Langkau ke kandungan utama

SULTAN YANG WARAK.



(Di Selangor)

Warak berasal dari perkataan bahasa Arab. Warak maksudnya
 alimberiman, (bahasa Inggeris: devout). Seseorang yang warak tidak melakukan perkara yang mungkar dan jahat seperti rasuahdan menyeleweng. Mereka juga dilihat tidak meninggalkan sembahyang dan rukun Islam yang lain.
(Di Selangor).

Dalam sejarah Islam di Turki kita kenali nama Sultan Muhammad Al Fateh. Beliau yang membuka kota Istanbul. Penasihat atau gurunya ialah Syeikh Syamsuddin alwali. Ditangan guru inilah membina berjaya membina insaniah Sultan Al Fateh. Sejarah tersebut disalin oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Bagi Beliau pula dididik oleh Syeikh Bukhari atau nama penuhnya Sayyid Mahmud Arif al-Bukhari berasal daripada negara Bukhara. Beliau seorang yang tegas dalam pegangan agama. Juga salah seorang yang pernah menjadi penasihat agama kepada Sultan Selangor.
(Bahagian dalam masjid di atas).

Beliau dijemput oleh Sultan untuk menjadi mudir Maahad Hisyamuddin. Sultan Alauddin Sulaiman Shah amat dikenali sebagai seorang sultan yang selalu mendampingi para ulama.
Dalam sejarah Alam Melayu, kita dapat membaca beberapa orang sultan atau Raja-Raja Melayu yang amat dikenali sebagai seorang yang warak dan mendampingi para ulama.
Raja Melayu di Alam Melayu yang 
amat dikenali dengan sifat 
kesolehan mereka yang 
ditonjolkan melalui pemerintahan mereka mahupun kehidupan seharian mereka. 

Salah seorangnya ialah Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah ibni Sultan Mahmud Shah III.Dalam sejarah kesultanan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima amat dikenali sebagai seorang sultan yang warak dan selalu mendampingi para ulama.
Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor yang keempat) pada tahun 1898, cucunda almarhum baginda yang bernama Raja Sulaiman ibni Raja Musa ibni Sultan Abdul Samad ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang kelima pada tahun 1898 dengan gelaran Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Baginda diputerakan pada tanggal 11 September 1863, tetapi ada catatan ilmiah lain menyatakan pada tahun 1865. Bonda baginda bernama Raja Buntal Raimah binti Raja Barkat yang berketurunan kerabat diraja Riau-Lingga. Baginda memerintah negeri Selangor selama 40 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938.
(Masjid Bukhara di kota kelahiran Imam Bukhari di Tashkent Uzbekistan).

Baginda merupakan moyang kepada DYMM Sultan Selangor yang memerintah kini iaitu DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj. Salah seorang putera Sultan Alauddin Sulaiman Shah iaitu Tengku Aris, Temenggung Selangor yang juga merupakan nenda saudara kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah baharu sahaja mangkat pada bulan Januari lalu.
Sultan Alauddin Sulaiman Shah amat dikenali sebagai seorang sultan yang selalu mendampingi para ulama seperti Shaykh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani, Shaykh Hj. Abdul Ghani Hj. Othman, Sayyid Abdul Aziz asy-Syami al-Masri, Sayyid Mahmud Arif al-Bukhari dan ramai lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...