuma kerana mereka ini kaki buat bising, suratkhabar pun besar-besarkan, orang pun salah sangka. Ingatkan mereka ramai. Sebenamya tidak!


Persoalan sebenarnya sekarang ini ialah, mana yang lebih baik antara hukum ‘hudud’ yang biasa atau hudud menurut Islam?

Kita mesti bersikap adil dalam membandingkan keduadua

sistem hukuman ini supaya

kebenaran dapat disaksikan oleh

semua pihak. Untuk itu kita

mesti melihat teori dan praktik

kedua-dua hukum ini sepanjang sejarah. Dan kita juga mesti melihat dasar dan matlamat kedua-duanya.Kemudian teknik yang dipilih serta prosedur untuk mencapai tujuan .






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N