Langkau ke kandungan utama

KEJADIAN ISU ICERD..


TERSURAT DAN TERSIRAT KEJADIAN ISU ICERD.

Kini ialah zaman kebangkitan Islam. Tidak ada siapa dapat menghalang kebangkitan Islam yang sedang melanda seluruh dunia sekarang. Siapa pun tidak dapat menahan gelombang yang sedang melanda. Sebagai contoh, apakah kita pernah mimpi kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Naiknya Tun Mahathir sudah diketahui ulama kerohanian, ramai ahli  Tareqat juga  ahli bijak pandai yang terlibat dengan kebangkitan dunia timur.
Tun Mahathir jadi pilihan kerana pihak musuh yahudi tidak risau sangat dengan Tun Mahathir kerana dilihat sebagai seorang yang Liberal dan Tun Mahathir
ketika itu DITERIMA oleh semua Bangsa..
Apa yang dibuat oleh manusia terutamanya dari tangan orang politik iaitu ketegangan dikalangan rakyat. Ia berpunca dari golongan orang politik yang mencetuskan isu ICERD. Itu adalah perkara yang tersurat.

Apabila isu ini dihentikan oleh PM tidak berlaku perkara tersebut. Dari perkara yang tersurat seperti Isu ICERD dan juga banyak lagi perkara berlaku sepanjang 6 bulan ini.Dari perkara yang tersurat Allah lakukan yang tersirat tersebut maka TERCETUSNYA kebangkitan Penyatuan UMMAH atas nama Islam dan Melayu dan berlaku perhimpunan menyambut kesyukuran dengan jumlah hampir 1.5 juta orang melayu Islam turun diperhimpunan tersebut.
Bersatunya Melayu atas nama Allah dan Rasul dengan peranan raja-raja Melayu maka di Tanah Melayu juga Nusantara tidak lama lagi..

Fasa pertama telah berlaku bagaimana tumbangnya sebuah kerajaan yang telah memerintah negara selama 61 tahun. Sejak merdeka hinggalah PRU14 2018.
Bermulanya era baru yang kita sebut disini fasa kedua iaitu Malaysia Baru. Kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Harapan menggantikan kerajaan Barisan Nasional. Fasa pertama ini kita menyaksikan bagaimana usaha yang begitu serius ketika berdepan pilihanraya ke 14. Sama ada dipihak yang menentang kerajaan yang memerintah ketika itu dan
juga persiapan dipihak pembangkang. Begitu usaha dan titik peluh yang dikeluarkan dikalangan kedua belah pihak. Iaitu kerajaan yang hendak mempertahankan kekuasaan mereka dan juga usaha di pihak pembangkang. Begitulah yang telah berlaku di era tersebut.

Setelah berlaku perubahan kerajaan yang menerajui sekarang iaitu dibawah kerajaan PH. Kerajaan baru ini telah berjalan selama enam bulan.
Kita sebut era kerajaan Malaysia Baru. Fasa ini kita kenali dengan fasa kedua Malaysia. Semua manusia menyaksikan perubahan dan peralihan kerajaan berlaku secara aman.

Kerajaan Malaysia yang baru telah berjalan enam bulan.Di era Malaysia Baru atau fasa kedua Malaysia banyak perkara berlaku diluar jangkauan otak manusia. Antaranya berlakunya konflik dan ketegangan hubungan antara parti-parti politik yang ada di Malaysia.
Dikalangan parti politik ada yang membangkit isu ICERD. Maka bermulalah suasa tegang dikalangan orang-orang politik. Perbalahan demi perbalahan berlaku, tuduh menuduh dan kemuncaknya berlaku ketegangan dikalangan rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Perkara tersebut yang di mulakan oleh golongan politik.
Inilah kita namakan perkara yang tersurat. Di atas kejadian tersebut yang disebut TERSURAT.

 Maka Allah mainkan hati manusia di Malaysia. Ada dikalangan rakyat Malaysia Allah SWT sedarkan dan subur perasaan mereka terhadap negara. Iaitu kecintaan hati mereka meluap-luap terhadap negara yang dicintai ini.
Tiba-tiba berlaku gelombang yang mengejutkan dan mendadak melanda hati rakyat terutamanya dikalangan orang Melayu Islam. Maka Allah lakukan perkara tersirat di atas perkara yang tersurat di atas.

Perubahan berlaku tanpa diketahui siapa penganjur. Setiap individu, kelompok masyarakat dan juga badan kerajaan tertanya-tanya, siapa yang menganjurkan hingga berlaku sesuatu yang tidak diduga. Bukti yang baru saja berlaku pada 8 hari bulan Disember 2018 beberapa hari saja berlaku iaitu perhimpunan jutaan manusia di Kuala Lumpur.Apa yang dirancang oleh manusia tidak berlaku tetapi apa yang Allah kehendaki semua golongan terkejut. Walau pun tidak dirancang tetapi apa yang berlaku adalah terbaik. Tuhan buat serampang banyak mata.

Hikmahnya terlalu banyak. Bukan saja umat Islam yang turun dalam perhimpunan dapat manfaatnya juga umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya mendapat manfaatnya.
PDRM Anggarkan Lebih 1.97 Juta Rakyat Melayu Islam Sertai Himpunan bersyukur.

Mimpi Ngeri Kerajaan Pakatan Harapan Bermula. Apa yang berlaku Allah tunjukkan kepada kita , siapa sahaja samada di kalangan masyarakat atau pihak pemerintah yang cuba menghalang kemaraan kebangkitan Islam sekali lagi ia tetap gagal. Kalau sebelum ini kerajaan BN telah Allah musnahkan hingga kerajaannya digulingkan oleh TUHAN. KERAJAAN PH kena ambil iktibar atau akan menerima nasib yang lebih parah sekali. 

Umat Islam sudah tertipu dengan yahudi, melalui sejarah-sejarah yang telah dirubahnya. Para sahabat menawan sesebuah kawasan atau negara, bukanlah dimulakan dengan perperangan. Pelbagai usaha dakwah dibuat untuk mengislamkan sesebuah tempat itu. Bahkan, tercatat dalam sejarah, dengan tiga kali laungan takbir telah menawan musuh-musuh Islam. Takbir apakah itu, yang mampu menawan sesebuah negara?

Di akhir zaman ini, semakin kuat bertakbir Islam semakin dihina. Di tanah air kita tercinta, semakin kuat laungan takbir, anak-anak luar nikah semakin ramai dilahirkan. Semakin kuat pekikan takbir, semakin kuat LGBT diperjuangkan. Gejala-gejala negatif di kalangan masyarakat semakin berleluasa! Jawapannya, kerana takbir hanya di mulut! Hati tidak bertakbir, malah hati semakin jauh daripada Tuhan. Laungan yang tiada perasaan, sebab itu tidak memberi kesan.

Laungan takbir yang berlaku di perhimpunan kesyukuran kali ini telah merubah sejarah perhimpunan di Malaysia. Suara takbir yang ada kekuatan roh telah merubah suasana politik di Malaysia. Ini bukti jelas kepada kita tidak ada suatu kuasa pun yang boleh menghalang kebangkitan Islam. Ini meyakinkan kita lagi bahawa Malaysia benar-benar telah menjadi model kebangkitan Islam sekali lagi.
Dengan jutaan manusia berhimpun dalam keadaan aman dan harmoni. Berkat Malaysia memperjuangkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Hingga ianya termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Dalam pengalaman hidup kita sehari-hari, kebanyakan manusia tidak berpegang kepada iktiqad Ahli Sunnah wal jama'ah. Walau pun dalam hal ini dia tidak mahu lebih-lebih lagi pegangan rasmi negara kita Malaysia ialah Ahli Sunnah wal jama'ah, tetapi dalam sikapnya, perbuatannya dan kata-katanya, dia banyak melencong dan terkeluar dari pegangan ahli sunnah Waljamaah.

Berbalik kepada Tun Mahathir selepas beliau dinaikkan sebagai PM buat kali ke 2 Tun Mahathir akan memerintah selama "6 bulan" Kemudian Tun akan serahkan pemerintahan kepada seorang Pemimpin Yang Adil dan Bertaqwa dengan suasana yang tenang (tiada kekecohan)..

HADIRNYA Pemimpin ini akan menyelesaikan masalah Hutang  dan memakmurkan ekonomi Negara. Selepas "2 tahun" berlakunya "penyatuan" Islam nusantara Brunei ,Indonesia ,
Thailand ,dan Singapura secara khawariqul adah..Dimana ketika itu Amerika dan Eropah telah  dilemahkan oleh Allah..Semoga Islam Kembali gemilang di Nusantara..seperti yang dijanjikan melalui lidah Nabi SAW "Islam Akan bangkit kali ke dua diakhir zaman dari Timur"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N