Langkau ke kandungan utama

PENERAJU TIMUR.


MELAYU BARU TERSEMBUNYI.

Islam menguasai dunia selama 700 tahun. Ia dikira bermula daripada zaman Rasulullah SAW
Dalam tempoh tersebut pemerintahannya adalah satu.
Zaman salafussoleh dikira berjalan selama 300 tahun.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, Daripada Abdullah, beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka, selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya.”
(Riwayat Muslim).

Perakuan oleh Nabi s.a.w tentang kebaikan para sahabat, para tabi'in, dan tabi' tabi'in.Menurut Ibn Hajar, umat terbaik pada kurun baginda ialah para sahabat, kemudian yang mengikuti mereka merupakan para tabi’ dan yang mengikuti para tabi ialah para tabi’ tabi’in.

Seterusnya zaman khalifah atau sultan-sultan berikutnyaI Islammasih menguasai duniaselama 700 tahun.

Tetapi sejak tujuh ratus tahun selepas itu hingga ke zaman kita ini, barulah umat Islam jatuh, hancur luluh di jajah oleh penjajah. Majoriti masyarakat dunia tahu segala kejahatan, penzaliman dan pembohongan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, tetapi mereka masih lagi diberikan kepercayaan menerajui dunia. Bilamana pemimpin Amerika membuat kunjungan kemana-mana negara dia disambut dengan rusuhan,
tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan kerana benci terhadap negara tersebut.

Tetapi kerajaan-kerajaan yang ada tetap menerima kunjungan daripada negara tersebut. Kenapa berlaku begitu? Sedangkan Amerika telah hilang wibawanya dan maruahnya telah jatuh dimata masyarakat dunia kerana seluruh keputusan dan tindakannya terhadap negara-negara lain tidak adil.
Amerika menuntut agar hak asasi manusia diperjuangkan
terhadap negara lain tetapi dia sendiri melanggar hak asasi dengan sewenang-sewenangnya.

Sikap tentera Amerika yang sangat dibenci oleh masyarakat
tempatan seperti di Iraq, di Afghanistan, di Afrika dan juga pernah kecundang di Asia Tenggara iaitu di Vietnam. Walaupun begitu, dia masih lagi digeruni. Seperti seekor singa tua yang sudah tidak ada taringnya, namun ia maaih ditakuti kerana ia masih dianggap seekor singa. Dia masih ditakuti sedangkan dia adalah singa tua yang tak mampu berbuat apa-apa, kerana masih belum ada penggantinya.
Kalau adapun masih seekor singa yang baru dilahirkan Diajuga masih diperlukan kerana khidmatnya masih diperlukan negara-negara mundur dan membangun terutamanya dalam bidang teknologi untuk memajukan negara masing-masing.

Mengapa orang Melayu beragama Islam tetapi tidak menguntungkan orang lain.
Mari kita renungkan Hadis Rasulullah SAW yang disini,
عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Artinya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Hadits Hasan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’
(no. 3289).

Bagi orang yang memahami pesanan Rasulullah ini, dia akan menjadi orang yang berguna pada dirinya dan pada orang lain. Tetapi pada hari ini, apa yang berlaku kepada  kebanyakkan orang Islam bukan sahaja tidak dapat memberikan manfaat kepada orang lain tetapi pada dirinya sendiri pun
tidak mendatangkan manfaat bahkan menyusahkan orang lain. Ertinya orang Melayu beragama Islam, tetapi tidak menguntungkan orang lain sebagaimana disebutkan tadi.

Apabila seseorang itu beragama atas dasar ilmu dan faham sehingga dapat dihayati, akan datang takut dan cinta kerana awal-awal agama mengenal Tuhan. Ia akan memberi kesan yang baik. Bukan untuk Tuhan tetapi untuk manusia. Inilah yang dikatakan rahmat Allah yang tersirat yang mata dan akal tidak nampak.Hanya dapat dirasai oleh roh yang faham, yang ada ilmu dan boleh menghayati. Inilah rahmat Allah yang tersembunyi kepada
makhluk-Nya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N