Langkau ke kandungan utama

KITA DAN IKTIQAD JABARIAH.



Dalam pengalaman hidup kita sehari-hari, kebanyakan manusia tidak berpegang kepada iktiqad Ahli Sunnah wal jama'ah. Walau pun dalam hal ini dia tidak mahu lebih-lebih lagi pegangan rasmi negara kita Malaysia ialah Ahli Sunnah wal jama'ah, tetapi dalam sikapnya, perbuatannya dan kata-katanya, dia banyak melencong dan terkeluar dari pegangan ahli sunnah Waljamaah. Ini disebabkan manusia kurang berhati-hati termasuk diri kita kurang berhati-hati. Apakah buktinya kita banyak melencong dari pegangan sebenar dan berpegang kepada iktiqad jabariah. Walau pun pengajiannya dan kitabnya adalah kitab dan pengajian ahli sunnah Waljamaah?

Untuk membuktikannya, cuba kita tanya seseorang yang ditimpa kemiskinan tentang mengapa dia miskin. Nanti dia akan menjawab, "Apa boleh buat, sudah taqdir Allah." Ertinya, dia sudah menuduh Allah memiskinkan dirinya.
Atau kalau kita tanya kepada orang yang bercerai. Nanti dia akan jawab, "apa nak buat! Sudah taqdir Allah." Dia telah menuduh Allah yang telah meruntuhkan rumahtangganya.

Ini yang berlaku dalam pengalaman hidup kita sehari-hari. Semua manusia telah tercangkuk kepada jabariah. Pada hal dia belajar Ahli Sunnah wal jama'ah, dan tok gurunyajuga Ahli Sunnah wal jama'ah.Tapi dari kata-katanya, dia telah menunjukkan seolah-olah tidak ada pilihan untuk dirinya. Ertinya, apa saja yang telah menimpa dirinya, itulah yang telah ditentukan oleh Allah SWT.Dia terpaksa tunduk saja dibawah kekuasaan Allah. Dia tidak ada usaha ikhtiar untuk mengatasinya. Dia dengan ini telah mengiktiqadkan bahawa Allah-lah yang menyusahkan dirinya dan sebagainya.

Menyandarkan keburukan kepada Allah?

Cuma yang pelik kepada kita ialah, mereka ini hanya menyandarkan kepada Allah perkara yang buruk-buruk sahaja Iaitu kalau kejahatan dan keburukan  menimpa dirinya, itulah yang disandarkannya kepada Allah. Bahawa kejahatan dan keburukan yang menimpa itu kerana sudah ditentukan oleh Allah SWT; tidak ada kuasa manusia untuk berbuat sesuatu.

Jadi, hanya yang jahat dan buruk itu saja yang disandarkan kepada Allah. Manakala yang baik-baiknya dia tidak nampak. Kebaikan yang diterimanya tidak disandarkannya kepada Allah.
Ertinya, apabila dia terima kebaikan, ia terlindung daripada Allah. Dia tidak langsung menyebut Allah dan tidak langsung terasa di dalam hatinya bahawa Allahlah yang memberikannya kebaikan itu.
Umpamanya, kalau dia berjaya,
dia tidak langsung mengatakan
bahawa Allah-lah yang memberikannya kebaikan itu.

Umpamanya, kalau dia berjaya,
dia tidak langsung mengatakan
bahawa Allahlah yang telah menjayakan. Kalau kita katakan
kepadanya, "Awak ni beruntung betul, tinggi pelajaran awak hingga mendapat ijazah BA dan MA," dia akan menjawab, "Inilah usaha saya. Saya rajin belajar dan bersungguh-sungguh. Tidak macam orang lain, suka ponteng belajar."
Ketika itu dia telah lupa kepada Allah SWT. Jadi setiap yang baik itu dia yakin daripada usahanya sendiri. Dan dia yakin bahawa usahanya memberi bekas, jihad dan perjuangannya memberi bekas. Ketika itu dia telah beriktikad qadariah pula. Ertinya,
bila terjadi perkara yang baik,dia beriktikad qadariah, tetapi bila terjadi yang buruk atau jahat, dia beriktikad jabariah.

Inilah sikap-sikap manusia yang kita lihat dalam pengalaman hidup kita sehari-hari. Bila berlaku perkara yang baik-baik,dia mengaku dirinyalah yang membuatnya, dialah yang memajukannya, dialah membangunkannya, dialah yang menjayakannya dan sebagainya.
Tidak langsung dia menyandar kannya kepada Allah SWT. Tetapi bila terjadi yang buruk, dia tidak mahu pula dia mengaku, "Akulah yang bersalah
Aku yang menyebabkan jadi begitu. Cuai betul aku ni."
Kita dapati, tidak pernah dia menyesal akan dirinya tetapi dia telah menyalahkan Allah. "Apa
boleh buat. Memang sudah kehendak Allah jadi begitu." Ertinya, ketika itu dia tidak mahu
menyalahkan dirinya tetapi dia telah menyalahkan Allah SWT,
seolah-olah Allah lah yang menyebabkan dia jadi begitu. Kalau anaknya jahat, terlibat dengan dadah, merompak, mencuri dan sebagainya, maka dia akan berkata, "Apa nak buat.
Sudah kehendak Allah." Tetapi
kalau anaknya berjaya hingga dapat BA dan MA, dia akan berkata, "Akulah yang mendidik dia hingga dia berjaya. Bukan macam orang lain. Mereka membiarkan saja anak-anak. Aku tidak.....!"







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N