Langkau ke kandungan utama

300 JUTA BERTUTUR BAHASA MELAYU.

( Muzium Di Raja Malaysia Kuala Lumpur).
( Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ).


Hari ini, dianggarkan terdapat 7000 bahasa masih dituturkan di seluruh dunia, 10 daripadanya dipertuturkan oleh lebih 3.6 bilion penduduk dunia. Bahasa Melayu, bahasa perantaraan umum yang berakar di bumi ini, tergolong dalam kumpulan 10 bahasa tersebut, dipertuturkan oleh lebih 300 juta manusia. Bahasa Melayu telah didaulatkan dan berdaulat semenjak 2000 tahun lalu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu awal, antaranya Funan, Champa atau Kembayat Negara sehingga ke zaman kerajaan dan kesultanan Melayu Pasai, Perlak, Inderagiri, Melaka, Johor serta Johor-Riau, Patani, Brunei dan Aceh. Kedaulatan bahasa Melayu berasal usul, didaulatkan oleh raja-raja dan rakyat Melayu di Alam Melayu.


Bahasa Melayu pada zaman Bahasa Melayu, menjadi tonggak tamadun, digunakan dalam segenap lapangan kehidupan, merangkumi pentadbiran, undang-undang, diplomasi, perdagangan, ilmu dan pendidikan. Dalam zaman Kesultanan Melayu, untuk kali pertamanya, bahasa Melayu mempunyai tulisan yang benar-benar luas penggunaannya, tulisan Jawi yang didasarkan pada aksara Arab; sehingga muncul tradisi bahasa Melayu persuratan, yang menjadi asas bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu, berkembang sebagai lingua franca, medium pengantara yang merentas sempadan kaum dan sempadan geografi. Kehebatan bahasa Melayu pada abad ke-16, dirakamkan oleh sarjana Belanda, Francois Valentijin.
( Utusan Melayu (M) Bhd ).


Di era kebangkitan Islam, Bahasa Melayu automatik mendapat tempat dan berperanan sekali lagi. Kerana Intitusi Kesultanan ada peranan di era ini. Intitusi Kesultanan adalah tonggak agama Islam. Patah tumbuh hilang berganti. Pengganti sistem tersebut adalah sesiapa yang sebenarnya yang akan memajukan dan menguatkan Negara ini. Dia jauh lebih baik dari apa yang sedang berlaku. Intitusi tersebut mampu menjadikan Melayu dan Malaysia semuanya jadi kuat dan menguatkan. Di tangannya Melayu akan menerajui empayar timur menggantikan empayar barat. 


Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan perubahan manusia inginkan keamanan. Manusia sudah kehilangan kasih sayang. Samada orang bukan Islam dan orang Islam yang kehilangan kasih dan sayang di dalam kehidupan. Mereka meniru cara hidup haiwan bahkan lebih dahsyat lagi. Samada mereka sedar atau tidak. Ramai manusia yang telah terperangkap dengan budaya hidup liar bagaikan haiwan dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.


Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Timur. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Perjuangan Islam di Timur mengambil pendekatan secara kasih sayang. Apakah persiapan minda dan jiwa kita semua dalam meneruskan perjuangan ini – perjuangan akhir zaman, perjuangan yang paling getir dan paling bermakna. Semoga hasil di dunianya akan kita lihat dan rasai sepenuh hati dan perasaan. Iaitu sebelum hasil sebenar perjuangan kita itu kita kutip di akhirat sana nanti. 


Persiapan yang perlu kita lakukan bukan lagi diperingkat jemaah atau toifah tetapi persiapan yang diperlukan sekarang ialah diperingkat ummah. Ertinya kita bukan lagi bersama dengan kepimpinan jemaah tetapi kena berusaha melayakkan diri bersama dengan kepimpinan bertaraf ummah, iaitu Imam Mahdi. Kita selama ini telah dibina melalui jemaah Islam yang dipimpin oleh Mursyid kita Abuya Attamimi. Kita telah diperkenalkan kehidupan Islam dan bagaimana hendak memperjuangkannya. Sekarang kita sedang melalui satu zaman peralihan dari sebuah jemaah atau toifah kepada sebuah perjuangan Islam yang lebih global. Iaitu perjuangan Islam yang bersifat empayar. Perjuangan Islam yang akan menjadi payung kepada semua manusia. 


Perjuangan Timur yang akan memartabatkan Islam secara kasih sayang bertaraf sejagat. Ertinya kita meneruskan perjuangan ini dan membawanya ke era sejagat. Ertinya perjuangan Islam yang kita teruskan bukan menoleh kebelakang tetapi terus mara ke hadapan. Dari kepimpinan bertaraf daulah Pemuda Bani Tamim kepada era kepimpinan Imam Mahdi. Hasil perjuangan itu adalah yang paling bernilai bagi seluruh umat Islam sepanjang zaman, iaitu zahirnya Imam Mahdi yang sangat ditunggu dan dirindu. Setiap hati yang jernih pastilah amat merindui zaman yang dijanjikan itu, suatu zaman yang gilang-gemilang dan tiada taranya, penuh keberkatan dan kemakmuran, penuh iman dan amal soleh, tiada pertumpahan darah, pergaduhan, malah tidak berketak hati walau antara dua orang pun di dunia ini.


Sesiapa yang tidak merindui ketibaan Imam Mahdi bolehlah dikatakan tidak sempurna keimanan dan kecintaannya kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW. Juga kepada Ahlulbait. Kata-kata ini bukanlah tidak berasas sama sekali atau mengada-ngada. Jika kita lihat dengan teliti ungkapan para sahabat Radhiyallahu Anhum selepas kewafatan Nabi SAW, kita akan dapati bahawa mereka sendiri turut mengharapkan agar Imam Mahdi itu lahir dan muncul pada masa mereka masih hidup lagi, walaupun mereka amat tahu dan arif bahawa hal ini tidak akan berlaku sama sekali pada zaman mereka.


Begitu pula sunnah para tabiin dan tabiit tabiin, mereka memang sangat mengharapkan Imam Mahdi itu keluar pada masa mereka, walaupun mereka sangat arif bahawa Imam Mahdi itu tidak akan keluar pada zaman mereka. Hal ini dapat dilihat dalam riwayat yang sampai kepada kita mengenai keyakinan mereka bahawa Imam Mahdi itu akan muncul dalam tahun sekian-sekian. Antaranya kitab karangan Imam Sayuti. Kini mari kita menyuluh pula aspek perjuangan menegakkan Islam.


Pertama: Kita mesti dengan penuh kesedaran, faham dan kental keyakinan bahawa kemenangan dan kejayaan adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Contoh, Abuya pernah mengingatkan kita bahawa perjuangan ini akan bersambung kepada perjuang yang lebih global dan bertaraf ummah dibawah pimpinan Saidi IM. Ertinya perjuangan kebenaran ini beralih dari saiz yang kecil kepada saiz yang lebih besar. Perjuang bertaraf toifah kepada daulah dan seterusnya ke peringkat ummah. Maksudnya perjuangan kebenaran bukan menoleh kebelakang tetapi terus mara kehadapan.


Kedua: Kemenangan dan kejayaan yang Allah kurniakan setelah segala syarat-syarat dan keperluan yang bersangkutan telah dipenuhi oleh umat Islam khususnya para pejuang. Keperluan perjuangan tidak sama, mengikut peringkat masing-masing. Keperluan diperingkat jemaah atau toifah tidak sama dengan keperluan diperingkat daulah begitulah seterusnya ke peringkat ummah. 
Ketiga: Apakah usaha ikhtiar perjuangan itu sudah maksima? Golongan perjuangan itu pula sudahkah sampai ke tahap layak bergelar Ikhwan dan Asoib di sisi Allah? Sudah terbuktikah keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan mereka?


Kita telah dibawa oleh Abuya Attamimi mencetuskan model kehidupan Islam bertaraf jemaah dan sekarang kita dalam peralihan kearah perjuangan Islam yang lebih global dan bertarah ummah. Sedangkan diperingkat daulah umat Islam khususnya para pejuang sedang menikmati hasilnya sekarang. Contohnya dari sudut ilmu, membacakan tentang panduan akhir zaman seperti adanya Ikhwan di akhir zaman. Perkara tersebut sebelum ini dikongsikan di dalam majlis yang sangat eksklusif bersama guru mursyid tetapi sekarang di dalam majlis terbuka bersama Agung sebagai ketua agama Islam. Melahirkan para daei bukan hanya diusahakan oleh kelompok jemaah tetapi diusahakan sendiri oleh pihak berkuasa. Memperjuangkan makanan halal melalui program seminar makanan halal dan juga expo makanan halal. Anjuran di peringkat dalam dan luar negeri. Dan banyak lagi contoh yang sedang kita saksikan sekarang adalah hasil perjuang Islam. Ertinya era perjuangan yang kita lalui bukan menoleh kebelakang lagi tetapi menuntut kita memandang jauh ke hadapan. 


Kini suara-suara kerinduan kepada kejayaan umat kedengaran di mana-mana di seluruh pelusuk dunia. Tambahan pula dalam waktu yang sama seluruh ideologi dunia sudah tenat. Bukan saja tidak berjaya menyelesaikan masalah manusia, malah menjadi pencetus huru-hara. Ideologi dunia kini ibarat matahari petang yang sinarnya sudah tidak mampu untuk mengeringkan walaupun sekadar sapu tangan. Ia menunggu saat untuk terbenam. Di satu pihak lain iaitu Islam, penganutnya masih meraba-raba, tercari-cari kaedah untuk menyemarakkan bara api Islam. 


Namun yakinlah bahawa ini adalah zaman kebangkitan Islam yang tidak dapat dibendung. Kebangkitan Islam bukan lagi hanya diperingkat jemaah, daulah tetapi sedang mara ke peringkat ummah dibawah pimpinan Imam Mahdi. Allah akan muliakan umat Islam di akhir zaman ini seperti yang dijanjikan. Dengan syarat umat Islam benar-benar berada digarisan yang betul dan layak mendapat bantuan Allah. Dalam Al Quran surah At-Taubah,9:40) menjelaskan Islam agama yang tinggi seperti maksud firman Allah: "dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Ya, memang kita lihat sekarang ini paling menonjol kebangkitan Islam itu ialah di Malaysia. Kemudian diiringi kebangkitan itu oleh Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Orang Timur sedang sibuk mengamalkan syariat Islam di waktu bangsa-bangsa lain sekalipun orang Arab sedang lemah sekali. Model kehidupan Islam diperingkat jemaah sudah kita lalui. Panduan tentang perjuangan juga telah sempurna di kongsikan dengan kita. Sekarang kita sedang menempuh Islam diperingkat daulah. Apa yang mencabar sekarang apakah kita sudah bersedia menempoh perjuangan Islam diperingkat yang lebih global iaitu diperingkat ummah.


Janganlah kita terkejut kalau barangkali Saidi Imam Mahdi itu sudah lahir. Sebab kebangkitan yang begini menonjol tentunya ditangani oleh seorang yang bukan sebarang orang. Orang yang Allah dan Rasul sendiri menunjukinya. Islam adalah agama Allah, milik Allah. Orang yang benar-benar tepat landasan perjuangannya maka berhak pula dibela, dibantu dan dimenangkan oleh Allah. Allah berperanan bagi pihak pejuang kebenaran dalam menumpaskan musuh. Kerana memusuhi kebenaran bererti memusuhi Allah. Bersungguh-sungguhlah memiliki kekuatan asas serta yakin akan yakin janji Allah. Nescaya kita akan dapat melihat bagaimana Allah memenangkan pejuang kebenaran.


         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N