Langkau ke kandungan utama

GEJALA JAHILIAH MODEN.



Gejala penyakit kaum Luth.

WALAUPUN telah lenyap lebih 1,439 tahun lalu, namun amalan jahiliah iaitu merujuk kepada segolongan masyarakat di Semenanjung Tanah Arab sebelum kebangkitan Rasulullah SAW dilihat masih berleluasa sehingga kini. GEJALA pembuangan bayi merupakan amalan Jahiliah yang lebih keji daripada masyarakat Jahiliah silam. 
Buktinya, di tengah-tengah kehidupan dunia yang pesat membangun, masih terdapat ramai manusia termasuk umat Islam sendiri berkelakuan jahiliah sama ada dalam sudut sikap, emosi, minda dan tindakan.


Dunia dilanda gejala jahiliah moden. Berbagai penyakit gejala masyarakat timbul di hari ini dengan LGBT,zina, rogol, pembunuhan, rompakan, penyalahgunaan wang dan kuasa, penindasan, dadah, sumbang muhram, berkesedudukan dan sebagainya. Ia menular ke semua peringkat masyarkat. Semakin dibendung semakin menjadi-jadi. Semakin dikaji semakin berleluasa. Kadar jenayah berbentuk kriminal, sosial, ekonomi, politik dan keluarga sangat tinggi di merata dunia. Manusia hidup dalam ketakutan, tiada keindahan dan keselamatan.Akal manusia sudah buntu untuk mencari jalan keluar. Manusia sebenarnya perlu mengubah semula pola pemikiran mereka dengan mencari jalan keluar yang terjamin tepat dan selamat dengan merujuk kepada sistem roh. 


Sistem roh bererti manusia kembali merujuk kepada Tuhan dengan menggunakan sistem Tuhan dan dipimpin oleh orang Tuhan. Manusia hari ini telah pinggirkan peranan roh. Ini menyebabkan manusia lalai dari penciptanya. Akibatnya, manusia menanggung gejala sosial yang amat serius.Kita perlu tahu peranan akal dan ruh. Akal digunakan untuk membina kemajuan dan pembangunan. Sedangkan peranan ruh adalah untuk mendidik manusia. Berapa ramai ahli fikir yang banyak menggunakan akal membunuh diri. Contohnya seperti Socrates. Ahli fikir yang baik ialah dari hasil didikan orang rohani. Akal mereka digunakan untuk membuat pembangunan lahir dan batin tanpa mengetepikan bab-bab ketuhanan dan agama. 


Gejala masyarakat hari ada dua bentuk. Satu, gejala itu diterima bersama sebagai gejala masyarakat seperti pembunuhan, merompak, menipu, bergaduh, berbohong. Ini diterima bersama oleh semua golongan, bangsa, agama dan etnik. Kedua, maksiat yang tidak diterima bersama seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, zina, homoseks, lesbian. Dalam Islam, maksiat itu ada yang berbentuk lahir dan ada yang berbentuk batin seperti sombong, megah, riyadan sebagainya. Maksiat batin itulah punca segala maksiat yang lain. Ini menyebabkan masyarakat dilanda gejala masyarakat yang sangat kacau-bilau seperti hari ini.
Gejala masyarakat ini ditimpakan kepada manusia kerana tiga kategori:


1. Atas usaha manusia sendiri. Akibat dari sikap manusialah lahir berbagai gejala dalam masyarakat seperti membunuh, menipu, zina, rasuah dan lain-lain.
2. Datang dari Tuhan. Iaitu seperti banjir dan sebagainya. Ia tidak ada campur tangan manusia langsung.
3. Di antara campur tangan manusia dan kehendak Tuhan. Contohnya, berlaku banjir di tempat yang tidak pernah banjir.


Bila timbul masalah kita kaji gejala yang berlaku. Sepatutnya kita kaji manusia yang menjadi penyebab mengapa gejala ini berlaku. Sedangkan orang-orang itulah yang hendak dipulihkan. Manusia ada akal, fizikal, roh dan nafsu. Manusia juga dibekalkan dengan benih, sifat, tabiat dan perangai tersendiri. Benih malaikat hendaklah disuburkan, haiwan didisiplinkan dan benih syaitan dibuang.
Inilah keadilan Tuhan. Bila akal memilih, akal akan merancang mengikut pilihan. Bila nafsu memilih perangai malaikat, akal akan merancang bagaimana untuk menjadi malaikat. Benih-benih itu Allah sudah tanamkan di dalam diri manusia seperti rasa malu, kasih, bertimbangrasa, rendah diri, rasa bertuhan dan kehambaan. Cuma perlu didisiplinkan sahaja. Terpulanglah kepada kita samada untuk menjadi malaikat, haiwan atau syaitan.


Bila tabiat-tabiat syaitan berperanan di tengah masyarakat, akan berlakulah pergaduhan, sifat sombong, pemarah dan sebagainya yang menyebabkan ramai orang susah. Bila tabiat binatang pula yang berperanan dalam masyarakat, akan berlaku pula zina, rogol, lesbian, homoseks, sumbang muhram dan lain-lain. Jika tabiat malaikat yang berperanan, masyarakat akan aman damai.Sebenarnya ulamak dan umaraklah yang bertanggungjawab gejala ini berlaku. Umarak ini adalah golongan pemimpin samada pemimpin besar atau kecil. Pemimpin kecil terdiri dari ibubapa dan guru-guru serta golongan pendidik. Pemimpin besar adalah pemimpin yang menerajui jawatan penting dalam negara dan masyarakat. 


Pemimpin ibarat kayu, bayangnya rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau rakyatnya penuh dengan masalah sosial, bererti ada yang tidak kena dengan bahagian pimpinannya. Bukan mudah menjadi pemimpin. Sebaik-baik pemimpin ialah yang berwibawa tinggi dan memiliki taqwa yang cukup mantap.
Oleh itu, untuk menjadi pemimpin yang baik dalam kepimpinan manusia kini, mestilah ada ilmu yang cukup, akhlak mulia, ibadah yang kemas dan memiliki sebanyak-banyak sifat mahmudah dalam diri untuk di contohi. Bila pemimpin tidak berwibawa, kecacatan akan terserlah. Orang akan hilang hormat, hilang keyakinan, tidak taat dan semakin dibenci. Keamanan tidak berlaku, kasih sayang tiada, segala bentuk gejala masyarakat berleluasa. 


Semakin dibenteras semakin bertambah kerana yang menangani sama-sama buat kemungkaran dan maksiat. Bahkan maksiat yang dibuat tidak nampak pada mata lahir seperti remaja. Jangan-jangan lebih hebat dan dahsyat lagi kejahatan yang dibuat oleh pemimpin kerana dibuat secara tersembunyi.Remaja melakukan vandalisma sedangkan pemimpin negara sombong dan pemarah. Remaja melepak-lepak, pemimpin rasuah. Remaja mencuri sedangkan pemimpin tamak dan bakhil sehingga habis harta negara dan rakyat menjadi harta peribadinya. Begitulah seterusnya.Pemimpin tidak melakukan kesalahan secara terbuka tetapi Tuhan Maha Mengetahui. Sebab itulah usaha mereka untuk membenteras gejala sosial tidak dibantu. 


Ramai lagi yang belum sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan menyebabkan mereka kurang membaiki diri. Di waktu yang sama mereka ingin menyedarkan orang lain. Dalam keadaan mereka begitu pun, mereka masih sempat untuk menunding jari, menghina dan menuduh kesalahan orang lain. Ini mengakibatkan orang yang jahat sakit hati manakala orang baik benci. Merekalah perosak masyarakat sebenarnya.Orang awam buat kesalahan secara terbuka sedangkan pemimpin mereka buat maksiat di tempat yang ekslusif. Bolehkah kita lari dari pengetahuan Allah? Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran. Insaflah, ia tanda kelemahan diri. 


Kesali keterlanjuran dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
Usaha lahir sahaja tidak cukup untuk membenteras gejala sosial ini. Mesti ada bantuan Allah. Jika tidak sia-sia usaha kita kerana dosa-dosa kita sendiri. Bahkan takut-takut akan menambahkan dosa lagi manakala gejala masyarakat tidak juga dapat dipulih dan dibersihkan.Sebagai jalan keluar kepada masalah gejala masyarakat ini, pertamanya manusia perlu kembali kepada Tuhan. Kenal Tuhan itu dengan hati bukan setakat tahu dengan akal. Jika kita katakan Allah itu Maha Melihat, rasakanlah pandangan Allah itu tembus, boleh melihat yang jauh atau dekat, samada seni atau kasar, terang atau gelap. 


Jika begitulah hati kita merasa tentang Maha Melihat Allah itu, tidak tergamaklah kita untuk melakukan maksiat sendirian. Kita tidak boleh elak dari dilihat oleh Tuhan.Untuk kembalikan masyarakat kepada Tuhan, perlukan kita berdakwah dengan semua golongan, berdakwah di majlis tidak rasmi, banyakkan bertafakkur tentang kebesaran Tuhan. Menceritakan sifat Tuhan serta peranannya dengan membawa berbagai tamsilan seperti takut dengan Tuhan itu seolah-olah berhadapan dengan harimau. Bila-bila masa sahaja ia boleh menerkam mangsanya. Begitu jugalah dengan kemurkaan Tuhan, bila masa dan apa sahaja Tuhan boleh lakukan terhadap kita. Kita juga hendaklah kenalkan Tuhan sejak anak-anak masih kecil lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N