Langkau ke kandungan utama

CINTA DAN SAKAR DENGAN TUHAN.


PERINGKAT ORANG BERZIKIR.







Apabila kita memperkatakan zikir di dalam bahasa Melayu, dikatakan mengingat atau menyebut iaitu mengingat dan menyebut yang ada hubung kait dengan Allah sama ada dengan perkataan atau lisan , dengan perbuatan iaitu melibatkan seluruh anggota lahir (jawarih) kita. Atau dengan hati, ia berlaku dengan perantaraan mahupun dengan tidak ada perantaraan sama ada secara nyata (jahran) mahupun secara senyap (sirran).

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ  ﴿٢٨﴾
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. ( Ar Ra'du   :28 ).



Perlu diingat, bahawa zikir yang paling besar dan agung ialah melalui sembahyang lima waktu. Selain ia bersifat menyembah, di dalamnya ada berbagai bentuk zikir termasuk lafaz Al Jalaalah dan dua kalimah syahadah. Oleh itu jangan ada di waktu sembahyang itu sama ada hati, lafaz yang diwajibkan serta gerak-geri kita tidak menggambarkan menyembah dan mengingati Allah SWT lagi Maha Agung.


Kalau di dalam sembahyang ketiga-tiga anggota kita itu sudah tidak menggambarkan kita berzikir kepada Allah, jangan haraplah di luar sembahyang kita boleh mendisiplinkan ketiga-tiga anggota kita itu menepati berzikir kepada Allah. Allah Taala berfirman:
"Dirikanlah sembahyang kerana mengingati Aku."(Toha: 14)


Di sini disebutkan golongan-golongan yang berzikir seperti berikut:
Golongan yang pertama: Golongan yang langsung tidak menyebut Allah atau nama Allah. Kalaupun mereka menyebut Tuhan, tapi bukan Tuhan yang sebenar kerana mereka menyebut tuhan-tuhan yang mereka sangka-sangka. Tuhan yang mereka khayal-khayalkan, tuhan palsu mereka, ertinya mereka menyebut bukan kepada sasaran Tuhan yang sebenar. Inilah golongan orang yang kafir.


Kedua:
Golongan yang menyebut atau mengingat Allah dengan lidah semata-mata tapi tidak dihayati oleh hatinya atau mengingati sekali-sekala. Dengan kata-kata yang lain hatinya tidak benar-benar merasa bertuhan dan tindak-tanduk anggota lahirnya tidak mengikut syariat. Secara akal dan ilmu mereka percaya adanya Tuhan dan mengetahui sifat-sifat Tuhan. Kalaupun mereka membaca lafaz-lafaz zikir seperti lafaz Subhanallah, Alhamdulillah, Wallahu akbar, ya Latif, ya Ghafar dan lain-lain, hanya menyebut pada lidah (lisan) tidak di hati. Inilah golongan yang lalai. Golongan yang lalai ini boleh jatuh kepada fasik, zalim, kalau dibiarkan boleh jatuh kepada kafir secara tidak sedar.


Ketiga:
Golongan yang mengingati Tuhan Allah serta menyerah diri pada Allah di waktu susah, waktu terdesak, ketika mendapat bala bencana, maka barulah dia perlu kepada Allah, barulah bersyariat. Di waktu itu dia mengharap sangat kepada Allah, mengadu meminta pertolongan. Apabila berhadapan dengan kesenangan atau masalah telah selesai mereka melupai Tuhan, mereka tidak perlu kepada Tuhan lagi. Itulah golongan pendusta.


Keempat:
Golongan yang berzikir sama ada hati, perkataan dan fiziknya (jawarihnya) sedikit lalai. Iaitu masih banyak lagi mengingati perkara-perkara yang harus (mubah) atau kalau perkataan dan perbuatannya banyak kepada yang harus ( mubah )kalau terlanggar perkara-perkara yang haram pun sedikit sangat. Inilah golongan Ashabul Yamin atau orang yang soleh.


Kelima:
Golongan yang seluruh anggota yang tiga itu sentiasa berzikir dengan Allah dan sentiasa mengikut syariat. Kalaupun ada lalai kerana masih terlibat dengan hal atau perkara-perkara yang harus (mubah). Inilah golongan muqarrobin.


Keenam:
Golongan yang benar-benar tenggelam mengingati Allah, mabuk mencintai-Nya, perkataan dan seluruh jawarihnya benar-benar mengikut syariat dan dapat membesarkan Tuhan. Perkara-perkara yang harus (mubah) pun mereka tidak terlibat. Kalau ada pun terlalu terbatas. Mereka benar-benar mabuk dengan Tuhan. Hatinya penuh rindu atau terlalu takut dengan Tuhan. Nampak terserlah kebesaran Tuhan itu pada kehidupan lahir mereka iaitu di dalam sikap dan perihal kehidupan lahir mereka. Tanda-tanda kebesaran Tuhan itu (ayatullah) benar-benar wujud pada diri mereka. Itulah golongan As Siddiqin.
Sebenarnya kita diperintahkan agar setiap gerak-geri, sikap, tindak-tanduk kita, sama ada lisan, hati, anggota lahir (jawarih) adalah menggambarkan dan melambangkan kita itu ada hubung kait dengan Allah Taala. Itulah yang di katakan zikir.


Sejarah memberitahu kepada kita bagaimana sahabat Nabi SAW, mereka tenggelam dengan kecintaan mereka dengan Allah SWT.
Kita datangkan contoh disini apa yang berlaku kepada Saidina Ali Karamallah Wajhah. Suatu hari Saidina Ali terkena panah di betisnya, lalu para sahabat Nabi yang lain Ingin membantu mengeluarkan anak anah tersebut. Ada dikalangan mereka berkata biarkan Ali teruskan sembahyangnya atau solatnya. Ketika Saidina Ali sedang solat Sahabat yang lain mencabut anak panah yang ada pada betisnya. Ketika dicabut Saidina tidak bergerak sedikitpun kakinya. Ibarat orang yang telah dibius tidak terasa apa apa yang berlaku. Begitulah contoh orang yang mabuk dengan Tuhan. Begini
Lah contoh peringkat golongan As Siddiqin berzikir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N