Langkau ke kandungan utama

SALAH DIDIKAN PUNAH BANGSA.



Gabungan rumahtangga yang harmoni inilah akan membentuk sebuah masyarakat Islam yang harmoni. Seterusnya gabungan masyarakat yang harmoni ini pula akan terbangun sebuah daulah Islamiah. Barulah kita sedar sekarang sebenarnya masalah yang dibuat oleh anak-anak bukan berpunca dari diri mereka tetapi berpunca dari masalah kedua ibu bapa mereka yang tidak dididik secara Islam. Persiapan perlu dibuat dari awal lagi agar hasilnya benar-benar memberi hasil yang lumayan. Umpama seorang petani yang hendak menanam padi. Tanpa disemai, dikawal, dijaga benih tersebut, mana mungkin boleh memberi hasil padi yang banyak. Ditakuti padi tak berisi (sambang). 


Atau kerana tak jaga, padi dimakan burung. Justeru itu pendidikan anak-anak harus difikirkan dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menanamkan rasa takut dan cinta kepada Tuhan sejak mereka kecil lagi. Di dalam ajaran Islam manusia itu boleh jadi dewasa (baligh) paling cepat 9 tahun, paling lambat 15 tahun. Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 -15 tahun. Maksud dewasa di sini bukan sahaja fizikalnya atau tubuh kasarnya bahkan keempat anasir di dalam badan ikut dewasa sama akalnya, nafsunya dan rohnya. Buktinya fizikal manusia setelah dewasa sekalipun berumur 9 15 tahun jika dia berkahwin sudah ada nafsu dan boleh dapat anak. 


Akal ikut dewasa kalau mendapat pendidikan yang tepat. 9 15 tahun sudah boleh menjadi alim dan orang yang bertanggungjawab bahkan boleh menjadi profesor atau doktor falsafah, boleh hafaz Al Quran, dan hafaz ribuan Hadis. Begitu juga nafsunya akan ikut dewasa jika dididik dengan betul dan tepat. Berumur 9 15 tahun seseorang boleh memiliki setidak-tidaknya mendapat nafsu mulhamah. Seterusnya roh manusia boleh dewasa mengikut tubuh kasarnya dewasa. Berumur 9 -15 tahun kalau cukup asuhannya, rohnya boleh menjadi bercahaya dan boleh mendapat hidayah dan dapat firasat dari Tuhan dan boleh menjadi orang bertaqwa. Selama ini yang sangat dijaga jasad lahirnya sahaja, tiga anasir lagi tidak diendahkan. Ia diberi makan yang cukup, dijaga kesihatannya, dijaga kesuburan pertumbuhan badannya. Maka badan lahirnya pun segera subur dan dewasa.


10 atau 12 tahun dia sudah baligh atau matang. Malangnya tiga anasir lagi dibiarkan tidak dididik, bahkan tidak dipedulikan iaitu akal, nafsu dan rohnya. Oleh yang demikian seseorang itu sudah tidak seimbang lagi di dalam dirinya. Di waktu badan kasar dewasa, badan halus atau rohaninya tidak dewasa, bahkan masih bersifat keanak-anakan. Akal, nafsu dan rohnya masih keanak-anakan, badan kasarnya sudah boleh melahirkan anak dan boleh menjadi ibu dan bapa. Jasad lahirnya sudah boleh membuat tugas besar, jasad batinnya belum mampu bertugas besar dan penting akibat daripada sistem pendidikan yang tidak tepat dan tidak seimbang. Di samping para pendidik, ibu bapa, guru-guru, penjaganya tidak faham mengimbangkan empat anasir di dalam diri manusia. 


Maka terjadilah empat anasir di dalam diri manusia tidak serentak dewasa bersama tubuh kasarnya. Yang punya diri pun rugi, negara dan bangsa pun ikut rugi kerana manusia itu adalah aset negara dan bangsa. Cara umat Islam belajar di zaman ini sudah tersalah dan tersilap. Mereka mendapat ilmu sangat terbatas. Ilmu hanya didapati di tempat pengajian atau di sekolah rasmi semata-mata.Padahal di sekolah hanya ilmu teori bukan praktikal untuk kehidupan sehari-hari manusia. Inilah akibat sistem pelajaran yang salah dan tidak berhati-hati dilagang. Belajar di luar sekolah di dalam kehidupan tidak dapat sijil dan ijazah tidak perlu ambil pelajaran dan perhatian lagi. Hanya sanggup belajar semata-mata di mana boleh dapat tauliah kalau tidak tak payah. Padahal ilmu lebih banyak lagi dapat dari kehidupan bukan dari sekolah dan di pengajian tinggi. 


Belajar dengan mendengar, melihat berbagai-bagai perkara kalau diperhati lebih banyak dapat daripada di sekolah dan di institusi. Pergi melihat laut, pandang dengan bersahaja tidak dapat apa-apa. Melihat kehidupan nelayan, pandang tanpa membaca tidak dapat pelajaran darinya. Melihat gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara tidak dapat pelajaran memandangnya kerana pergi itu semata-mata berhibur bukan hendak mengetahui kejadian dan sifat-sifatnya maka tidak dapat apa-apalah.Pergi ke padang pasir melihat kehidupan orang-orangnya pandang bersahaja tidak pun mengambil pelajaran daripada kehidupan mereka, tidak dapat ilmulah darinya. Pergi hanya buang-buang masa yang dapat hanya letih sahaja adakalanya pergi secara escapism, mengubat jiwa yang derita. Maka tentulah tidak dapat pelajaran daripada melihatnya. 


Pergi ke bendang dengan kehidupan orang-orangnya tidak pun diperhati dengan akal hingga dapat pelajaran darinya hanya pandang dengan mata semata-mata tidak pun difikirkan apa yang dilihat tidak dapat pelajaranlah darinya.Pergi ke kampung, pergi ke pekan, juga ke bandar pandang tidak mengguna otak bagaimana cara hidup, budaya mereka tentu tidak sama, mengapa tidak sama, mesti ada jawapannya jika mengguna otak kita pergi hanya dapat berhibur melihat semata-mata, rahsia kehidupan mereka tidak dapat dibaca. Padahal kalau dilihat dengan akal banyak ilmu dan pelajaran daripada kehidupan mereka. Begitulah kalau dasar pelajaran dilagang dengan tujuan semata-mata matlamat makan gaji. Mana yang tidak ada kena-mengena dengan makan gaji apa yang dilihat tidak diambil peduli. Ilmu macam ini tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran negara. 


Kalau periksa tidak akan dipersoalkan apa perlu diambil perhatian, yang dipentingkan apa yang dipelajari sahaja di dalam peperiksaan dipersoalkan. Siapa yang berjaya mendapat kelulusan yang tinggi dapat pujian. Setakat itu sahajalah yang dikatakan oleh para pemimpin dan guru cemerlang, gemilang dan terbilang. Ilmu-ilmu tambahan selain di sekolah tidak diberatkan dan tidak digalakkan seolah-olah ilmu itu semata-mata di sekolah dan di tempat pengajian. Kerana itulah kelulusan tinggi ilmunya singkat sekali tidak boleh diharapkan. Ilmu hanya dapat di pengajian tinggi selain itu tidak dapat ilmu kerana tidak ambil peduli.Kemudian mengharapkan bangsa maju, cemerlang gemilang dan terbilang. 


Ilmu tidak boleh semata-mata diikatkan dengan makan gaji tidak kena-mengena pun dengan makan gaji, ilmu kenalah kaji dan dicari. 
Sumber ilmu bukan semata-mata di tempat belajar dan mengaji kalau kita suka mengkaji dan menggali, ilmu di mana sahaja boleh didapati. Orang Melayu konsep menuntut ilmu sudah disalah erti. Ilmu dicari hanya sekadar untuk keperluan makan gaji, ia adalah satu pandangan dan fikiran yang sudah basi. Kalau dari kecil sudah salah terima pengajaran dan didikan.Pengajaran dan didikan tidak lagi bertunjangkan iman dan ketuhanan maka manusia akan tersalah berfikir,jiwa manusia akan rosak fitrahnya. Dirosakkan oleh cara berfikirnya sejak dari kecilnya. Apabila fikrah sudah sebati dengan keyakinan yang tidak bertunjangkan iman, jiwa pula hitam dengan mazmumah disebabkan ajaran yang diterimanya. Kalau ia menjadi pengajaran dan didikan rakyat umum. 


Aduh, punahlah satu bangsa di dalam sebuah negara. Punahnya memakan masa paling tidak puluhan tahun kalaupun tidak ratusan tahun. Jika ia telah menjadi fikrah dan jiwa satu bangsa bukan senang hendak dipulihkan semula. Biasanya ia akan pulih manakala Allah Taala utuskan di kalangan mereka pemimpin yang dijanjikan atau pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan. Kerana itulah setiap pendidikan dan pengajaran yang hendak dijadikan warisan bangsa hendaklah berhati-hati dan penuh teliti. Kerana kalau tersilap dari mula mengasaskannya, oleh kerana kesilapan pemimpin-pemimpin bangsa itu. Rosak binasalah bangsa itu hingga beberapa generasi hendak membetulkannya semula terpaksa makan masa berpuluh atau beratus tahun lamanya. 
 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N