Langkau ke kandungan utama

SEMUA MAKHLUK BERZIKIR.

ROH Al QURAN.


Bahasa arab merupakan bahasa kelima yang paling ramai dituturkan iaitu seramai 232 juta manusia dan direkodkan sebagai 10 bahasa paling popular di dunia! Alhasil dorongan roh Al Quran, terciptalah sudah di muka bumi Tuhan ini sebuah model sistem hidup, dibangunkan oleh Abuya yang di dalamnya sangat penuh dengan kasih sayang.Mastermindnya adalah Abuya. Dasar dan kaedahnya Abuya jugalah yang dapatkan. Hatta perlaksanaannya pun Abuya yang ajarkan kepada kaum keluarga dan anak-anak muridnya. Maka jadilah Abuya tokoh pencetus perjuangan Islam secara kasih sayang yang julung-julung kali muncul di kurun ini. 


Roh Quran itulah ilmu rohaniah. Orang yang mendapat didikan Al Quran ertinya orang yang mendapat didikan rohani melalui mursyidnya. "Pendidikan rapat dengan ilmu rohaniah." Ilmu rohaniah , ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh ( hati nurani manusia ). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu Tasauf. “Kita mahu membudayakan supaya seluruh umat Islam ada roh al-Quran dalam jiwa masing-masing kerana (apabila) umat Islam tidak memahami al-Quran, itulah yang menyebabkan imej kita dilihat tidak cantik dalam kalangan orang bukan Islam,” 


Dengan memahami al-Quran, akhlak umat Islam akan terjaga dan terhindar daripada sebarang perbuatan yang akan menjejaskan nama baik umat Islam itu sendiri. Antara faktor menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku pada masa kini berpunca daripada umat Islam semakin jauh daripada al-Quran dan tidak mencontohi akhlak seperti terkandung dalam kitab suci itu. Kita mahu umat Islam boleh baca, faham, hayati serta amalkan, dan menjadikannya sebagai akhlaknya.
“Ini adalah sesi untuk kita berinteraksi, memahami al-Quran yang bukan hanya satu jam tetapi perlu diteruskan dan diamalkan di mana sahaja sepanjang masa. Dengan memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran mampu mengubah umat Islam menjadi umat yang berjaya seperti pada zaman kegemilangan umat Islam zaman dahulu.


Daripada Ibn Abbas R.anhuma:

أحبوا العرب لثلاث:لأني عربي، والقرآن عربي،  وكلام أهل الجنة عربي           

“Cintailah bangsa arab kerana tiga perkara;
Iaitu kerana aku berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa arab dan percakapan ahli syurga adalah bahasa Arab.”

Ulama yang menyatakan ia hadis sahih atau hasan:
Antara mereka; al-Hakim dalam al-Mustadrak, diikuti oleh al-‘Iraqi di dalam Takhrij Ihya’ ‘Ulumuddin, as-Suyuti dalam al-Jami’ as-Saghir, dan Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah. As-Silafi dan Az-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid mengatakan ia hasan (hasan li-ghairih[1])


Zikir dan doa yang muktabar juga daripada bahasa Al Quran.
Iaitu lafadz bacaan doa mohon perlindungan dari fitnah dajjal selengkapnya:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِجَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ .

Ertinya :
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan ssu dah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”


Zikir bukan sahaja santapan rohani tetapi juga merupakan makanan untuk jasmani kita terutamanya diakhir zaman menghampiri Kiamat ini. Percaya atau tidak dengan berzikir boleh membuatkan kita hilang lapar, cuba banyakkan berzikir apabila berpuasa dan lihat kesannya. Dikatakan didalam sebuah hadits apabila Al-Masih Dajjal muncul ramai orang yang lemah iman mereka akan mengikuti dan menjadi pengikut Dajjal kerana Dajjal memegang kunci ekonomi dan rezeki. 
Mereka yang menjadi pengikut Dajjal akan dilimpahi rezeki ygng melimpah ruah sedangkan mereka yg tidak mahu mengikut Dajjal akan menjadi miskin dan kebuluran. 


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.


Orang yang beriman dikenyangkan hanya dengan berzikir kepada Allah SWT. Bukankah Allah SWT yang menciptakan lapar & kenyang, bukannya disebabkan oleh makanan.Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui Dajjal sebagai tuhan akan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kontang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. 


Nabi SAw bersabda : “Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Sesiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparannya” Orang yang berzikir hidup disisi Allah SWT dan orang yg tidak berzikir seumpama orang yg mati disisi Allah SWT. Sedangkan haiwan dan tumbuhan serta makhluk lain juga sentiasa berzikir kepada Allah SWT, apabila mereka berhenti berzikir disitulah berakhirnya riwayat mereka. 


Semua Makhluk Berzikir dan Bertasbih.
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al- Israa Ayat 44)
Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?
Rasulullah s.a.w. bersabda “suara katak itu tasbih, memuji Allah“ (Riwayat An-Nasai).


Fitnah Dajjal amat hebat dan kita mungkin tewas dan tidak mampu melawan kehebatan fitnah ini.Kerana itu kita harus mempersiapkan diri dengan menguatkan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT agar kita tidak terkesan dengan fitnah Dajjal yang amat hebat ini. Hanya Allah SWT sahaja dapat memelihara kita dari fitnah dan ujian ini.Untuk menyelamatkan kita dari fitnah ini Nabi SAW menggalakkan kita agar menghafal/membaca 10 ayat permulaan dan 10 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi. Kita juga digalakkan untuk mengamalkan Zikir harian seperti yang disarankan oleh ulama.


Sebagai orang awam, zikir harian yang di’prescribe’kan oleh Ulama adalah :-
1.            Istighfar – Sebagai tanda kita kasihkan diri kita yg berdosa ini
2.            Selawat – Sebagai tanda kita kasihkan Nabi Muhammad SAW 
3.            Tasbihat – Subhanallah Alhamdulillah Laailaha illallah Allahu Akbar sebagai tanda kita kasihkan Allah dan bersyukur diatas segala nikmatNya. Setiap Zikir diatas dibaca 100 kali pagi dan petang insyaallah memadai buat kita agar kita tidak termasuk didalam orang yang lalai. Zikir menghidupkan hati kita, amalkan selama setahun dgn istiqamah dan lihat perubahan jiwa & rohani kita. Antara zikir lain termasuk membaca Al-Quran dan juga Doa Masnun iaitu Doa Harian.
Semoga Allah SWT menghindarkan kita dari fitnah Dajjal ini dan matikan kita sebagai orang yang beriman. Marilah kita amalkan Zikir Harian dan 10 ayat didalam Surah Kahfi serta doa didalam Tahiyyat Akhir sebelum salam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW
seperti lafaz yang tertulis diatas.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N