Langkau ke kandungan utama

PENUTUP NABI DAN RASUL.

RASULULLAH SAW INSAN LUAR BIASA.
Rasulullah orang tidak sekolah, ( tidak tahu membaca dan menulis ) akhirnya jadi bangsa yang luar biasa, menguasai dunia, mengalahkan Rom dan Parsi.


Rasulullah adalah manusia luar biasa, istimewa dan agung. Rasulullah tidak sekolah. Kalaulah Rasulullah sekolah tinggi ke Mesir atau ke Jordan tidak nampak agungnya. Memanglah hasil sekolah jadi pandai itu perkara biasa, tapi Rasulullah itu tidak sekolah. Sudahlah tidak sekolah, waktu itu  Rasulullah wajib memimpin bangsa yang tidak sekolah yang mereka hanya tahu kambing dan unta sahaja iaitu orang Arab.Pakaian mereka comot-comot, tidak tahu kebersihan, tidak tahu bersuci, tidak ada kemajuan, tidak bertamadun. Kalau Allah hantar Rasulullah kepada bangsa Rom dan Parsi yang sudah maju di waktu itu, tidak nampaklah kebesaran Rasulullah. 


Orang yang sudah maju kemudian diajar dan menjadi pandai, itu tidak mengherankan. Tapi Rasulullah orang tidak sekolah, lalu dihantar kepada bangsa yang tidak sekolah, akhirnya jadi bangsa yang luar biasa, menguasai dunia, mengalahkan Rom dan Parsi. Luar biasa Rasulullah. Agungnya Rasulullah.  Bahkan bukan sahaja agung di dunia tetapi juga di akhirat.Orang yang sezaman dengan Rasulullah dan bertemu dengan Rasulullah diberi satu gelaran yang tidak ada sebelum dan sesudah zaman itu iaitu Sahabat. Ini adalah gelaran yang sangat mahal. Nama Sahabat ini tidak ada sebelum dan sesudah zaman Rasulullah. 


Kalau sekarang kita cakap: “Ini sahabat saya”. Itu bohong. Tidak ada sahabat selain murid Rasulullah. Siapa yang jadi murid Rasulullah itu digelar Sahabat. Rasulullah sebut dalam Hadis :
1.   “Sahabat-sahabat aku laksana bintang-bintang di langit, siapa yang mengikut mereka pasti dapat petunjuk” 
2.   “Sahabat-sahabat aku laksana bintang-bintang di langit. Mana satu di antara mereka, kalau kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk” 
Agungnya Rasulullah, istimewanya Sahabat Rasulullah. Kalau kita ikut salah satu dari sahabat termasuk yang tak terkenal kita pasti dapat petunjuk, betapalah kalau yang kita ikut itu Sayidina Omar. Kalau yang tidak terkenal itupun kita ikut pasti dapat petunjuk, gambarkanlah betapa hebatnya sahabat itu.


3.   “Sahabat-sahabat aku diampunkan kerana bersahabat dengan aku” Bukan mereka tidak membuat dosa, tapi mereka diampunkan kerana bersahabat dengan Rasulullah, walhal sebelum itu mereka bangsa yang paling jahat. Contoh : Kerana seekor unta mereka berperang dan diwariskan perang itu turun temurun, hingga generasi yang hujung tak tahu lagi apa punca perang itu. Begitulah jahatnya bangsa Arab. 


Kalau akan kahwin, bapa calon pengantin perempuan minta kepada calon pengantin lelaki:“Aku benci pada seseorang di hujung kampong ini, kalau kau nak kahwin dengan anak aku, bawa kepala orang itu kepada aku” Si calon pengantin lelaki sanggup buat. Begitulah jahatnya bangsa Arab.


Kalaulah Rasulullah dihantar kepada bangsa Rom dan Parsi itu tidak hairan, hanya hendak tambah power sedikit untuk kuasai dunia itu tak istimewa. Begitulah mulianya Rasul saw dan sahabatnya. Yang paling malang ialah orang yang hidup di zaman Rasul saw, hidup dengan Rasul saw, jumpa Rasul saw, tapi menentang. 


Orang yang menentang Rasul saw di zaman ini tak sama dengan yang menentang Rasul saw di zaman itu. Nisbah penjara dunia, kalau zaman sekarang kena 10 th yang zaman Rasul saw kena 100 th.
Kita rasa malang tak hidup zaman Rasul saw, itu yang kita rasa. Kalau ikut perangai kita yang ada sekarang ini, kalau kita hidup zaman Rasul saw, jangan-jangan kitalah penentangnya. 


Tuhan tahu kalau hidup zaman Rasul saw kita menentang, nasib baik kita tak hidup di zaman itu. Jadi berbahagialah sahabat2 yang dapat keagungan dunia akhirat. Dunia dan syurga Tuhan bagi pada mereka.
Selepas sahabat, generasi berikutnya ialah tabiin. Tabiin ialah orang yang tak hidup bersama Rasul saw tapi dia belajar dan Islam ditangan sahabat tapi tak jumpa Rasul saw.


Generasi yang berikutnya Tabiut Tabiin, hidup se zaman dengan Tabiin, bertemu dengan Tabiin dan Islam di tangan Tabiin.
Zaman Sahabat, Tabiin, Tabiut Tabiin satu abad. Selepas satu abad tak ada disebut lagi orang tadi dengan nama-nama tertentu. Namun selama 3 abad/kurun kebanyakan manusianya masih tergolong orang-orang baik. Jadi 3 generasi ini bertuahlah, tak sebut lagi orang2nya secara tertentu tapi masih disanjung. 


Rasul saw masih menyebutnya :“Sebaik2 kurun adalah kurun aku, kemudian kurun yang mengikutinya dan kurun yang mengikutinya.”
3 kurun ini di gelar salafussoleh. 300 th Rasul saw jamin, umumnya mereka baik2 soleh2. Mungkin setiap 1000 dua tiga orang sahaja yang jahat. Dalam masa 300 th itulah kehidupan aman, damai, harmoni, bahagia, makmur, dll. 


Waktu zaman Salafussoleh orang miskin lagi senang dibanding orang kaya di masa itu. Pada orang yang miskin ramai orang hantar makanan sampai 20 jenis makanan. Tiap orang mahu tolong orang miskin, sedangkan orang kaya tak ada siapa hantar, makanlah 3 jenis lauk. Dalam masyarakat salafussoleh orang miskin lagi senang dari orang kaya. Sebab itu dunia Tuhan serah pada mereka, waktu itulah lahir orang2 hebat seperti Omar bin abd azis, Hasan Basri, Rifai, Nasai, Syafie, abu Hasan asaari, Auzai, dll.


Selepas 300 th walaupun umat Islam menguasai dunia tapi oleh kerana tak disebut Rasul saw jadi tak berkat, pecah belah, umat Islam jadi bermacam2 kerajaan tak rujuk pada satu pimpinan walaupun atas nama Islam, masih menguasai dunia. Sudah timbul 4-5 kerajaan. Datanglah kemurkaan Tuhan, selepas 700 th makin teruk, laknat Tuhan pun datang. Tuhan datangkan musuh menguasai, orang Barat datang menjajah negara umat Islam hinggalah ke har ini. 


Walaupun sudah merdeka tapi hakikatnya masih terjajah.
Kita sebagai umat Islam kena faham sejarah ini. Kita tak sezaman dengan sahabat, dengan tabiin, tabiut tabiin, tapi kita ada khabar gembira untuk akhir zaman. Islam akan bangkit di Timur untuk orang Melayu. Berita gembira ini kalau tak disambut dengan baik kita pengkhianat. Hadiah besar kita abaikan. Jadi khabar gembira ini kita alu-alukan.


Tuhan berjanji melalui lidah Rasul saw, di akhir zaman Islam akan bangkit kali kedua lebih besar dari kali pertama. Rasul saw diberi jaminan, yang mana agar layak menguasai dunia Tuhan akan lahirkan ikhwan dan asoib. Kalau tak lahir ikhwan dan asoib tak layak kuasai dunia. Ikhwan dan asoib tidak ada di zaman2 lain sekalipun di zaman sahabat. Seolah-olah kita berada di zaman Sahabat, Tabiin, Tabiut Tabiin. Ikhwan dan asoib dilahirkan oleh orang Tuhan.Siapapun tak mampu buat, ini janji Tuhan.


Kalau bercita-cita jadi ikhwan dan asoib tapi mahu minta dipimpin oleh orang lain takkan boleh. Bagaikan orang yang mahu jadi sahabat tapi tak mahu jadi murid Rasul saw, mahu jadi tabiin tapi tak mahu jadi murid Sahabat. Kalau begitu Orang Tuhan IM sangat mahal. Sebab itu Rasul saw sebut kalau terdengar satu tempat ada Tuhan datangkan orangnya maka pergilah walaupun merangkak di atas salji, sebab padanya ada rahmat dan berkat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N