Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA ADA DUA ORANG TOKOH.


DUA FIGURE PEMIMPIN PALING UTAMA NEGARA.

Seorang pemimpin paling lama memerintah negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dikenali sebagai tokoh yang membawa kemajuan kepada umat Islam. Dunia Islam menjadikannya inspirasi untuk membangunkan ditempat masing-masing. Kepimpinannya mengalihkan masyarakat daripada Barat pandang ke Timur. Seorang pemimpin yang pernah didoakan oleh orang-orang kerohanian. Khusus doa dari seorang tokoh agama yang kontraversi iaitu Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi.
Ketegasan beliau berjaya menyelamatkan negara daripada terjebak kepada rusuhan kaum. Sikap tegasnya menghentikan isu ICERD. Bila kita berbangga dengan Putrajaya ia tidak boleh dipisahkan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur berjaya beliau pindahkan ke Putrajaya.Suatu ketika dahulu kawasan tersebut dikenali dengan kawasan yang banyak tanah paya bertukar wajah 
menjadi Landskap yang indah.

Seorang tokoh lagi juga
sangat dikenali diperingkat antarabangsa. Dato' Seri Diraja Dr. Hc. Anwar bin Ibrahim (lahir 10 Ogos 1947) ialah seorang ahli politik Malaysia, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia, atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Harapan. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dulunya seorang yang lantang bercakap kelompok-kelompok yang ada pada ketika itu tidak islamik. Dengan lantang dan angkuhnya menunding jari kepada orang lain. Ibarat pepatah Melayu, "tepok tangan keatas permukaan air, terpercik ke muka sendiri". Itulah yang berlaku kepada dirinya sekarang.
Begitu juga terserlah kepada isterinya yang menjawat jawatan orang nombor dua negara, berjaya menimbulkan isu kecil dibesarkan seperti perempuan bersunat bercanggah dengan hak asasi manusia. Anak Anuar Ibrahim juga salah seorang tokoh negara yang lebih dikenali dengan pejuang liberal. Satu keluarga menerajui negara ke arah kemusnahan dan akhirnya boleh meruntuhkan kemajuan yang sedang dicapai oleh negara Malaysia sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail, dilapor mengkritik pendirian kerajaan berhubung amalan berkhatan membabitkan wanita di negara ini. Kerajaan dikatakan memberi penjelasan tidak meyakinkan dan mengelirukan dalam UPR kepada PBB berhubung amalan itu.Wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berbuat demikian ketika membela amalan berkenaan pada pembentangan di Geneva, Switzerland, minggu lalu.
Pembentangan itu antara lain menyebut, FGM tidak diamalkan di Malaysia tetapi berlaku untuk bayi kerana nilai budaya.
Terbukti dalam banyak kes, apabila manusia berpaling daripada peringatan Tuhan, melupai Tuhan, mengabaikan dan meminggirkan Tuhan, tidak memperdulikan ajaran Tuhan, maka Tuhan timpakan berbagai-bagai kesulitan, kesusahan dan kesengsaraan. Sama ada penderitaan yang bersifat lahiriah, mahupun lebih-lebih lagi
yang bersifat maknawiah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N