Langkau ke kandungan utama

GEJALA YANG MEROSAKKAN NEGARA.

GEJALA YANG BOLEH MEROSAKAN NEGARA.
( Masjid Uqbah bin Nafi' ).

( kota lama Tunisia ).


( istana di Tunisia ).

( kota Carthage Phoenicia ).


Tunisia (Bahasa Arab: تونس), secara rasminya Republik Tunisia (الجمهورية التونسية), ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranean di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang paling utara serta negara terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih kurang 40% daripada negara ini terdiri daripada gurun Sahara, dengan kebanyakan kawasan yang lain terdiri khususnya daripada tanah subur. Kedua-dua kawasan tersebut memainkan peranan yang utama pada zaman kuno, awal-awalnya kepada kota Carthage Phoenicia yang termasyhur dan kemudiannya, sebagai Provinsi Afrika yang kemudian dikenali sebagai bakul roti Empayar Rom. Panjang garis pinggir lautnya 1,300 kilometer. 


Uqbah bin Nafi' r.a telah berusaha membangunkan bandar Qairawan pada tahun 50 Hijrah. Sahabat Nabi SAW yang telah membuka Afrika Utara. Uqbah bin Nafi adalah seorang panglima Muslim yang mampu menguasai wilayah luas Afrika Utara pada separuh kedua di abad pertama Hijriyah. Bersama 10.000 orang pasukannya, Uqbah menaklukan Afrika dan mengalahkan musuhnya. Wilayah yang berhasil ia taklukkan meliputi Aljazair, Tunisia, Libya, dan Maroko hingga ke pantai Atlantik, kecuali Mesir yang ditaklukkan Amr bin al-Ash. Rombongan Abuya menjejak sejarah Uqbah bin Nafi.
Doa Uqbah untuk kota Qairawan: Uqbah bin Nafi berdoa, “Ya Allah, penuhilah kota ini dengan ilmu dan fiqh. Ramaikanlah dengan orang-orang yang taat dan beribadah kepada-Mu. Jadikanlah kota ini sebagai kebanggaan agama-Mu. Tinggikanlah Islam dengan kota ini”. Beliau telah membangunkan tapak asas kota Qairawan.


Abuya membawa Habib Assasi yang berasal daripada Tunisia ke Malaysia. Beliau mempunyai kelebihan suara yang sedap. Abuya dedahkan Habib Assasi tentang Malaysia. Sepanjang beliau berada di Malaysia sempat dia mengajar bahasa Arab dan melatih hadrah yang sangat popular di Tunisia. Cara pendedahan yang dilakukan oleh Abuya adalah praktikal dan berkesan untuk memindahkan ilmu dan perkembangan dakwah di tempat lain ke Malaysia. Gejala ada dua bentuk, ada yang nampak di mata dan ada yang tidak nampak di mata. Yang nampak di mata dilakukan oleh rakyat jelata iaitu mereka golongan bawahan yang tidak ada kuasa dan tidak ada kedudukan di dalam negara. 


Gejala yang nampak di mata adalah seperti berlepak-lepak, pergaduhan, sosial yang di luar batas, dadah, vandalism, gangsterism, melawan guru dan melawan ibu bapa.Gejala yang tidak nampak di mata pula dilakukan oleh golongan atasan iaitu mereka yang biasanya ada kuasa dan ada kedudukan di dalam masyarakat dan negara. Gejala ini berlaku di tempat-tempat eksklusif, tempat-tempat tertutup di mana ada pengawal dan penjaga.Gejala-gejala itu lebih besar lagi daripada yang dapat dilihat 
oleh mata seperti ekonomi runtuh, negara tergugat, politik merbahaya, mungkin musuh boleh campurtangan di dalam negara. Gejala-gejala yang tidak nampak di mata adalah seperti rasuah, tidak ada semangat bekerja, wang negara disalahguna, klik-klik dan kroni-kroni diberi peluang istimewa. 


Projek-projek di tangan mereka, orang yang berkuasa berlindung di sebalik orang yang diberi projek untuk peribadi mereka. Di antara orang yang berkuasa dan yang diberi projek ada perjanjian-perjanjian yang tidak nyata. Belum lagi maksiat-maksiat seperti zina di tempat-tempat eksklusif, perempuan-perempuan simpanan oleh setengah orang penting negara. Mungkin juga kerana wang rahsia negara pun dijual kepada musuh negara. Gejala ini tidak nampak tapi buruknya amat merbahaya. Gejala ini yang merosakkan negara payah hendak dibaikpulih kerana ia terjadi oleh orang yang berkuasa. Di setengah negara kerana kemarahan rakyat, berlakulah demostrasi setiap masa. Lagilah negara dan rakyat bertambah rosaknya dan huru-hara, keamanan tergugat, ekonomi bertambah musnah dibuatnya. Amat dahsyat dan buruk sekali dikeranakan gejala yang tidak nampak di mata.


Gejala yang nampak di mata hanya gangguan-gangguan dan kesusahan-kesusahan biasa yang adakalanya rakyat pun boleh memberi kerjasama menanganinya. Gejala yang tidak nampak di mata rakyat susah campurtangan menanganinya. Hanya Tuhan sahajalah yang campurtangan yang boleh menyelesaikannya. Ini sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi ramai orang tidak mengetahuinya. Ini berlaku adalah hukuman Tuhan kepada mereka yang derhaka dan sama-sama kena hukum di dunia lagi kerana dosa-dosa mereka. Gejala yang nampak di mata adalah hukuman kepada mereka yang membuat angkara yang tidak nampak di mata. Gejala yang tidak nampak di mata adalah sebagai hukuman kepada rakyat jelata yang derhaka. Begitulah caranya hukuman Tuhan di dunia kepada hamba-hamba-Nya yang derhaka. Kalau tidak insaf dan tidak bertaubat hukuman di Akhirat adalah Neraka.


Kalau satu generasi itu, apabila lahir sahaja disatu zaman, membesar di zaman itu dan melihat masyarakatnya sudah terlalu kusut di semua aspek, semua golongan sudah rosak, yakni sebagai contoh, sudah wujud krisis, pepecahan, jatuh menjatuhkan, sudah wujud pendedahan aurat, dadah, sumbang muhram, jenayah yang berbagai bentuk, pergaduhan, perkelahian dan peperangan di mana-mana, biasanya generasi yang hidup di waktu itu, secara umumnya, sudah tidak pandai menilai lagi penyakit masyarakat itu dari mana datangnya, dari mana sumbernya, siapa yang membawanya dan bila ia mula berlaku. Ini antara fikiran umum waktu itu. Biasanya generasi ini, kalau lahir sahaja, sudah begitu rupa masyarakatnya, maka setidak-tidaknya ada 3 kategori masyarakat dalam menilai dan berhadapan dengan situasi masa itu.


1. Golongan yang tidak susah hati dan boleh menerima keadaan itu
Golongan ini yang paling ramai. Mereka tidak susah hati dan boleh menerima keadaan. Seolah-olah apa yang berlaku itu sudah jadi satu budaya. Kalau orang hendak dedah aurat, dedahlah. Orang hendak bergaduh, bergaduhlah. Ikut sahaja apa yang dicorak oleh masyarakat. Kalau masyarakat penipu, dia pun tipu sama. Kalau masyarakat jahat, dia pun jahat sama. Kalau masyarakat khianat, dia pun khianat sama. Kalau masyarakat amalkan rasuah, dia pun rasuah sama. Begitu juga kalau masyarakat jatuh menjatuhkan, dia pun kalau berpeluang, buat juga. Sudah begitu keadaannya. Dia lahir sahaja, hidup masyarakat sudah begitu. Seolah-olahnya, budayanya sudah begitu. Ikut sahaja lah. Ini satu golongan. Bahkan golongan ini yang paling ramai.


2. Golongan yang rasa sedih berhadapan dengan situasi itu
Golongan ini tidak boleh terima apa yang sedang berlaku. Bukan begini masyarakat Islam. Masyarakat yang tidak ada harmoni dan kasih sayang. Menakutkan dan membimbangkan. Ini golongan yang kedua. Golongan ini, walaupun tidak terpengaruh dengan suasana masyarakat tetapi tidak ada cita-cita hendak membaikinya. Kalau dia tidak tahan, dia carilah tempat-tempat yang dia agak boleh selamat. Dia memencilkan diri dan bawa diri. Kurang berada di tengah masyarakat. Ini golongan yang kedua. Golongan ini sangat sedikit.


3. Golongan yang tidak boleh menerima keadaan masyarakat, bercita-cita dan berusaha membaikinya. Golongan ini tidak boleh terima keadaan masyarakat yang begitu rupa. Bukan begini yang dibuat oleh Rasulullah. Bukan begini berlaku di zaman salafussoleh. Bukan begini masyarakat yang Tuhan hendak. Datang satu cita-cita dan kemahuan yang kuat untuk baiki semula masyarakat Islam yang sudah rosak. Dia pun mencari kawan-kawan yang sealiran lalu menyatu padukan kawan-kawan yang seiya sekata. Kemudian dia susun barisan perjuangan, datang ke tengah mastarakat, berdakwah, memberi ilmu dan pendidikan untuk pulihkan semula masyarakat yang sudah begitu kronik. Ini golongan yang paling sedikit. 


Ini golongan yang ada cita-cita. Biasanya, kalau masyarakat itu sudah di puncak kronik penyakitnya, orang yang ada cita-cita begini, mesti bermula dari seorang pemimpin yang yang mengumpul kawan-kawannya yang juga ada cita-cita, datang ke tengah masyarakat untuk membaiki semula masyarakat yang sudah rosak. Biasanya bila di kemuncak kejahatan, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu, kalau waktu ada Rasul, maka Rasul-lah. Kalau waktu itu sudah tidak ada Rasul, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu ialah mujadid. Mujadid datang 100 tahun sekali yakni di setiap awal kurun Hijrah.


Bila satu generasi itu melihat gambaran hidup yang saya telah katakan tadi, mereka yang sedar dan insaf, yang hendak membaik pulih semula masyarakat Islam yang telah rosak, dia mesti mengkaji, dari mana sumbernya penyakit ini, bila bermulanya dan siapa pencetusnya. Jadi pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, pasti Tuhan beri dia faham. Di antara yang Tuhan fahamkan, ada dua sebab terbesar mengapa masyarakat itu jadi begitu, sudah begitu dirosakkan. Kebanyakan orang tidak tahu sumbernya. 


Pemimpin yang ditunjuk Tuhan itu, dia dapat melihat mengapa masyarakat itu jadi sampai begitu rupa. Pemimpin yang dipimpin oleh Tuhan, dia sempat melihat apa yang disebut oleh hadis yakni bila masyarakat itu sudah begitu rosak, ada dua sebab terbesar yakni ada dua golongan penting dan berpengaruh di tengah masyarakat sudah rosak iaitu ulama dan pemimpin. Ini memang dijelaskan oleh hadis. Ada dua golongan manusia yang apabila mereka baik, maka baiklah masyarakat. Tetapi apabila dua golongan ini rosak, maka rosaklah masyarakat. Mereka ialah ulama dan pemimpin.


Golongan yang pertama adalah ulama. Bila ulama sudah rosak, oleh kerana dia adalah contoh maka rosaklah rakyat. Ulama ibarat benteng masyarakat. Bila benteng rebah, masyarakat ikut rebah. Yang kedua adalah pemimpin. Pemimpin itu ada berbagai-bagai peringkat. Samada bertaraf negara, bertaraf bangsa, bertaraf etnik, bertaraf jemaah atau bertaraf puak, pokoknya dia pemimpin. Pemimpin itu adalah bayangan masyarakat. Pemimpin adalah orang yang disegani dan berpengaruh di kalangan masyarakat. Apabila dia rosak, mudah sahaja masyarakat rosak. Bila pemimpin semua peringkat sudah rosak, maka rosaklah masyarakat.


Dari sini baru kita faham, bila masyarakat itu rosak, puncanya bukan dari masyarakat tetapi ia adalah berpunca dari dua golongan ini iaitu ulama dan para-para pemimpin. Ini diberitahu oleh Tuhan melalui lidah Rasulullah SAW. Hadis juga beritahu, sebab yang kedua mengapa berlakunya kerosakan masyarakat adalah kerana umat Islam ini sudah cinta dunia dan takut mati untuk Tuhan. Untuk dunia, umat Islam sanggup mati. Untuk pangkat, sanggup mati. Untuk duit dan untuk perempuan, sanggup mati. Tetapi untuk Tuhan, tidak. Jadi faktor kedua ialah cinta dunia dan takut mati. Bila cinta dunia, ertinya tidak cinta Tuhan. bila cinta dunia, ertinya tidak takut Tuhan. Bila tidak takut dan tidak cinta Tuhan, ertinya jati diri umat Islam sudah roboh. 
Rohnya sudah kiamat. Sudah terdedah kepada segala maksiat. 


Bila tidak takut dan cinta Tuhan, seolah-olah hati itu sudah ternganga untuk menerima berbagai-bagai kejahatan. Bila begitu keadaannya, musuh ambil peluang. Yahudi ambil peluang setelah mereka faham jati diri umat Islam sudah tumbang. Maka Yahudi masukkan berbagai perkara negatif seperti bahan-bahan lucah, bahan-bahan yang boleh merosakkan akhlak, perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu jahat, sesuai dengan hati umat Islam yang sudah terdedah kepada kejahatan kerana tidak takut dan tidak cinta Tuhan lagi. Orang Yahudi ambil perhatian. Orang Islam tidak ambil perhatian. Termasuklah para ulama. Orang yahudi menunggu. Dari masa ke masa dia baca umat Islam. Bila dia lihat umat Islam sudah cinta dunia dan takut mati. 


Maka setelah musuh melihat umat Islam lalai dari situlah dia masukkan berbagai perkara negatif untuk rosakkan iman, rosakkan akhlak, rosakkan nafsu dan perpaduan umat Islam. Akhirnya makan masa beratus tahun, maka terjadilah masyarakat sebagai mana yang saya gambarkan tadi. Bila satu generasi itu lahir-lahir sahaja sudah berada dalam masyarakat yang tidak sihat itu, mereka tidak tahu apakah puncanya. Dengan kasih sayang Tuhan, Dia tidak biarkan keadaan itu berlama-lama. Maka Tuhan lahirkan seorang pemimpin.Begitulah yang disebut oleh Rasulullah. Sebab itu Rasulullah pesan, waktu ini kena cari walaupun terpaksa susah payah dan berkorban. Bila jumpa, wajib ditaati. Begitulah anjuran Allah melalui lidah Rasulullah SAW. Malangnya umat Islam lupakan pesanan hadis. Dia terpengaruh dengan pejuang-pejuang yang ada. Terpengaruh dengan politik, dengan militan, terpengaruh dengan ajaran-ajaran ekonomi yang ada hingga terlupa pesanan Allah melalui lidah RasulNya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N