Langkau ke kandungan utama

MENYUBURKAN SIFAT YANG POSITIF.



Rasa terhutang budi dan ingin
membalas budi. Mari kita melihat dari dekat bagaimana Abuya menyuburkan sifat positif kepada keluarganya. Suatu hari penulis selaku anak bertanyakan kepada Abuya. Setiap tahun kita akan berkunjung ke Kampung Pilin iaitu kampung halaman Abuya yang terletak di Negeri Sembilan. Ada seorang ini, rumahnya juga tidak pernah dikecualikan. Siapa sebenar orang ini dan apa kaitannya dengan kita.
Abuya merespon pertanyaan saya. Lalu Abuya mengenalkan orang tersebut kepada kami. Dia adalah cikgu Abuya ketika di sekolah rendah. Dia mengenalkan Abuya ABC...Saya terkejut kerana dan kagum bagaimana Abuya melayani dan menghormatinya seperti keluarganya sendiri.

Begitulah Abuya mendidik secara santai sahaja. Melalui sikapnya dia menyuburkan rasa positif tersebut dengan selalu mengenang-ngenangkan budi dan menghitung nikmat yang diberikan orang kepada kita. Rasulullah SAW, guru-guru, pemimpin, ibubapa, sanak saudara, sahabat handai dan lain-lain lagi

Sewaktu mengenangkan jasa atau menghitung- hitung nikmat
yang kita perolehi dari mereka itu, tentu timbullah rasa mahu membalas budi yang baik itu dan mahu bersyukur atas nikmat. Maka bersegeralah kita
bertindak melakukannya. Buatlah apa juga kebaikan yang terdaya demi menghiburkan mereka itu serta untuk menjalin kasih sayang yang erat dengan mereka.

Perlu diingat, kadang-kadang mereka yang berbudi itu, ada juga buat salah pada kita; hingga kita rasa kecil hati dan mahu menafikan jasa bakti mereka pada kita. Sebenarnya sikap itu tidak betul. Patutnya kerana mengenang budi mereka kita boleh memaafkan kesalahan mereka itu. Memaafkan dan melupakan kesilapan mereka itulah imbangan kepada budi baik mereka. 

Sedangkan Allah SWT itu bersifat pemaaf, memaafkan kesalahan
 hamba-hamba-Nya yang membuat kesalahan.Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
(Asy Syura  42:25).

Dalam pada itu kekalkan hubungan baik dan budi baik dengan mereka. Terhadap Allah SWT pula, jangan kita berburuk sangka atas kesusahan yang ditimpakan. Nikmat-Nya masih lebih banyak dari bala bencana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...