Langkau ke kandungan utama

KEBENARAN ITU DARI TUHAN.

PERJUANGAN KEBENARAN.

Memperjuangkan kebenaran melalui sebuah jemaah yang dipimpin oleh seorang pemimpin bukan satu perjuangan yang kecil. Ia satu perjuangan yang hebat kerana kebenaran itu dari Tuhan.

Apa yang datang dari Tuhan; yang hendak diperjuangkan melalui jemaah supaya kebenaran itu dapat dimiliki oleh manusia sejagat; bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan seorang pemimpin yang bukan calang-calang pemimpin. Mestilah pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan. Kalau pemimpin itu tidak ditunjuk oleh Tuhan, tidak mungkin kebenaran itu dapat dipersembahkan kepada dunia hingga boleh diterima oleh masyarakat dunia dan menjadi hak bersama. Hingga masing-masing dapat kebahagiaan bersama.

Padahal jemaah-jemaah yang wujud di dunia sejak dulu sampai sekarang, semua berkata hendak perjuangkan kebenaran dengan membawa berbagai-bagai nama dan istilah. Namun kebenaran yang hendak dicari dan diperjuangkan itu tidak pernah ditemui. Yang berlaku hanya kekacauan, ketidakadilan, haru biru dan krisis sana-sini. Makin berjuang, makin lahir berbagai-bagai krisis dan kekacauan.

Kalau bukan melalui pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, kebenaran dari Tuhan itu tidak dapat disajikan ke tengah masyarakat. Jadi pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan sahajalah yang akan mampu memperjuangkan kebenaran itu.

Yang paling utama pemimpin itu ialah para rasul. Tapi berlaku juga dalam sejarah orang yang bukan rasul boleh membawa kebenaran iaitu membawa keindahan hidup yang sempurna. Antaranya Tholut, Zulkarnain, para Khulafaur Rasyidin yang memimpin selepas wafatnya Rasulullah, Sayidina Umar Ibnu Aziz, Salahudin Al-Ayubi dan Muhammad Al-Fateh.

Jadi kebenaran hak bersama, hak semua orang, hak semua etnik, hak semua bangsa dan hak semua agama. Maka sebab itu pemimpinnya mesti ditunjuk oleh Tuhan. Kalau tidak, tidak akan mampu melaksanakannya.

Kalau kebenaran itu sudah terserlah, ia akan mudah diterima. Kalau kebenaran itu sudah meluas, maka tidak susah orang memahaminya sebab keindahannya sudah dapat dirasai bersama. Kalau ada yang menentang pun, itu golongan minoriti yang ada kepentingan dan hasad dengki. Majoritinya mudah untuk menerima.

Yang susah dalam perjuangan kebenaran adalah waktu hendak memulakannya atau waktu hendak diasaskan yakni waktu kebenaran itu belum nampak lagi. Peringkat ini amat sulit dan amat susah. Kalau pemimpin itu tidak sabar dan tidak mempunyai ilmu yang cukup, dia tidak mungkin boleh buat. Sebab itu hanya pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan sahaja yang boleh melakukannya kerana pemimpin itu sentiasa dimonitor dan dibacking oleh Tuhan.

Sungguh mahal kebenaran. Hanya pemimpin yang Tuhan tunjuk yang boleh melaksanakannya. Kalau tidak, keadaan akan haru-biru dan kacau-bilau. Kalau kebenaran itu sudah terserlah, sudah nyata, itu mudah. Tetapi waktu hendak diasaskan yakni waktu hendak bermula, sangat besar cabarannya. Terutamanya bila penguasa-penguasa dunia menganggap perjuangan kebenaran itu satu kejahatan, satu perjuangan yang membawa huru-hara, yang mengancam dan mencabar keselamatan di sesebuah negara. Sebab itu dikatakan hanya orang yang ditunjuk Tuhan sahaja yang boleh melakukannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N