Langkau ke kandungan utama

JENIS-JENIS ILMU.


ILMU KASBIAH DAN WAHBIAH.

Bermacam-macam kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini. Ia adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya. Antaranya, dapat ilmu tanpa belajar. Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi ilmu terus jatuh pada hati. Memanglah ilmu yang jatuh kepada hati, tidak perlu proses belajar. Kalau ilmu yang jatuh pada akal, ia perlu melalui proses belajar yakni membaca, mentelaah, kena berguru, kena bermuzakarah, kena berfikir dan merenung. Barulah akan dapat ilmu itu.
Sedangkan ilmu yang jatuh pada hati, tidak diketahui sumbernya, tidak perlu berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. Ia terus terjatuh sahaja ke hati. Hati itu sebagai wadahnya.

 Jadi orang yang bertaqwa ini diberi ilmu tanpa belajar.Ini jelas Allah nyatakan dalam ayat Al Quran:
Maksud firman Allah:
"Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu." (Al Baqarah 2:282).

Ilmu dalam Islam ada yang dapat secara kasbiah dan ada yang dapat secara wahbiah.Cara kasbiah mejoriti dilakukan oleh umat Islam. Cara yang kedua adalah anugerah Allah kepada pilihan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Seperti para Mujaddid mereka dianugerahkan Allah ilmu wahbiah kerana ketaqwaan mereka. Ilmu wahbiah langsung Allah masukkan kedalam hati.Ilmu yang dapat secara wahbiah ini, dinamakan Ilmu Laduni. Ia adalah ilmu yang mempunyai manfaat menjadikan seseorang mendapatkan ilmu atau pengetahuan tanpa proses belajar.  Inilah anugerah Allah dalam berbagai bukti atas kekuasaan-Nya dengan menciptakan berbagai ilmu. Pastinya tidak ada yang tidak mungkin jika Allah meridhai.

Dapat ilmu daripada Allah tanpa perantaraan guru, tanpa perantaraan belajar. Hal ini diperkuatkan oleh sabda Rasulullah SAW yang Maksudnya
"Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nanti dia akan dipusakakan ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim).

Apa sahaja ilmu yang dia tahu, diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan beri ilmu tanpa dia belajar. Ramai orang-orang soleh dan ulama yang soleh diberi ilmu laduni. Itulah ilmu yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham.Pengertian Ilmu Laduni menurut imam Al-Ghazali adalah ilmu yang dipancarkan langsung oleh Allah ke lubuk hati manusia tanpa proses belajar terlebih dahulu dan tanpa proses metode ilmiah. Menurutnya lahirnya ilmu laduni, melalui Kasyf atau ilham.

Firman Allah Taala:
Maksudnya: "Dan Kami ajarkan dia ilmu yang datang dari dari sisi Kami." (Al Kahfi: 65 ).

Ertinya orang yang bertaqwa itu akan diberi ilmu terus dari Allah tanpa perantara guru. Agar tidak terkeliru, perlulah diingat bahawa orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mesti ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain terlebih dahulu.

BUKTI SEJARAH
Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama Muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperoleh ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadist seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Qadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi, dan lain-lain lagi.

1). Imam Al Ghazali: Umurnya pendek saja yaitu sekitar 54 tahun. Beliau mulai mengarang setelah bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Artinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang sebanyak 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur yaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu Ushul Fiqh yang agak susah difahami). Coba fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun bisa menghasilkan 300 buah kitab-kitab yang tebal, jika bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan lalu ditulis.

Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sebagaimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun saja baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, artinya kalau 14 tahun baru dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.

2. Imam Sayuti: Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mulai mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam kurun waktu hanya 13 tahun saja beliau dapat menghasilkan begitu banyak kitab. Artinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi gaya bahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu.
Diantara kitabnya yang terkenal antara lain: Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandung matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil, dan lain-lain. Jika beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam kurun waktu 13 tahun dapat menuliskan 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak heranlah hal ini bisa berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada yang menceritakan bahwa Imam Sayuti bisa Yakazah dengan Rasulullah Saw sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang keilmuan dengan Rasulullah Saw.

3. Imam Nawawi: Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, yaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat menikah tetapi telah banyak menghasilkan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab Fekah. Kalau ditimbang beratnya, kitab itu kurang lebih sekitar 3 Kg, yakni kitab Fekah yang sangat tebal. Selain itu ada juga kitab Riyadhus Solihin, Al Azkar, dan lain-lain.
Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja jika mengikuti kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, maka tidak mungkin dapat disiapkan dalam kurun waktu dua atau tiga tahun. Mungkin bisa memakan waktu 10 tahun. Ini berarti dia mulai mengarang ketika berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi sudah mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi juga turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya seseorang menjadi pengarang kitab ketika telah mencapai di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah Swt berikan tanpa proses belajar, tanpa usaha ikhtiar, dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.

Ada kitab turas atau kitab kuning, yang Allah anugerahkan kepada pengarang kitab tersebut cara wahbiah. Contoh pengarang kitab dibawah ini. Majmu' Muhammat Al-Mutun. Kumpulan matan-matan ilmu.Kitab ini mengumpulkan matan-matan klasik penting pelbagai disiplin ilmu hasil karangan pelbagai ulama yang ditalaqikan di pelbagai pusat pengajian Islam. Contoh matan yang ada :Fannut Tauhid, Ummul Barahim fil Aqaid li Abi Abdillah Muhammad bin Yusuf As Sanusi Al Husaini (595 hijrah), Jam'ul Jawami', Al-Samarqandiyah, Al-Rahabiyah, Al-Ajurrumiyah, Lamiyatul Af'al, Al-Baiquniyah dll.Semuanya berjumlah 65 mata atau 65 kitab daripada karya pelbagai ulama.

Kasbiah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
usaha ikhtiar. Dalam kamus Besar Arab- Melayu Dewan muka surat 1997.
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Al Baqarah 2:286).
تكسب يتكسب تكسبا :
1. fulan berusaha bersungguh sungguh untuk mencari rezeki.
2. Memperolehi,
هو يتكسب من الشعر،
Dia mencari kehidupan dengan puisi. Di ulang lagi disini,
Dapat ilmu daripada Allah tanpa perantaraan guru, tanpa perantaraan belajar.
( Suatu ketika dulu Andalusia di Aman Islam menjadi rujukan dunia).

Hal ini diperkuatkan oleh sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nanti dia akan dipusakakan ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)
Apa sahaja ilmu yang dia tahu, diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan beri ilmu tanpa dia belajar. Ramai orang-orang soleh dan ulama yang soleh diberi ilmu laduni. Itulah ilmu yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham.

Firman Allah Taala:
Maksudnya: "Dan Kami ajarkan dia ilmu yang datang dari dari sisi Kami." (Al Kahfi: 65 ).

Ertinya orang yang bertaqwa itu akan diberi ilmu terus dari Allah tanpa wasilah guru. Agar tidak terkeliru, perlulah diingat bahawa orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mesti ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain terlebih dahulu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…