Langkau ke kandungan utama

HIBURAN HAKIKI


HIBURAN SEJATI.
Berhibur dan menghibur itu tidak salah.Yang salah itu kalau kita tersalah dalam memilih hiburan dan tersilap dalam memberi hiburan..... Secara kasarnya, hiburan dapat dibahagi kepada empat peringkat: 

1. Hiburan yang melalaikan . 
Hiburan yang muatan isinya sangat melalaikan, lupa dengan Tuhan, lupa akhirat tidak kira halal dan haram. Dalam riwayat oleh Ibn’ Abbas menggambarkan bahawa al-Nadr telah membeli beberapa orang penyanyi wanita. Pantang dia mendengar ada seorang lelaki yang cenderung kepada nabi Muhammad s.a.w maka dihantarnya salah seorang penyanyi itu untuknya, agar hilanglah kecenderungan nya kepada Islam. Terhadapnya, Allah menurunkan firmanNya:
“Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah”.(Luqman:6).


Dalam perkara ini tidakkah kita terfikir bahawa kaedah ini yang digunakan oleh musuh Islam sekarang untuk melalaikan kita daripada Islam. Hiburan dihidangkan semahunya dan bermacam-macam cara untuk memesongkan hati umat Islam supaya jauh dengan cara hidup Islam. Satu contoh yang boleh difikirkan bersama iaitu televisyen. Televisyen menyiarkan program agama, dimana ia boleh mengajak hati kita cenderung kepada Islam, takut kepada Allah, rasa mula hendak insaf dan sebagainya. Tetapi selepas siaran agama tersebut apa pula yang disiarkan? Program hiburan, nyanyian, perempuan seksi yang mengasyikkan, kisah-kisah cinta, tahyul dan sebagainya. Tidakkah ini akan membalikkan semula hati kita yang tadi telah cenderung kepada iman, takut kepada Allah dan rasa hendak insaf? 


Kemajuan teknologi media soaial memainkan peranan lebih besar dari kaca TV. Media sosial boleh dibawa kemana-mana. Tidakkah ini mempunyai persamaan seperti apa yang dilakukan oleh al-Nadr terhadap dakwah Rasulullah. Susah juga untuk mengatakan tidak pada televisyen kerana kita berhadapan bukan sahaja dengan orang yang tidak faham agama tapi juga mereka yang faham agama dengan pelbagai alasan. Ada yang akan melebelkan kita ini syadid sangat. Ada yang akan cakap nanti anak-anak kita akan pergi rumah orang lain tengok tv. Hidup tidak ‘update’. Sama-sama kita fikir dan bandingkan dengan contoh-contoh lain seperti telefon bimbit yang boleh menyimpan pelbagai hiburan, majalah hiburan dan sebagianya.


2. Hiburan orang biasa/ awamul muslimin 
Hiburan yang mengandungi zikir, selawat dan lain-lain. 
Contoh hiburan ini di antaranya nasyid, selawat dan lain-lain. 
"Program ini berjaya mencipta satu trend di kalangan masyarakat Islam sekali gus mengangkat program agama lebih tinggi daripada program-program berkenaan. "Jadi kerajaan akan terus menganjurkan program seperti ini di seluruh negara di mana kerdajaan telah merangka jadual-jadual program di seluruh negara secara berterusan," 


Menurut penganjur. Jelajah Selawat Perdana yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ruang kepada umat Islam untuk menzahirkan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melalui zikir dan berqasidah.Malah, katanya, program yang bermula diadakan di Putrajaya. Melalui selawat perdana itu juga dapat mengukuhkan ukhuwah dan semangat perpaduan masyarakat Islam di negara ini.


3. Hiburan orang-orang soleh 
Orang soleh hatinya akan terhibur dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, melihat gunung, bukit-bukit, lautan dan sebagainya sehingga terasa dalam hatinya kuasa dan hebatnya Tuhan.
Mengimbau XPDC bersama Abuya Imam Ashaari At Tamimi, ke seluruh pelusuk dunia. Kita melihat pemandangan luar biasa yang menyingkapkan hasil karya penciptaan Allah yang mengagumkan dan spektakuler. XPDC berkenderaan  melintasi hutan, padang pasir dan negara negara empat musim. Saya begitu terpukau oleh pemandangan menakjubkan dari pepohonan musim gugur yang dihiasi warna merah tua dan beragam warna kuning. Semuanya itu tertata indah secara artistik dengan latar belakang langit biru yang luar biasa cerahnya.


Dan tidak lama lagi, seiring dengan turunnya suhu udara dan datangnya musim dingin, saya akan kembali diingatkan bahwa masing-masing kepingan salji itu unik dan tidak ada yang seragam. Kepingan-kepingan salji itu saling bertumpuk untuk menyajikan suatu pemandangan indah berupa hamparan salji yang putih cemerlang. Setelah itu akan muncul keajaiban musim luruh, ketika tanaman yang terlihat mati tanpa harapan kemudian bermekaran kembali dan menghiasi padang rumput dengan beragam warna yang indah.


Ke mana pun kita mengarahkan pandangan ke lingkungan di sekitar kita, kita melihat bukti bahwa “seluruh bumi penuh kemuliaan-Nya!” (Yes. 6:3). Yang luar biasa, walaupun ciptaan yang ada di sekitar kita telah dirosak oleh dosa (lih. Rm. 8:18-22), Allah tetap menganggap baik untuk menghiasi pemandangan yang telah rusak ini dengan karya ciptaan-Nya yang penuh kasih. Setiap hari, keindahan alam itu mengingatkan kita akan keindahan anugerah-Nya yang mengampuni dosa-dosa kita dan akan kasih-Nya yang selalu tersedia untuk kita, makhluk yang telah jatuh dalam dosa.


4. Hiburan para nabi, para rasul dan para kekasih Allah 
Hiburan ini adalah hiburan sejati tingkat tinggi, mereka merasa sangat terhibur dengan ujian dari Allah, kerana ujian adalah sebagai tanda perhatian dan kasih sayang Allah serta peningkatan darjat . Bahkan apabila Allah tidak mendatangkan ujian, mereka rasa menderita, takut kalau-kalau Allah sudah tidak memberikan kasih sayang dan perhatian-Nya lagi. 


" Hiburan yang mendidik manusia membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan serta kesannya berkekalan. Merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan. Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya serta mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. "

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N