Langkau ke kandungan utama

BERKAITAN SUNNAH DI SEBUT ASBABUL WURUD.




Pada dasarnya suatu peristiwa merupakan suatu kejadian dengan fenomena yang mempunyai momen. Setiap peristiwa pasti mempunyai latar belakang, berkaitan Al Quran disebut asbabun nuzul berkaitan dengan Sunnah disebut asbabul wurud, apakah peperangan, bencana, atau hal lainnya. Peristiwa itupun tidak lepas dari tokoh-tokoh yang mendukung nya, yang menjadi penggerak suatu peristiwa. Sejarah pun dibentuk oleh rangkaian tokoh dan peristiwa yang terjadi diseluruh dunia. Mempelajari sejarah adalah mempelajari kearifan, perjuangan, keteguhan hati, dan kebijaksanaan hidup.

Dari Abu Hurairah beliau berkata, Sabda Rasulullah SAW : Saihan, Jaihan, Furat, dan Nil semua dari sungai-sungai syurga.(Riwayat Imam Ahmad, Musnad Ahmad,7229).

Seakan-akan yang dimaksud adalah, sungai-sungai tersebut menyerupai sungai-sungai yang ada di syurga berkaitan dengan kejernihan airnya, rasa airnya (tawar) dan cara mengalirnya.

Sungai Jaihan yang terletak disempadan Turki dan Syria. Nasib dan derita ribuan atau mungkin jutaan pelarian Syria yang tidak dapat lagi mengecap nikmat kehidupan di negara mereka sendiri. Malaysia termasuk negara yang menerima pelarian Syria. Syria yang musnah dalam rentetan perang saudara dan kemudian ditakluk pula militan kejam yang melabel diri sebagai tenter (IS), ia berangkai dengan khabar kemusnahan pelbagai khazanah negara itu.

Lebih dahsyat dan menyayat hati, kemusnahan itu turut membawa kemusnahan erti kemanusiaan. Alangkah remuk sungguh hati saya sebagai pengembara yang pernah merasai semua keindahan itu di bumi tersebut.

Pada tahun 1986 penulis bersama ustaz Ramadhan  Raflis (telah meninggal dunia) beliau lepasan Universiti Jordan. Kami dari Jordan melalui jalan darat ke Syria. Setiap kali berasa letih dek perjalanan ratusan kilometer merentas laluan padang pasir untuk ke sesebuah kota, setiap kali itulah juga ia segera terubat kerana kami disambut dengan suasana dan tarikan yang tidak terbeli dengan wang.

Bermula dari aspek seni reka bangunan zaman lampau, makanan, budaya, sejarah hinggalah kepada kesantunan masyarakatnya, Bangsa Arab yang popular dengan keramahan meraikan tetamu. Hampir semua kota-kota besar kami lalui seperti Saya telah ke beberapa kota seperti Damsyik, Aleppo, Homs, Palmyra dan lain-lain lagi.
Damsyik merupakan antara kota tertua dunia yang terus dihuni sejak awal kewujudannya. Banyak binaan bangunan usang dari zaman pentadbiran Umayyah masih kekal digunakan dan bersimulasi dengan struktur baharu yang mirip dibina dari segi rekaan, material dan warna supaya tidak merosakkan nilai budaya dan estetika keseluruhan kota tersebut.


Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, palestin dan lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu. Meskipun telah terpisah kepada 4 buah Negara, namun Syria masih kuat disebut-sebut dengan gelaran negeri syam kerana terdapat didalamnya ibu kota damsyik.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N