Langkau ke kandungan utama

PERALIHAN BARAT KE TIMUR.


(Anuar Ibrahim bersama Ustaz Ashaari)

"Barat diambang maut." Adalah simbul bermulanya peralihan kuasa ke Timur. Kebangkitan Timur yang diterajui oleh Malaysia. Kini bumi Timur meriah dengan syiar dan amalan Islam. Fesyen hijab kini mendapat tempat dalam pasaran di Malaysia. Butik-butik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan turun. Papan iklan meriah menghiasi sepanjang lebuh raya. Keghairahan penghijrahan selebriti membantu industri perfileman dakwah semakin laju.

Setiap rangkain TV banyak mengisi drama-drama yang ada mesej dakwah. Banyak negara-negara umat Islam yang mengambil model yang telah dicetuskan disini untuk mengisi Islam kepada rakyat masing-masing. Lebih-lebih lagi Sultan dengan lantang dan tegas menegur pemimpin politik jangan terlalu mementingkan parti dan kelompok hingga menggugat perpaduan kaum yang terjalin selama ini.

Sempena meraikan hari kebesaran Islam seperti majlis Maulidur rasul baru-baru ini Timbalan Agung mengingatkan umat Islam dan para pemimpin politik supaya dapat mengekalkan keamanan yang dikecapi selama ini.

Kaitan timur dengan tapak kebangkitan Islam, Allah persiapkan laluan Islam di Malaysia semakin jelas. Allah persiapkan juga siapkan Sultan dan bergandingan dengan ulama kerohanian mencetuskan modelnya. Ini kita boleh lihat sejarah sultan-sultan di Malaysia. Begitu juga sejarah kebangkitan dakwah di bumi tercinta ini, Allah siapkan pencetusnya yang kita tidak boleh menafikannya. Lebih 20 orang yang membuat tesis PHD  tentang ulama kerohanian ini, iaitu Ustaz Ashaari Muhammad.

Sedikit coretan pendidikan yang diterima oleh pencetus kebangkitan dakwah di Malaysia ini. Kenangan manis Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi bersama Syeikh Mahmud Bukhari. Beliau adalah guru yang paling melekat dihati Abuya. Pernah berlaku di Masjid Jamek tempat Syeikh Mahmud Bukhari mengajar. Di masjid tersebut Syeikh Mahmud Bukhari mengajar kelas orang dewasa.

Pernah berlaku di masjid Jamek tersebut ketika Abuya hadir untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Mahmud Bukhari. Dia terus memanggil Abuya duduk disebelahnya dan memintanya membaca Al Quran.

Syeikh Mahmud Bukhari dari negara Bukhara ini ada juga mengajar diwaktu petang disurau kastam tempat Abuya tinggal . Biasanya Abuya akan ikut mengaji tafsir dengannya. Beliau akan berpesan pada Abuya waktu sekolah pagi, supaya petang nanti Abuya bawa buku matan. Sebab dia datang awal, sementara menunggu orang ramai datang, dua akan mengajar Abuya baca dan hafal matan ini. Bika selesai dia sanggup sign di mana tempat yang sudah dibaca.

Bila waktu makan, dia sanggup suapkan  nasi kesalam mulut anak muridnya terutama Abuya. Bagaikan anak sendiri. Beliau suap limau bersama kulit-kulitnya sekali, Abuya kenalah makan. Sesekali Abuya dan kawan-kawannya ziarah kerumah gurunya. Dia akan menambah-nambah makanan murid-muridnya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N