Langkau ke kandungan utama

GEJALA SOSIAL.

BAGAIMANA MENANGANI GEJALA SOSIAL.


Tindakan segera dan serious perlu di ambil bagi menangani gejala-gejala masyarakat terutama yang berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah dan remaja masa kini agar kaedah-kaedah atau formula-formula yang dilaksanakan itu tidak merupakan percubaan atau 'trial and error'. Biarlah kaedah itu tetap dan untuk tindakannya ada orang yang layak melaksanakannya secara ia sendiri menghayati dan diapplykan kepada pelajar-pelajar atau belia, kena sasarannya agar usaha-usaha kita itu berkesan, selepas itu tidak ada lagi meraba-raba mencari formula sertai entiasa mencuba-cuba.


Mendidik haiwan atau cara menanam pokok boleh dicuba-cuba. Kalau tidak tepat atau tidak menjadi dia tidak merosakkan generasi penerus. Haiwan atau pokok itu boleh dimusnahkan sahaja atau dijual murah-murah atau disembelih dibuat lauk. Kemudian boleh cari formula ( kaedah ) yang lain untuk membuat percubaan kepada haiwan atau tanaman. Tapi untuk mendidik manusia yang berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya serta penerus generasi yang ada, mana boleh mendidik mereka dengan membuat kaedah atau formula secara ( trial and error ) kerana kalau kaedah itu tidak tepat, akan musnahlah satu generasi yang generasi itu akan mendidik pula generasi berikutnya. Akan punalah bangsa itu berlarut-larutan beratus-ratus tahun lamanya.


Oleh itu untuk menangani gejala sosial di kalangan pelajar atau remaja, mana boleh sekadar dengan cara riuh rendah diperkatakan di media, disemarakkan dengan majlis forum merata negara, dibuat bermacam-macam undang-undang dan peraturan, digertak-gertak dan ditakut-takutkan dengan polis. Kita bimbang dengan usaha-usaha ini kalau ibarat gejala itu merupakan pokok dedalu , ia akan menjadi baja untuk lebih menyuburkan pokok dedalu itu. Ertinya usaha kita itu akan menyuburkan lagi gejala-gejala sosial didalam kehidupan kita.


Untuk menangani gejala sosial itu memerlukan orang yang ikhlas, kita faham kepada siapa sebenarnya yang patut menjadi teras menangani masalah ini. Kita mahu golongan sampingan yang ikut serta untuk dibawa bersama. Kita mengerti golongan yang mana pula gejala sosial di dalam masyarakat, kita perlukan golongan yang ikhlas. Mereka ini yang merupakan golongan pendidik, mestilah faham golongan manakah yang menjadi teras kepada sesuatu masalah itu, serta tahu pula golongan sampingan yang perlu dibawa bersama. Selain itu, mereka juga tahu golongan yang mana yang sedang merosakkan generasi kita itu yang perlu dibanteras dan puak mana pula yang mengambil kesempatan dengan kerosakan yang ada. 


Dan kalau kita bukanlah orang yang tepat untuk menangani gejala sosial di kalangan pelajar atau remaja, kita jangan campurtangan walaupun kita ada jawatan ataupun oang yang terkenal. Kita serahkanlah kerja ini kepada orang lain yang boleh melaksanakannya. Kita sedar bahawa Tuhan tidak memberi seseorang itu pakar dalam semua bidang. Walaupun boleh mencabar kewibawaan kita, kalau kita tidak faham bidang ini, kita janganlah memandai-mandai. Kalau ada golongan yang lain, cuma mereka tidak menonjolkan diri atau keadaan tidak membolehkan mereka menonjolkan diri, maka kita yang ada kuasa hendaklah memberikan laluan kepada mereka. Kita tonjolkanlah mereka, dan kita boleh membantu secara teknikal, kewangan atau dengan berdoa untuk mereka.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N