Langkau ke kandungan utama

KITA PERLUKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH.


ORANG BERILMU MESTI MEMOHON TAUFIQ DAN HIDAYAH DARIPADA ALLAH.

Kalau Allah tidak memberi hidayah kepada kita, ada ilmu pun, ilmu tidak boleh diselaraskan dengan perbuatan
kita, dan ilmu itu tidak dapat memberi 
manfaat kepada kita. Sebab itu disamping ilmu untuk menyuluh 
kehidupan kita, untuk menjadi sebab kita tahu mana yang hak dan mana yang batil, dan untuk menjadi sebab kita kenal mana yang mesti dibuat
dan mana yang mesti ditinggalkan, kita juga mestilah memohon taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.
Tetapi kalau Allah tidak memberi kita taufiq dan hidayah serta memimpin hidup kita, sebanyak mana pun ilmu yang ada pada kita, ilmu itu tidak dapat memberi manfaat. Dan sebanyak manapun yang kita pelajari ia tidak akan kita jadikan amalan. Dan manakala kita berbuat sesuatu, perbuatan kita
bersalahan juga dengan ilmu kita.

Walaupun ilmu yang kita pelajari itu sudah betul dan tepat. Ini kerana kita tidak mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT disebabkan ada sesuatu sebab yang kita tak ketahui; mungkin ada sesuatu dosa yang kita lakukan secara tidak kita sedari.
Orang Yang Di Selamatkan oleh Allah.
Sebab itulah kita perlu berhati-hati sentiasa kerana taufiq dan hidayah yang Allah hendak berikan kepada seseorang itu adalah disebabkan ada suatu perkara yang kita lakukan yang mendapat nilaian dan penghargaan besar daripada Allah SWT. Kerana ada sesuatu perkara yang dipandang besar oleh Allah SWT itulah maka ketika seseorang itu hampir-hampir jatuh kepada kesalahan,
diselamatkan oleh Allah SWT.

Sebaliknya pula, seseorang itu boleh jatuh kepada kesalahan walaupun pada mulanya dia baik dan berada di atas garis yang betul. Ini kerana Allah tidak boleh menyelamatkan dirinya di
sebabkan dia ada membuat sesuatu kesalahan yang dipandangnya ringan tetapi dipandang besar oleh Allah SWT.
Kerana itu Allah murka kepadanya. Oleh yang demikian, janganlah sampai kita melakukan dosa  yang di pandag besar oleh Allah SWT hingga mendinding kita daripada mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.

Banyak kita terbaca didalam kitab, kisah-kisah zaman dahulu bagaimana seorang itu pada mulanya terlalu jahat tetapi oleh kerana dia membuat suatu perkara yang dipandang besar oleh Allah, dia mendapat petunjuk. Umpamanya, kita perhatikan seseorang itu berkelakuan jahat dan banyak melakukan maksiat, tetapi terhadap ibu dan ayahnya dia amat taat sekali. Kerana itu dipenghujung hidupnya dia mendapat petunjuk. Allah memandang besar perbuatannya hingga menjadikan Allah SWT sayang kepadanya.

Sebaliknya, ada juga kita dapati seseorang yang banyak amalnya, sembahyangnya kuat serta banyak berpuasa dan berpegang kuat pula dengan Sunnah Rasulullah SAW tetapi dipenghujung hidupnya dia tersesat hingga menyebabkan dia melakukan perbuatan yang boleh membawa dia ke Neraka. Dan apabila kita selidik sebab-sebab terjadinya demikian, kita dapati orang itu telah cuai dengan ibu ayahnya yang merupakan dosa yang dipandang besar oleh Allah SWT. Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa yang besar di sisi Allah SWT. Itulah yang menjadi hijab atau dinding pada dirinya daripada mendapat hidayah Allah sampai ke penghujung hidupnya. Kerana itu walaupun pada awal hidupnya dia baik
tetapi pada penghujung hidupnya dia terseleweng dan terjun ke Neraka. 

Kita ambil satu contoh kisah seorang sahabat bernama Al Qamah.
Dikisahkan bahwa pada zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqamah. Dia seorang pemuda yang giat beribadah, rajin solat, banyak puasa dan suka bersedekah. Suatu ketika dia sakit tenat, maka istrinya mengirim utusan kepada Rasulullah untuk memberitahukan kepada beliau akan keadaan Alqamah. Maka, Rasulullahpun mengutus Ammar bin Yasir, Shuhaib ar-Rumi dan Bilal bin Rabah untuk melihat keadaannnya. Beliau bersabda, “Pergilah ke rumah Alqamah dan talqin-lah untuk mengucapkan La IlahaIllallah ”Akhirnya mereka berangkat kerumahnya, ternyata saat itu Alqamah sudah dalam keadaan
naza’, maka segeralah mereka men-talqin-nya, namun ternyata lisan Alqamah tidak boleh mengucapkan
 La ilaha illallah.

Langsung saja mereka laporkan kejadian ini pada Rasulullah.Maka Rasulullah pun bertanya, “Apakah dia masih mempunyai kedua orang tua?”
Ada yang menjawab, “Ada wahai Rasulullah, dia masih mempunyai seorang ibu yang sudah sangat tua dan uzur.”Maka Rasulullah mengirim utusan untuk menemuinya, dan beliau berkata kepada utusan tersebut, “Katakan kepada ibunya Alqamah, ‘Jika dia masih mampu untuk berjalan menemui Rasulullah maka datanglah, namun kalau tidak, maka biarlah Rasulullah yang datang menemuimu.’”

Tatkala utusan itu telah sampai pada ibunya Alqamah dan pesan beliau itu disampaikan, maka dia berkata, “Sayalah yang lebih berhak untuk mendatangi Rasulullah.”
Maka, dia pun memakai tongkat dan berjalan mendatangi Rasulullah.
Sesampainya di rumah Rasulullah, dia mengucapkan salam dan Rasulullah pun menjawab salamnya.Lalu Rasulullah bersabda kepadanya, “Wahai ibu Alqamah, jawablah pertanyaanku dengan jujur, sebab jika engkau berbohong, maka akan datang wahyu dari Allah yang akan memberitahukan kepadaku, bagaimana sebenarnya keadaan putramu Alqamah?”
Si ibu menjawab, “Wahai Rasulullah, dia rajin mengerjakan solat, banyak puasa dan suka bersedekah.”
Lalu Rasulullah bertanya lagi, “Lalu apa perasaanmu padanya?”
Dia menjawab, “Saya marah kepadanya Wahai Rasulullah.”
Rasulullah bertanya lagi, “Kenapa?”
Dia menjawab, “Wahai Rasulullah, dia lebih mengutamakan istrinya dibandingkan saya dan diapun durhaka kepadaku.”Maka, Rasulullah bersabda, “Sesungguhny,a kemarahan si ibu telah menghalangi lisan Alqamah, sehingga tidak boleh mengucapkan syahadat.”
Kemudian beliau bersabda, “Wahai Bilal, pergilah dan kumpulkan kayu bakar yang banyak.”Si ibu berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang akan engkau perbuat?”
Beliau menjawab, “Saya akan membakarnya dihadapanmu.”
Dia menjawab, “Wahai Rasulullah , saya tidak tahan kalau engkau membakar anakku dihadapanku.”
Maka, Rasulullah menjawab, “Wahai Ibu Alqamah, sesungguhnya azab Allah lebih pedih dan lebih ngeri lagi, kalau engkau ingin agar Allah mengampuninya, maka relakanlah anakmu Alqamah, demi zat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, solat, puasa dan sedekahnya tidak akan memberinya manfaat sedikitpun selagi engkau masih marah kepadanya,”
Maka dia berkata, “Wahai Rasulullah, Allah sebagai saksi, juga para malaikat dan semua kaum muslimin yang hadir saat ini, bahwa saya telah ridha pada anakku Alqamah”.Rasulullah pun berkata kepada Bilal, “Wahai Bilal, pergilah kepadanya dan lihatlah apakah Alqamah sudah boleh mengucapkan syahadat ataukah belum, barangkali ibu Alqamah mengucapkan sesuatu yang bukan berasal dari dalam hatinya, barangkali dia hanya malu kepadaku.”
Maka, Bilal pun berangkat, ternyata dia mendengar Alqamah dari dalam rumah mengucapkan La Ilaha Illallah. Maka, Bilal pun masuk dan berkata, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kemarahan ibu Alqamah telah menghalangi lisannya sehingga tidak boleh mengucapkan syahadat, dan ridhanya telah menjadikanya mampu mengucapkan syahadat.”Kemudian, Alqamah pun meninggal dunia saat itu juga.Maka, Rasulullah melihatnya dan memerintahkan untuk dimandikan lalu dikafani, kemudian beliau mensolatkannya dan menguburkannya,
Lalu, di dekat kuburan itu beliau bersabda, “Wahai sekalian kaum Muhajirin dan Anshar, barangsiapa yang melebihkan isterinya daripada ibunya, dia akan mendapatkan laknat dari Allah, para malaikat dan sekalian manusia. Allah tidak akan menerima amalannya sedikitpun kecuali kalau dia mahu bertaubat dan berbuat baik pada ibunya serta meminta ridhanya, karena ridha Allah tergantung pada ridhanya dan kemarahan Allah tergantung pada kemarahannya.”

Jadi daripada kisah ini kita dapat fahamkan bahawa dosa
kita yang dipandang besar oleh Allah SWT boleh menjadi hijab untuk kita mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Sahabat Al Qamah yang soleh itu pun boleh dihijab oleh Allah,
betapalah kita ini yang dosa kepada ibubapa mungkin lebih berat. Al qamah mungkin sekadar menghulurkan bantuan yang tidak sempurna. Dan kita ini pula bukan saja tidak sempurna setahun sekalipun tidak menghulurkan bantuan. Oleh itu wajib kita jaga hubungan kita dengan ayah dan ibu dengan memberi bantuan kepada mereka sebagai tanda syukur kita kerana menyebabkan kita lahir ke dunia. Mudah-mudahan dengan perbuatan kita yang dipandang mulia disisi Allah itu , kita sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari awal perjalanan hidup kita hinggalah ke penghujung hidup kita. Seseorang yang hendak mendapatkan petunjuk daripada Allah itu ada sebab-sebabnya, dan seseorang yang tidak boleh mendapat petunjuk daripada Allah itu ada juga ada sebab-sebabnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N