Langkau ke kandungan utama

GELANGGANG IKHWAN

MASYARAKAT ADALAH GELANGGANG IKHWAN


Islam itu cantik dan indah. Model keindahan Islam di akhir zaman sudah tiada. Hilanglah cantik dan indahnya amalan Islam ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga orientalis, inilah kesempatan bagi mereka untuk menekan, mencemoohkan dan menghinanya. Di akhir zaman ini, dimana kita tidak berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan tidak pernah hidup bersama baginda, tetapi kita diberi peluang untuk menghidupkan sunnah Rasulullah, termasuk diantaranya mengamalkan sunah Nabi. 


Bahkan ganjaran bagi satu sunnah yang sudah dilupakan orang ialah 100 pahala mati syahid. Malah Rasulullah pernah menggambarkan, dikala kemerosotan iman berlaku diakhir zaman, wujud sekelompok manusia bergelar ikhwan. Mereka inilah kumpulan manusia yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasulullah. Bergelanggang di Tengah masyarakat sebenarnya merupakan proses tarbiah dan didikan yang cukup hebat. 


Dari cabaran bergelanggang di tengah masyarakat timbul kekuatan-kekuatan lain. Melalui berdakwah ditengah masyarakat tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang dapat menguatkan kita. Contohnya berani, yaitu berani berhadapan dengan tanggungjawab yang diberikan oleh masyarakat.Bila berdepan dengan masyarakat dan kita lihat ada yang melanggar syariat Tuhan ini menguji kesanggupan kita untuk membetulkannya.  


Berani berdepan dengan prilaku dan perasaan mereka dan berani berhadapan dengan keluarga dan masyarakat. Bahkan ampun maaf, ramai pendakwah  yang hanya menyampaikan tetapi tidak berani membetulkan kesilapan yang berlaku dalam masyarakat. Tidak sanggup bergelanggang ditengah masyarakat karena takut dengan mereka. Takut hilang pengaruh, takut dibenci dan macam-macam perasaan takut yang bemain dihati kita dan lain-lain lagi. 


Antara sifat lain lagi yang dapat dibina melalui bermasyarakat  ialah sabar. Masyarakat menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam prilaku dan perasaan mereka. Pendakwah atau pemimpin akan terlatih bagaimana hendak berpsikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang dapat membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spritual. Hati dan roh kita akan terproses sehingga benar-benar dapat Tuhan. 


Gelanggang yang membangunkan insaniah kita. Seolah-olah gelanggan ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal, fizik, hati dan nafsu kita.Masyarakat merupakan gelanggang ujian kepimpinan, kesabaran, mujahadah, keadilan serta kejayaannya berteraskan kemantapan keyakinan, minda, ibadah serta tujuan yang jelas dan tepat yang menjurus kepada mendapatkan redha Tuhan. Oleh itu seseorang yang berjaya melalui ujian bermasyarakat dia akan matang.


Melalui ujian dan tentangan masyarakat yang memang sangat sulit dan sukar, baik kepada masyarakat maka untuk memiliki kekuatan yang lain akan jadi lebih mudah. Seperti ibadah peribadi yang tidak melibatkan orang lain. Membawa masyarakat mencintai Tuhan dan Takutkan api neraka adalah bahan atau modal yang diguna pakai dalam berdepan dengan masyarakat. Akhirnya tercetus satu masyarakat yang berhasil membuktikan keindahan syariat Tuhan iaitu berkasih sayang  dan bertolong bantu dalam kehidupan bermasyarakat. Maka sudah tentulah "etnik" ini mempunyai satu kekuatan luar biasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N