Langkau ke kandungan utama

KEMBALIKAN ROH ISLAM.


SEMBAHYANG MAMPU MENGEMBALIKAN ROH ISLAM SEMULA.


Perjuangan kebenaran itu mengembalikan roh Islam semula. Selama ini Yahudi telah mencabut roh Islam dari umat Islam. Roh Kebangkitan pertama oleh Rasulullah kena di kembalikan semula pada kebangkitan kedua ini. Perjuangan Islam sebenar bersifat rohiah, ghaibiah atau maknawiah. Semua rukun iman yang wajib kita imani dan perjuangkan bersifat ghaibiah. Tidak ada satu pun rukun iman di ukur dengan pertimbangan logik.Sifat kebenaran dari dulu hingga sekarang tetap sama. Kerana iainya dari Tuhan yang sama. Hanya tempatnya sahaja yang berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama.


Terutamanya paling utama kita kembalikan solat atau sembahyang sebenar. Pada sembahyang itu 
ada satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan roh manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, 
ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari sembahyang nya atau solatnya tetapi dengan syarat, mesti ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati. Bagi mudah fahami kita buat tamsilan. Apapun produk ubat atau 
makanan kesihatan yang mudah untuk di yakini bila di sertakan dengan testimoni. Begitu jugalah 
solat yang benar benar menyembuhkan penyakit rohani kita akan mudah yakini dan hayati bila 
ada testimoninya juga.


Apapun produk ubat atau makanan kesihatan yang mudah untuk di yakini bila di sertakan dengan testimoni. Begitu jugalah solat yang benar benar menyembuhkan penyakit rohani kita akan mudah yakini dan hayati bila ada testimoninya juga. Bila kita bawakan contoh solat atau sembahyang Abuya,bukanlah bereti kita menafikan keagungan solat Rasulullah. Jadi? Bila kita kata bagusnya ceramah Ustaz itu...Apakah kita maksudkan ceramah dia lagi bagus dari kata-kata Rasulullah? Tidak bukan? Kan? Nabi Muhammad Nabi akhir zaman itu kekallah idola atau uswah hasanah untuk kita disepanjang zaman. Namun kita ditakdirkan tak dapat melihat Nabi kita dengan fiziknya. Kita tak tau Nabi makan macamana,Nabi tidur macamana,Nabi gelak,Nabi marah.. Kita tak tau. Kita hanya tau melalui buku buku sejarah Islam yang kita baca. 


Membaca sejarah samakah dengan mengharungi sejarah? Atau setidaknya memahami sejarah! Sejarah Negara tanah tumpah darah kita yang ditulis dalam bahasa melayu,diajar dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah dan seterunnya itu pun bukan semua orang mampu menguasai sejarah. Sebab tu disebutkan ulama pewaris Nabi. Ulama (sepatutnya) ialah orang yang dapat menyalin peribadi Nabi atau disebut juga bayangan Nabi untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Sunnah Nabi,cara hidup,lebih-lebih lagilah solat! Bukankah solat itu amalan yang mula mula ditanya diakhirat?
Kita sedang bahaskan bagaimana nak betulkan solat ni! Solat yang menjadi kayu ukur pada semua amalan lain. Solat pula Allah tak tengok pada kuantitinya,tetapi kualiti hatilah yang diperhati. Solat tu fizikal je ke tonggak tonggek? Yang tu rasanya semua orang boleh buat. 


Bila solat jumaat tu banjir masjid sampai terkeluar-keluar kat jalan. Tu kat Masjid Haram tu lagilah belambak. Namun hati belum tentu dapat ikut bersembahyang. Sembahyang bukan syariat lahir,tapi hatilah yang patut jumpa Allah. Kenapa sahabat sembahyang sampai hangit-hangit bau hati mereka? Begitu sekali ketakutan mereka kepada Allah!. Kita solat juga tapi takde apa yang hangit. Bau ketiak berpeluh adalah!! Bila kita solat,tapi tak dapat takut Allah pun macam para sahabat tu,betulke kita solat tu jumpa Allah? Atau kita macam orang pergi istana tapi tak dapat masuk jumpa raja? Kalau orang jumpa raja dapat hadiah macam-macam,kita jumpa raja balik perut lapar. Betulke kita jumpa raja? Cuba kita renung-renung balik. Kenapa ada orang sembahyang,peribadi makin baik,hati makin halus dengan Tuhan,akhlak meningkat,cara hidup fulltime dengan islam. 


Tapi ada orang sembahyang dan memang majoritinya,lepas solat makin jahat! Sistem islam 
tak terbangun pun. Tetaplah ikut cara Yahudi. Kenapa? Betulke solat ummat islam sekarang 
ini memang jumpa Allah? Kalau tak jumpa,bernilai ke solat tu? Ada harga ke? Dan hal pertama 
yang mesti dijadikan contoh sudah tentulah sembahyang yang merupakan titik tolak segalanya. 
Bukan melihat sembahyang sekadar tonggang tonggenknya saja. Itu hanya fizikal saja. Tuhan 
tidak hanya melihat rupa lahir saja. Apa yang lebih penting Tuhan perhatikan apa yang ada
didalam hati kita ketika sembahyang. Kita kena pastikan sembahyang berfongsi sebagai pusat pendidikan sembahyang sebagai pusat latehan kemahiran, sembahyang sebagai pusat
 hiburan, sembahyang sebagai pusat motivasi dan sebagainya. Bagi mempastikan
sembahyang yang sebenar sehingga benar benar berperanan mulakan dengan niat. 
Mari kita betulkan niat kita kerana niat ini adalah penting dalam setiap amal bakti kita itu diterima 


sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Di antara niat niat yang baik yang pasang pada diri kita ialah dalam kita hendak mendirikan sembahyang hendaklah kita ingatkan bahawa ia adalah menjadi satu tuntutan syariat. Bukan hendak ambil hati mak mertua dan sebagainya. Kemudian, niat yang kedua yang elok kita pasang pada diri kita ialah kita menuntut fardhu ain ini adalah dengan tujuan membebaskan diri
kita daripada kegelapan atau kemungkaran. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah kemungkaran. Supaya dengan sembahyang kita keluar dari kegelapan kepada alam keterangan.
Sebabnya, sembahyang itu Tiang Agama. Bagi sebuah rumah dimana kita nak letakkan bumubung 


kalau tak ada tiang. Bagaimana dengan dinding dimana kita nak sandarkan kalau tak ada tiang. Begitulah dengan amalan amalan yang lain kaitannya dengan sembahayang. Orang yang sebenar benar sembahyang adalah orang yang berjaya membena kehidupannya di dunia lagi. Seterusnya, niat kita yang ketiga ialah, kita bersembahyang dengan azam baru dengan tujuan agar kita dapat melaksanakn apa yang kita fahami dari sembahyang yang dilakukan sebagai panduan hidup kita di semua aspek dan semua bidangnya agar kita tidak tersesat di dunia ini dan agar kita terlepas daripada penderitaan Tuhan di alam neraka nanti. Dan di antara niat yang baik yang elok juga ada pada diri kita ialah, kita berkongsi apa yang kita dapat dari sembahyang iaitu kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kita dapat berkhidmat, kita dapat menghiburkan orang lain. Inilah di antara azam yang mesti kita pasang dalam setiap kali melakukan sembahyang kita agar diluar sembahyang kita ini ada kaitan kepadaAllahSWT. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N