Langkau ke kandungan utama

SOLAT TERBINA TAMADUN.



Rasulullah pernah memberitahu kepada para Sahabatnya di dalam suatu majlis sebanyak tiga kali, tentang seorang lelaki yang bakal menjadi ahli Syurga. Ada seorang Sahabat yang mengambil serius cerita tersebut, lalu dia pun mengikut Sahabat yang dikatakan ahli Syurga itu ke rumahnya dan bermalam di sana. 
Setelah berlalu dua malam dan masuk malam yang ketiga, 
Sahabat itu pun berkata dalam hatinya,"Rasulullah kata dia ahli Syurga. Tapi aku lihat dia tidak ada istimewa apa-apa pun, Ibadahnya macam biasa saja. Dia cuma buat yang fardhu, yang sunat tidak pula dibuatnya." Sahabat itu merasa hairan sekali, sedangkan dia sendiri bangun malam. 


Akhirnya dia bertanya kepada tuan rumah itu apa kelebihannya sehingga dia layak menjadi ahli Syurga. Sahabat ahli Syurga itu berkata bahawa dalam hatinya tidak ada sedikit pun rasa hasad terhadap orang, bahkan .tidak terniat pun untuk berhasad dengki. Rupa-rupanya inilah sebab dia menjadi ahli Syurga. 
Apa yang kita faham dari cerita ini ialah: 
Pertama : Sahabat tersebut hanya buat yang fardhu,tapi ia dapat melahirkan akhlak mulia. Dia sembahyang fardhu saja, tapi sembahyangnya itu berhasil, sebab itu ahli Syurga. Sebaliknya kita makin banyak sembahyang sunat, makin sombong, bangsa diri, memandang rendah pada orang yang kurang ibadah. 




Para Sahabat memang sangat serius dengan sembahyang. 30 minit atau satu jam lagi hendak bersembahyang, mereka sudah tidak bercakap. Sayidina Umar waktu mengambil wudhuk pucat mukanya dan menggeletar. Ketika ditanya Umar menjawab, "Engkau tahu dengan siapa aku berhadapan. Aku nak berhadapan dengan Tuhan!" 
Sebaliknya kita dalam hendak bersembahyang sempat lagi mengata orang, membaca surat kabar. Sedangkan para Sahabat itu terlalu takut hendak berhadapan dengan Tuhan, masing-masing diam tidak mampu bercakap, memikirkan nanti sembahyangnya macam mana agaknya, diterima atau tidak, beradab atau tidak beradab. 


Kita pula masih boleh rilek-rilek macam tidak ada apa-apa. Mereka selepas sembahyang lagi terasa takut, beristighfar banyak-banyak, mereka rasa sembahyang yang dibuat itu tidak sempurna. Kita pula lepas sembahyang rasa lega,"Alhamdulillah!" . Jauh bezanya kita dengan Sahabat. 
Kedua : 
Melalui ibadah sembahyang yang berbuah inilah lahirnya peribadi-peribadi agung. Rasulullah SAW telah berjaya mendidik bangsa yang asalnya hanya tahu bela kambing, tidak tahu menulis dan membaca, berhadapan dengan dua bangsa besar, Rom dan Parsi yang mempunyai kebudayaan yang tinggi. Hanya 23 tahun, Islam sudah boleh menjadi empayar. Padahal orang di luar Islam memerlukan 200 hingga 300 tahun untuk membina empayar. 




Tapi mengapa ini tidak berlaku lagi pada kita? Mengapa umat Islam terhina di mana-mana? Sebabnya, sembahyang kita tidak betul. Yang tidak sembahyang itu lain kira. Yang sembahyang pun masih tidak betul. Semasa kita menyembah Tuhan, adakah terasa kita sedang menyembah dan membesarkan-Nya? Terasakah bahawa kita ini hina? Jika tidak rasa, itu bukan menyembah namanya. Katalah kita berhadapan dengan Yang Dipertuan Agung. Tentu kita tidak berani hendak bercakap. Mengapa? Sebab kita tahu Yang Dipertuan Agung itu siapa. Itu bila berhadapan dengan manusia yang baru sedikit kita kenal kebesarannya, maka kita pun tidak berani hendak bercakap. 


Mengapa tidak terasa begitu dengan Tuhan? 


Puncanya ialah kita tidak kenal Tuhan . Kita hanya beriman dan percaya, tapi tidak kenal. Sebab itu tidak terasa apa-apa. Bahkan apa yang kita lihat, makin jadi ulama, makin laju sembahyangnya. Jadi hasil didikan Rasulullah, dalam masa 23 tahun saja umat Islam berjaya membina empayar. Padahal bangsa yang dididik itu, huruf pun mereka tidak kenal. Sedangkan kita umat Islam, sudah merdeka di seluruh dunia. Makin merdeka semakin terhina. 


Cuma kelebihannya kita boleh membangun. Di sudut lain kita telah terhina terutama akhlak, terlalu hina. Dulu waktu tidak membangun orang tidak terlibat dengan dadah. Murid tidak pukul guru.Waktu mundur, murid tidak bakar sekolah. Tapi sesudah membangun, murid bakar sekolah. Tidak hinakah? 
Dulu kita tidak dengar anak pukul emak, hari ini ada yang sampai bunuh emak. Orang kata inilah bayaran kepada pembangunan. Inilah yang kita kena terima. Tetapi itu jawapan menurut Barat. Menurut Islam kita boleh dapat dunia, pembangunan dunia dan pembangunan Akhirat. Islam menjamin kedua-dua pembangunan boleh berlaku. Mengapa kita tidak memberi peluang kepada Islam?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…