Langkau ke kandungan utama

KEBENARAN ITU HARMONI.



Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni.

Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama perlukannya sebab ia indah, senang , menyenangkan, tenang dan menenangkan. Jadi kebenaran yang hebat itu menjadi keperluan bersama manusia. Kebenaran yang dimaksudkan ialah:
• Kasih sayang
• Keadilan
• Perikemanusiaan yang amat tinggi
• Rasa bersama dan bekerjasama
• Kesatuan dan perpaduan
• Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur
• Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan
• Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia
• Memikirkan kepentingan orang lain
• Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.

Itulah sebahagian daripada kebenaran. Inilah yang dunia mahukan. Ini yang dunia kehendaki semenjak dari Nabi Adam hingga hari ini. Bahkan hingga dunia ini dikiamatkan oleh Tuhan nanti. Walaupun begitu, hendak mendapatkan kebenaran dalam kehidupan amat sulit. Kalaupun dapat, hanya satu atau dua perkara sahaja. Manusia inginkan kebenaran tetapi manusia tidak menemuinya. Itu menunjukkan kebenaran itu tidak mampu manusia cipta. Kebenaran itu bukan ciptaan manusia.

Kebenaran adalah dari Tuhan. Sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran:

الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ الْمُمْتَرِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah engkau menolak.” (Ali Imran: 60)

Ertinya kebenaran bukan ciptaan manusia tetapi ia dari Tuhan yang diberikan kepada manusia. Bagi mendapatkan kebenaran dari Tuhan untuk keperluan bersama manusia, Tuhan mensyaratkan kebenaran itu mesti diperjuangkan. Kalau kebenaran itu tidak diperjuangkan maka kebenaran itu tidak akan dapat dimiliki oleh manusia.

 Sebab itulah sehingga hari ini, kebenaran yang sempurna, yang lengkap, yang serba ada, belum dimiliki oleh manusia. Kerana itulah manusia hari ini hidup tidak menentu. Hidup dalam derita. Berlaku krisis demi krisis dan tidak ada ketenangan. Bahkan di rumah-rumah ibadah pun tidak ada ketenangan. Kecuali hanya berlaku sekali-sekala seperti di zaman Rasulullah SAW.

Mahalnya kebenaran itu. Semua orang perlukannya tetapi sangat susah untuk dimiliki kerana ia adalah anugerah dari Tuhan. Kalau manusia mahu memilikinya, hendaklah diperjuangkan kebenaran itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N