Langkau ke kandungan utama

DUNIA LADANG AKHIRAT.



Benda dunia pun seperti harta benda dan wang ringgit, kalau digunakan untuk bersedekah atau berjihad kejalan Allah, maka harta benda dan wang ringgit itu sebenarnya sudah diakhiratkan. Ia bukan dunia lagi. Ilmu dunia pun seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya, kalau digunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan merawat orang yang sakit kerana Allah, maka ia sudah jadi Akhirat. Ertinya dunia sudah dijadikan ladang Akhirat yang hasilnya kita akan petik di Akhirat.


Sebaliknya amalan Akhirat sekalipun seperti sembahyang, bersedekah, berdakwah dan membaca Quran kalau dibuat dengan tujuan untuk riak dan menunjuk-nunjuk, untuk mendapat duit, nama dan pujian dan untuk mendapat pengaruh, maka ia sudah jadi dunia. Fahaman sekularisme tidak mengambil kira tentang Akhirat dan tidak mengkaitkan soal kehidupan di dunia dengan Akhirat. Dalam fahaman sekularisme, Akhirat tidak wujud. 


Sekularisme ialah fahaman yang umum. Apa sahaja amalan, sistem dan ideologi, kalau tidak ada kaitan dengan Akhirat atau tidak dikaitkan dengan Akhirat adalah sekularisme. Oleh itu komunisme adalah sekularisme. Sosialisme adalah sekularisme. Demokrasi pun adalah sekularisme. Bukan sahaja sistem-sistem ini tidak ada kaitan dengan Akhirat, ia juga bertentangan dengan syariat dan apa yang dikehendaki oleh Islam. 


Oleh itu nilai Akhiratnya ternafi dengan sendirinya.
Kapitalisme juga adalah sekularisme. Sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba juga sekularisme. Semua sistem ini adalah sistem-sistem dunia yang dicipta oleh akal manusia. Akal manusia tidak ada mencipta apa-apa sistem yang tidak sekularisme. Semua sistem ciptaan akal manusia adalah sekularisme. 


Akal manusia sebenarnya tidak mampu mencipta apa-apa sistem yang terkeluar dari tujuan dan pengaruh dunia atau sekularisme. Tambahan lagi, yang mencipta sistem-sistem ini adalah orang-orang yang kufur dengan Allah dan tidak yakin dengan Akhirat.
Akhirnya di dunia ini hanya ada dua sistem sahaja iaitu sekularisme dan Islam. Satu adalah hasil ciptaan akal manusia dan satu lagi adalah wahyu dari Tuhan. 


Berdasarkan hujah ini, segala amalan dan perbuatan sia-sia dan maksiat adalah sekularisme. Orang yang membuat kerja sia-sia dan maksiat tidak pernah melakukannya untuk tujuan Akhirat malahan adalah untuk tujuan dunia semata-mata. Maksiat adalah seratus peratus urusan dunia. Oleh itu maksiat adalah amalan sekularisme. Sebab itu kita sangat bimbang bila melihat sesetengah orang atau sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menuduh pihak lain sekular. Besar kemungkinan yang menuduh itu juga hebat sekularismenya.


Sekularesme boleh jadi sama ada dalam amalannya, cara hidupnya, pegangannya ataupun perjuangannya. Hanya orang atau pihak yang cara hidupnya seratus peratus Islamik dan berpandukan Al Quran dan As Sunnah sahaja yang layak mengaku diri tidak sekular. Kerana kalau dia tidak seratus peratus Islamik, maka sudah tentu dia terjebak dengan sekularisme di mana mana.
Merokok contohnya ialah perbuatan atau amalan sekularisme. 


Ia adalah amalan dunia yang mutlak. Tidak ada nilai Akhirat langsung dalam merokok. Umat Islam di dunia berbelanja berbillion-billion ringgit setahun untuk membeli rokok. Yang jadi kaya ialah orang kafir, orang Yahudi dan Nasrani. Dengan untung rokok itulah mereka merosakkan Islam dan meruntuhkan akhlak serta moral muda mudi Islam. Kalau kita merokok, mana layak kita menuduh orang lain sekular. Kita sendiri bukan setakat sekular malahan kita bagi duit lagi pada musuh untuk memusnahkan Islam. Ini boleh diqiaskan dengan perkara-perkara yang lain.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N