Langkau ke kandungan utama

SISTEM TUHAN DALAM F.AIN DAN F.KIFAYAH.


SISTEM TUHAN DALAM FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH....
Fardu Ain satu sama lain ada hubung kait dengan kehidupan Umat Islam.Begitu juga fardu kifayah yang sangat luas ada hubungan dengan kehidupan.
Ia merupakan satu sistem hidup yang tertib lagi sistematik.
Dan ialah untuk kehidupan orang yang beriman.
Kalau pemimpin Islam faham dan dijadikan arahan dan didalam pentadbiran Islam sungguh indah dan menyelamat kan. Ia hanya difahami oleh pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan.Ia merupakan hikmah yang amat tersirat sangat payah difaham.Kecuali pemimpin yang dijanjikan oleh Tuhan.
Sembahyang merupakan ibu segala ibadah. Sangat berperanan didalam kehidupan Umat Islam.Kalau ia benar-benar difahami dan dihayati ia adalah kekuatan umat yang beriman.
Kekuatan akal fikiran dan kekuatan jiwa yang sangat berguna didalam kehidupan.
Disamping ia merupakan ikrar kepada Tuhan.
Hidup untuk Tuhan untuk diamalkan seharian.
Agar hidup orang Islam setiap hari bersih dari kejahatan dan ada hubungan dengan orang lain didalam kehidupan.
Untuk lebih difahami mari saya huraikan:
Kita pergi kepada Fardu kifayah didalam kehidupan orang Islam.
Fardu kifayah diwujudkan, ia merupakan keperluan bersama masyarakat Islam.
Setiap golongan ada bidangnya masing-masing untuk kepentingan satu sama lain.
Ada yang berkecimpung didalam pendidikan.
Ada yang bergelanggang dibidang pertanian dan ternakan untuk masyarakat Umat Islam.
Ada yang berjuang mengenalkan Tuhan dan Islam kepada hamba Tuhan.
Ada yang berniaga untuk kemudahan masyarakat membeli keperluan.
Yang lain tidak disebutkan bolehlah dikiaskan.
Kalau kita faham yang disebutkan tadi yang tidak disebutkan mudah difaham.
Diantara fardu kifayah yang disebutkan yang mudah mencari kekayaan ialah perniagaan dan pertanian.
Golongan lain susah hendak mencari kekayaan.
Itulah hikmahnya zakat dari orang yang kaya.
Dibahagi lapan asnaf kepada yang tidak dapat mencari kekayaan.
Diantaranya fakir miskin, jihad dan orang yang berhutang yang tidak sempat mencari kekayaan.
Mereka hanya berkhidmat untuk keperluan masyarakat.
Termasuk orang kaya didalam kehidupan.
Jadi disini kita faham satu sama lain perlu memerlukan.
Ada yang memikirkan ilmu, ada yang memikirkan keperluan makan minum.
Ada yang memikirkan pentadbiran, ada yang memikirkan kekayaan.
Kalau semua golongan bersembahyang dan dihayati serta faham ikrar kepada Tuhan.
Semua golongan tadi faham memahami serta perlu memerlukan.
Setiap golongan bertanggungjawab menyempurnakan satu sama lain.
Masyarakat tidak pincang.
Tapi apabila Umat Islam sudah rosak.
Yang bersembahyang tidak faham sembahyangnya.
Hingga tidak berperanan didalam kehidupan.
Yang dapat kekayaan tidak tahu tanggungjawab.
Yang susah mencari kekayaan hendak mencari kekayaan mengabaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Setiap golongan tidak berperanan mengikut bidangnya, didalam kehidupan.
Pemimpin pula tidak ada ilmu dan tidak ada wibawa.
Dia tidak pandai mentadbir dan arahannya tidak ditaati oleh orang ramai.
Maka sistem Tuhan melalui fardu ain dan fardu kifayah didalam kehidupan tidak berjalan.
Sudah bertukar fungsinya didalam kehidupan.
Maka masyarakat Islam sudah beratus tahun pincang.
Akhirnya berpecah belah disamping lahirnya gejala masyarakat yang tidak sihat.
Maka terjadilah Umat Islam terhina dimana-mana.
Kerana pemimpin jahat disamping jahil.
Dan umumnya Umat Islam kalau pun bersembahyang, tidak ada kesan didalam kehidupan.
Abuya Fata At Tamimi
Menjelang Tidur
05.11.2005

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N