Langkau ke kandungan utama

GUGURNYA SEHELAI DAUN.




Kuliah Tauhid yang di ikuti dalam pengajian Abuya kita kongsikan disini. Mencungkil Hikmah Dari Perbuatan Tuhan. Kita harus yakin bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku di mayapada ini yang Tuhan tidak tahu. Tidak akan berlaku sesuatu kalau Tuhan tidak izinkan dan tidak kehendaki. Apa sahaja yang berlaku tidak terkeluar dari rencana, rancangan dan jadual Tuhan. Dia pentadbir sekelian alam. Gugurnya sehelai daun kering di hutan belantara, Tuhan tahu. Menetasnya seekor anak ikan di lautan yang dalam, Tuhan tahu. Matinya seekor hama di celah-celah rumput, Tuhan tahu. Sebutir pasir menjadi batu di perut bumi pun Tuhan tahu. Bahkan bukan setakat tahu. Dia yang berkehendakkan ianya jadi begitu. 
Di samping itu, segala apa yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia-sia. Tuhan tidak membuat sesuatu dengan sia-sia. Apa sahaja yang berlaku, ada tujuan dan hikmahnya. Perkara yang berlaku itu akan membawa kepada perkara yang lain. Akan mencetuskan kesan yang lain. Akan memberi implikasi kepada pihak yang lain. Ia sambung-menyambung, kait-berkait, dan bermata-rantai dengan benda-benda yang lain. 
Tuhan itu berperanan dalam segala hal. 


Tidak ada perkara yang Tuhan tidak masuk campur. Dunia ini ibarat pentas. Tuhan itu pengarahnya. Kita ini pelakon-pelakonNya. Apa sahaja yang dilakonkan di pentas dunia ini adalah mengikut arahan pengarahnya. Boleh juga diibaratkan dunia ini seperti papan catur. Kita dan segala apa yang ada di dalam dunia ini ialah buah-buah catur. Tuhan itu pencaturnya. Kita sebagai buah catur, tidak akan dapat bergerak kalau kita tidak digerakkan. Kalau kita tidak digerakkan maka akan diam membatulah kita. 
Oleh itu segala apa yang berlaku, kembali kepada Tuhan. Tuhanlah puncanya. Tuhanlah pencetusnya. 
Mengetahui hakikat ini, maka kita harus pandai menilai dan membaca segala perbuatan Tuhan. Kita perlu sentiasa mencari hikmah di dalam segala perbuatanNya samada yang berlaku pada orang lain, yang berlaku di dalam negara kita, yang berlaku di negara lain, lebih-lebih lagilah terhadap apa yang berlaku pada diri atau kumpulan kita sendiri. Pada setiap yang berlaku itu ada berita, tanda, isyarat dan pengajaran yang dapat kita cungkil kalau kita mahu mencungkilnya. 




Apabila berlaku sesuatu, kita perlu bertanya. Mengapakah ia berlaku? Apakah sebab ia berlaku? Apa puncanya? Apa kaitannya perkara itu dengan perkara lain? Apa akan jadi seterusnya? Siapa yang terkesan dengannya? Apakah bentuk kesannya? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Selepas berlaku perkara itu, akan ada atau tidak perubahan. Apa yang akan berubah? Siapa yang akan berubah? Apakah kesan daripada perubahan-perubahan itu? Apakah kehendak Tuhan dalam kejadian ini? Adakah kejadian ini berasingan atau bersabit dan bersambung dengan kejadian lain? Apakah rancangan Tuhan? Apakah pengajaran yang Tuhan mahu kita ambil? Apakah sikap kita selepas ini? Apa perubahan yang perlu kita buat? Adakah ini bala? Adakah ini ujian? Adakah ini hukuman kepada kesalahan kita yang lepas? Adakah ia balasan untuk kebaikan kita yang lepas? Apakah maksudnya dan kesannya pada diri dan perjuangan kita? Dan berbagai-bagai bentuk pertanyaan lagi. 




Memang kita tidak akan dapat menjawab kesemua soalan ini. Orang yang kuat akal mungkin akan dapat menjawab sebahagian daripadanya. Orang yang terang mata hati mungkin akan dapat menjawab lebih lagi. Orang yang ada firasat dan pandang tembus mungkin akan lebih faham lagi tentang apa yang berlaku. Orang yang kasyaf mungkin sudah tahu lebih awal lagi perkara ini akan berlaku dan tahu pula segala hikmah dan rahsia-Nya. 
Disebabkan segala sesuatu yang berlaku itu berpunca dari Tuhan dan Dialah yang mencetuskannya, maka kalau kita cungkil hikmah dalam apa juga hal dan kejadian, maka ia akan membawa kita kembali kepada Tuhan. Kita akan dapat lihat peranan dan tangan Tuhan. Kita akan lebih memahami iradah dan kehendak Tuhan. Kita akan lebih tahu cara Tuhan membuat sesuatu. Kita akan faham kenapa Tuhan membuat sesuatu itu. Kita akan dapat membaca jadual dan perancangan Tuhan. Kita akan tahu ke arah mana Tuhan mendorong kita. 


Bila kita faham semua ini, maka segala kejadian dan perkara yang berlaku itu jadi kecil. Nikmat jadi kecil. Ujian jadi kecil. Halangan jadi kecil. 


Kesusahan jadi kecil. Musuh jadi kecil. Segala-galanya akan menjadi kecil. Yang kita rasa besar ialah Tuhan; yang merancangkan perkara itu berlaku. Justeru itu kita akan jadi tenang. Kita tidak takut. Kita tidak gentar. Kita tidak risau. Kita tidak bimbang. Semuanya, termasuk diri kita sendiri, adalah di dalam genggaman dan kawalan Tuhan. Mudah sahaja kita menerima apapun yang berlaku. Kita mudah sabar, mudah redha dan mudah kembali kepada Tuhan. 
Tambahan pada itu, apabila kita faham dan sedar bahawa Tuhan ada peranan dalam hidup kita dan dalam apa sahaja yang berlaku pada diri 
kita dan diri orang lain, maka hati kita akan mudah terhubung dengan Tuhan. Kita akan dapat merasakan Tuhan sentiasa bersama kita. Tuhan itu sentiasa wujud dan berperanan dalam hidup 
kita. Ini akan menimbulkan berbagai-bagai rasa dalam hati kita. Rasa hebatnya Tuhan. Rasa gagahNya, perkasaNya, pengasihNya, pemurahNya dan berbagai-bagai lagi. Berikutan itu, kita 
akan turut rasa bersyukur denganNya, rasa malu, takut, cinta dan berterima kasih kepadaNya. 




Inilah sebenarnya kerja orang-orang Rohaniah dan orang-orang sufi. Mereka sentiasa mencari-cari hikmah di dalam segala perbuatan Tuhan. Mereka sentiasa meninjau-ninjau dan mencungkil-cungkil rahsia di sebalik segala perbuatan Tuhan. Mereka mencari Tuhan melalui hikmah dan rahsia yang terkandung di sebalik feel atau perbuatanNya. Dengan cara itu, tidak lekang hati-hati mereka daripada berzikir dan merasa bertuhan. Inilah sumber ketenangan dan kekuatan mereka. Inilah sumber ilmu mereka. Inilah sumber kepimpinan mereka. nilah kerja yang patut kita lakukan. Akal mesti bekerja. Hati juga mesti bekerja. Akal perlu berfikir dan bertafakur manakala hati perlu berzikir dan merasa-rasakan tentang segala hikmah dan rahsia di dalam perbuatan Tuhan. Ini lebih baik dari bersembahyang sunat seribu rakaat yang tidak khusyuk. Ini lebih berkesan untuk membuatkan kita rasa insaf tentang kedhaifan, kelemahan dan kekerdilan diri kita. Kita akan rasa terlalu kecil dan lemah di hadapan Tuhan. Ini akan mendorong kita mencari perlindungan dan bergantung harap dengan Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N