Langkau ke kandungan utama

RAKYAT INGINKAN KEADILAN.


RAKYAT BERPELUANG MENDAPAT KEADILAN DAN PEMBELAAN.

Semua rakyat di Malaysia berpeluang mendapatkan keadilan. Ketelusan dalam perbincangan diperlukan.Perbincangan-perbincangan yang dapat menjernihkan kekeruhan-kekeruhan yang telah berlaku dan juga dapat mengelakkan ledakan perasaan oleh sebahagian besar rakyat yang selama ini terpendam dan tidak bermaya menyuarakan hasrat mereka (silent majority).

Ini terbukti berlaku di Turki sebelum kerajaan Orlog dan Erdogan iaitu era Kamal Ataturk dan juga di Iran semasa pemerintahan Shah.Majlis muzakarah ilmu tanpa campur tangan orang politik amat diperlukan. Dengan adanya muzakarah atau perbincangan ilmu dapatlah pihak penuduh mengemukakan alasan dan dakwaannya. 

Sebelah pihak yang dituduh diberi hak untuk didengar atau the right to be heard, dan peluang membela diri. Kemudian barulah selepas itu kita boleh menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar. Mana yang salah kita nasihati, kita tegur baik-baik dan jika benar perlu, barulah dihukum.
Itulah jalan penyelesaian secara Islam yang sebenarnya seperti yang dikehendaki Allah. Bukan di hebah-hebah dan dipermalukan dalam media masa seperti yang berlaku selama ini. 

Walaubagaimanapun kita optimis suasana ini dapat diperbaiki, bila semua pihak sedar kita kini berada di era kebangkitan Islam sekali lagi.
Sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri, rakyat sendiri akan tolak buktinya sekarang sampai jatuh kerajaan yang memerintah selama 61 tahun.
Aspek kedua ialah politik. Kita sama-sama telah melihat bahawa gejala politik wang masih berlaku walaupun kita membenteraskannya. Politik wang ialah satu barah yang telah menanah dalam arena politik negara.  Tidak mustahil musuh boleh peralatkan kita tanpa kita sedari.

Aspek ketiga ialah ekonomi. Jika jurang perbezaan terlalu menjolok mata antara golongan kaya dengan golongan miskin ini akan menggugat keamanan. Si kaya diburu kebimbangan, si miskin pula akan marah dan berdendam. Di antara mereka bukan sahaja dipisahkan oleh perbezaan harta tetapi juga perbezaan rasa. Perbezaan rasa inilah yang akan mencarik-carikkan kasih sayang dikalangan masyarakat.Jika jurang perbezaan ini tidak segera disambung oleh titian kasih sayang, si miskin akan terlibat dalam pelbagai jenayah sosial dengan kemiskinan hartanya dan si kaya juga akan terlibat dengan jenayah 'kolar putih' oleh kemiskinan hatinya.

Kadar jenayah seperti pembunuhan, rompakan, dadah dan  rasuah semakin hari semakin meningkat. Undang-undang dan hukuman hanya cuba menyelesaikan masalah itu akibatnya, bukan pada puncanya. Punca masalah itu pada penyakit hati. Penyakit hati terjadi bila nafsu menguasainya.

Apabila nafsu dibiarkan mengusai hati, iman akan tidak ada tempatnya.
Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya, tetapi menyembah hawa nafsu. Bila nafsu menguasai manusia, ia akan sentiasa mengarah kepada kejahatan. Maka akan berlakulah banyak kejahatan yang bukan sahaja memungkinkan manusia itu membunuh orang lain tetapi juga membunuh dirinya sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N