Langkau ke kandungan utama

PANDANGAN ULAMA KEROHANIAN.


RENUNGKANLAH NASIB KITA.
Apabila kita pandai bersyukur Tuhan akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Jika kita kufur dengan nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita sesungguhnya kemurkaan Tuhan kepada kita. Malaysia, sebagai negara yang cukup bertuah, kerana Tuhan ciptakan padanya pelbagai bantuan alam kepadanya yang tiada di negara lain. Sekilas pandang juga, orang akan menyangka bahawa rakyat Malaysia sudah tentu amat beruntung dilahirkan dan dibesarkan di negara ini.

Seringkali para ulama dan cerdik pandai mengingatkan kita dalam setiap individu yang merasa nikmat sebagai rakyat Malaysia wajib berfikir dengan lebih matang, patut mempunyai cita-cita untuk mendaulatkan Islam di negara yang dicintai ini.Suasana politik di Malaysia kini dalam huru hara. Yahudi kepung negara kiri kanan, depan belakang, atas dan bawah. Yahudi pula mahu merampas! Kalau kita tidak mendengar khabar gembira buat umat Islam di era kebangkitan Islam ini sudah tentu kita tidak tahu apakah nasib yang akan menimpa negara kita ini. Namun kita rasa terhibur dan mendapat kekuatan bila mendengar ada janji Allah untuk Timur yang tapaknya adalah Malaysia.

Ada satu janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW, untuk orang Islam di Timur iaitu kebangkitan Islam kali sekali lagi di akhir zaman  akan berlaku ditangan mereka. Iaitu ditangan orang Melayu yang beragama Islam. Kita yakin sekarang adalah gilirannya.Islam bukan bermaksud mengongkong kebebasan atau menafikan kebijaksanaan atau kreativiti rakyat. Biasanya pemimpin yang adil lebih terpimpin dari rakyat yang taat akan lebih terpimpin fikiran dan kreativitinya. Pada saya pandangan ulama kerohanian dalam menghadapi krisis politik dan suasana sekarang mesti diambil kira. Pengamatan mereka lebih bersifat tersirat.

Ulama kerohanian mereka melihat sesuatu dari mata hati, bukan sekadar mata kepala.Pandangan-pandangan mereka lebih tajam dan tepat walaupun ada masanya pandangan mereka dikira melawan harus perdana dan melawan arus popular dalam masyarakat.
Hati ulama-ulama kerohanian lebih bersih hasil perdampingan dengan Tuhan. Antara mereka ada yang dianugerahkan Allah dengan mukasyafah, ada yang mendapat firasat. Tidak kurang juga yang mendapat ilham, hatif atau mimpi-mimpi mubasyarah. 

Mengenai ini Rasulullah SAW sendiri bersabda:
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
"Takutilah firasat orang Mukmin kerana mereka melihat dengan cahaya Allah."(HR Tirmidzi dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

Mereka ini nampaknya begitu yakin walaupun dari segi lojik, hal seumpama itu seolah-olah mustahil berlaku. Tetapi jika pandangan ini tepat, tidak syak lagi ia adalah ilham daripada Allah SWT. Namun ia bukan wahyu sebagaimana ia diturunkan kepada nabi atau rasul melalui perantaraan Jibril, tetapi adalah rasa hati yang dicampakkan ke hati yang bersih. Mereka yang mendapatkannya terdiri daripada wali-wali Allah atau setidak-tidaknya orang soleh.

Ilham kerohanian yang sebegini
bukanlah satu yang aneh dalam meramalkan pimpinan sebuah negara. Buktinya, kepimpinan Umar Ibn Aziz, mujaddid kurun pertama, telah diramalkan lebih awal oleh Sayyidina Umar ibn Khattab. Begitu juga kepimpinan Imam Syafi'i. Orang-orang kerohanian bukanlah mereka yang tidak ambil pusing langsung tentang kepimpinan negara tetapi mereka mempunyai pandangan tersirat yang kerap kali terlindung dari arus pemikiran biasa.Ibn Arabi, seorang kerohanian bertaraf wali Allah misalnya, pernah meramalkan, "Islam di Turki akan bangkit semula selepas pemerintahan 7 Firaun". Tepat seperti yang diramalkan, 

Islam kini telah bangun semula
di Turki setelah berlalunya pemerintahan tujuh orang pemimpin yang anti Islam sejak Mustafa Kamal Ataturk. Turgut Ozal, pemimpin Turki yang meninggal dunia pertengahan April 1993 lalu adalah Presiden kelapan dan dibawah pemerintahannyalah Islam mula bangkit semula di negara itu.
Ramalan kerohanian yang paling popular terkenal dalam sejarah ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh di Konstantinopel. Kejayaan baginda menakluk kota Konstantinopel dari tangan Kristian, yang kemudiannya ditukar nama kepada Istanbul, telah diisyaratkan oleh ilham yang dianugerahkan kepada Syeikh Syamsuddin Al Wali, seorang ahli kerohanian Tareqat Naqsyabandiah.
Oleh itu pandangan-pandangan kerohanian ini tidak boleh dipandang sebelah mata walau pun arus pemikiran ketika itu rata-rata mengatakan Brother Anuar Ibrahim akan menjadi PM.
Lebih-lebih lagi mengenai Malaysia, sebuah negara di sebelah Timur yang bakal menjadi negara penting dalam kebangkitan semula Islam bertaraf ummah. Malaysia dan soal kepimpinannya tentu sahaja mendapat perhatian dunia khusus daripada ulama-ulama kerohanian. Sesuai dengan isyarat Hadis itu tentu sahaja pemimpin yang akan menerajui negara-negara Timur (termasuk Malaysia ) mestilah orang yang lebih baik Islamnya atau setidak-tidaknya memberi laluan ke arah itu.

Telah berlalu lebih tiga puluh tahun, pandangan ulama kerohanian dan ianya bertepatan dengan apa yang telah berlaku kepada Anuar Ibrahim. Anwar menjadi timbalan Mahathir untuk tempoh lima tahun, dari 1 Disember 1993 hingga 2 September 1998 sebelum dipecat kerajaan Mahathir ketika itu. Mereka juga memberi pandangan Tun Dr. Mahathir akan memerintah lama. Kini ianya menjadi kenyataan. Anuar Ibrahim tidak akan jadi PM Malaysia, sedangkan ketika itu Anuar Ibrahim telah menjawat jawatan timbalan  perdana menteri Malaysia. Sekarang rakyat sedang menyaksikannya hampir-hampir jadi realiti.

Di Malaysia kini, menurut ulama kerohanian lagi, sedang berlaku satu proses dimana mereka yang dulunya begitu ghairah dengan Islam telah bertukar menjadi penentangnya.
Inilah balasan Allah atas kesombongan mereka sewaktu mengecam pihak-pihak yang mereka cap tidak islamik dahulu. Sebaliknya yang dulunya begitu ghairah dengan maksiat, bergelumang dengan dosa besar telah bertukar menjadi orang yang suka bertaubat dan menyesali segala kemungkaran yang pernah dilakukan dengan penuh insaf. Hidupnya kini telah berhijrah dari jahiliah kepada Islamik. Mereka nekad untuk kembali kepangkal jalan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N