Langkau ke kandungan utama

GENERASI PEMBINA EMPAYAR.




Sabah, Negeri Sembilan dan Indonesia.

PEMBINAAN GENERASI BARU.
Melayu Nusantara, generasi pembina empayar. Mereka membesar di tengah suasana yang telah dibentuk sekian lama. Yakni suasana syiar dan amalan Islam yang melanda seluruh dunia khususnya di Malaysia.Mereka punya persediaan jiwa, akal dan fizikal yang cukup untuk tampil mengisi kemenangan yang dijanjikan untuk perjuangan kebangkitan Islam di timur. Kemajuan besar lahir di Malaysia dari raut wajah mereka yang lembut, tenang jelas terpancar di wajah mereka.

Allah memilih bangsa Melayu untuk menerajui kepimpinan empayar Islam, kerana bangsa ini belum pernah menerima giliran menerajui dunia. Setelah Rasulullah SAW wafat disambung oleh Khulafa'ur Rasyidin. Di atas kaedah tersebut berjalan dizaman salafussoleh selama tiga ratus tahun. Berlanjutan selepas itu empayar Islam selama 700 tahun. Lalu ketika para penguasa empayar Islam itu beserta para pendokong yang menyimpang, Allah pun mencabut amanah kejayaan itu dari mereka.”

Untuk mengembalikan era tersebut, pendidikan adalah gelanggang untuk membina dan memproses insaniah manusia. Mereka adalah generasi bakal diberikan amanat untuk tugas besar satu hari nanti. Bukan untuk berbangga dengan tugas itu tetapi mengingatkan mereka bahawa persiapan yang lebih kemas dan rapi perlu dibuat.
Setiap kali kita sembahyang berjemaah dengan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, selesai sembahyang lima waktu, beliau mengambil beberapa minit berkongsi ilmu dan maklumat.Kata Abuya setelah kita memberikan ruang kepada mereka untuk meluahkan apa-apa saja maklumat. Kemudian jiwa mereka diisi taqwa sebab hanya orang yang bertaqwa saja yang sanggup memikul beban tanggungjawab perjuangan. 

Hanya orang bertaqwa saja yang akan dibantu oleh Allah SWT. Dan orang yang bertaqwa itu membawa rahmat serta kebaikan untuk seisi alam.
Ditanamkan sungguh-sungguh kesedaran ini kedalam hati mereka. Mereka harus yakin bahawa memang merekalah orangnya nanti yang akan tampil ke depan menyambung kerja perjuangan. Biar mereka benar-benar merasai bahawa mereka adalah individu yang bertanggungjawab dan akan diserahkan mandat yang besar.
Pendedahan demikian diharap akan memberikan kesan positif kepada generasi muda. Setidak-tidaknya mereka faham tugas mereka bukan hanya menadah kitab didalam kelas. 

"Sesungguh nya Allah memilih untuk menjayakan agamanya ini sesiapa yang dipilihNya di antara hambaNya; Dia genapkan untuk mereka syarat-syaratnya, lalu Dia muliakan mereka dengan agama & kejayaan itu.”
Anak-anak Pejuang.
Anak-anak pejuang yang selalu ditinggalkan
Kasih sayang tidak diperolehi
bermanja-manja jauh sekali
ayahnya jauh di mata
sekali sekala baru berjumpa
Anak-anak pejuang selalu bersendirian
makan minumnya kurang terurus
pakaiannya kurang teratur
Anak-anak pejuang sudah dilatih
kehidupannya diurus sendiri
nanti dia pandai berdikari
Anak-anak orang lain dapat layanan istimewa
hidupnya macam ayam daging
tidak pandai mengurus diri sendiri
RUPA-RUPANYA pada penderitaan ada keindahan dan pelajaran
pada kemewahan dan kesenangan ada keburukan
Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi 8.45 pagi, 22 February 1990. Medan Indonesia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N