Langkau ke kandungan utama

UNIVERSITI TERTUA DI DUNIA.


( kompleks Jamiah Qarawein ).


Mengimbau XPDC bersama Abuya ke Moroco atau Maghribi pada tahun 1988. Sepanjang bermusafir dengan Abuya di isi dengan ilmu dan maklumat. Banyak ilmu hikmah yang dikongsikan oleh Abuya bersama rombongannya. Penulis salah seorang peserta rombongan juga berkesempatan bertemu dengan tokoh-tokoh Islam dan menjejak kesan sejarah di Maghribi. Ulama -ulama di sana berkongsikan dengan kami bahawa kebangkitan Islam kali kedua adalah dari timur iaitu secara khususnya adalah dari Malaysia. Mereka mengatakan kepada kami kenapa kamu datang ke sini sedangkan Islam bangkit dari tempat kamu. Di antara ulama yang kami temui Prof. Dr. Abdul Salam Harras, Syekh Abdullah Ghannun, Syekh Abdullah Al Ghumari pakar hadis dan adik beradiknya juga ulama. Negara Maghribi dan Iraq banyak melahirkan tokoh-tokoh bertaraf dunia. 


The University of al-Qarawiyyin, (Arabic: جامعة القرويين ). Merupakan sebuah universiti yang tertua di dunia iaitu pada tahun 859. Bertempat di Fes Moroco.Iaitu University Al-Qarawiyyin. Berdirilah University Al-Qarawiyyin sebagai universitas tertua di dunia yang menawarkan kesarjanaan. Hal ini diakui oleh Guinnes Book World of World Records pada tahun 1998. Sebelumnya, majalah Time edisi 24 Oktober 1960 menyebut obor Renaisans berasal dari Fez, Maroko. Gerbert of Aurillac sebelum menjadi Paus Sylvester II, sempat menimba ilmu di universitas ini. Ia mempelajari matematik  dan pada akhirnya memperkenalkan penggunaan nombor dan angka Arab ke Eropah. Maghribi juga malahirkan tokoh-tokoh wanita bertaraf dunia. 


Sejarah telah mencatatkan bahawa kebangkitan Islam kali pertama yang berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W. bersamanya ilmu dan akhlak. Selain mendapat pertolongan Allah secara lahiriah mahupun ghaibiah, kebangkitan Islam pertama tidak boleh dipisahkan dengan ilmu yang disampaikan dari Allah kepada Rasulullah, itulah wahyu namanya. Wahyu itu yang kini tercatit sebagai Al-Quran, panduan dan rujukan buat umat Nabi Muhammad S.A.W. Buah kepada ilmu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, lahirlah akhlak yang mulia. Akhlak yang agung ini menjadikan peribadi seseorang itu mulia bersamanya. Kerana akhlak inilah ramai para sahabat yang masuk Islam. Islam itu indah, kerana penganutnya mempunyai akhlak yang baik dan mulia.


Kebangkitan Islam kedua juga pasti mengulangi yang pertama. Bezanya dulu Nabi Muhammad membantu dengan fizikalnya, kali ini fizikalnya tiada tetapi bantuan diberikan melalui roh baginda S.A.W., sepertimana roh baginda datang membantu para mujaddid terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Nawawi, khalifah Umar Ibnu Aziz dan ramai lagi. University of al-Qarawiyyin adalah pusat ilmu dan penuntut-penuntutnya datang dari seluruh penjuru dunia.
Casablanca, Morocco: “Saya ingin agar Casablanca memiliki sebuah bangunan yang besar dan indah serta dapat menjadi kebanggaan hingga akhir zaman .... "Saya ingin membangun sebuah masjid di atas air, karena tahta Tuhan terletak di atas air. Maka, orang-orang mukmin yang bersembahyang di sana untuk memuja Sang Pencipta sekaligus dapat merenungkan langit dan lautan kepunyaan Tuhan ini”. ( Raja Maghribi ). 


Seorang wali perempuan yang sezaman dengan Hasan Al Basri, namanya Rabi’ah Al-Adawiyyah. Nama lengkap Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah al-Basriyah atau dikenal juga dengan nama Rabi’ah Basri, merupakan sufi wanita beraliran sunni yang hidup pada masa dinasti Umayyah. Rabi’ah terkenal akan kezuhudannya atau ketidaktertarikannya pada nikmat dunia sehingga ia mengabdikan hidupnya hanya untuk beribadah kepada Allah. Kezuhudannya dikenal hingga ke Eropah dan membuat beberapa cendekiawan meneliti serta membuat buku berisi riwayat hidupnya.


Rabi’ah dilahirkan sebagai anak bungsu dari empat bersaudara. Keadaan keluarganya sangatlah miskin, tapi beruntungnya Rabi’ah memiliki otak yang cerdas dan taat beragama. Beberapa tahun setelah Rabi’ah lahir, ayahnya meninggal yang kemudian disusul oleh ibunya. Rabi’ah dan ketiga saudara kandungnya mejadi yatim piatu.
Pada saat Rabi’ah dan saudaranya mengembara akibat bencana alam dan kekeringan yang menimpa kota Basrah, Rabi’ah terpisah dari saudaranya dan kemudian diculik oleh penyamun. Para penyamun itu kemudian menjualnya kepada seorang pedagang yang kejam. 


Satu malam Rabi’ah bermunajat dan memohon agar dibebaskan 
dari pedagang tersebut, dan ia berjanji jika bebas nanti ia tidak 
akan pernah berhenti untuk beribadah kepada Allah swt. Doanya dikabulkan. Ketika Rabi’ah sedang solat malam, majikannya melihat ada lentera tergantung di atas kepala Rabi’ah tanpa ada tali 
sehelai pun. Pedagang itu langsung membebaskan Rabi’ah dan menawarkannya tempat tinggal serta biaya hidup. Tapi Rabi’ah menolaknya.Rabi’ah dicatat oleh dunia sebagai seorang sufi wanita yang cinta murni kepada Tuhan sebagai puncak dari tasawuf. Rabi’ah dijadikan panutan oleh para sufi seperti Al-Ghazali, seorang ulama besar, sehingga menjadikannya The Mother of the Grand Master atau Ibu Para Sufi Besar.


Fatima Al-Fihri (800-880 M)
Fatima lahir dari keluarga Fikri yang ruh utamanya adalah agama. Semenjak kecil Fatima tidak pernah belajar di luar rumah, semua pengetahuan yang ia miliki di dapat dari rumah. Fatimah bersama Maryam adiknya, dan keluarga besarnya pindah dari kota kelahirannya Kairouan di Tunisia ke Fez, Maroko. Di kota ini mereka sukses menjadi pedagang dan menjadi korporat  ternama. Meskipun kaya, tapi mereka tidak antisosial, sering menggelar kegiatan amal yang melibatkan kaum dhuafa. Sumbangan Fatima bagi masyarakat terutama dunia Islam yang paling terkenal adalah pendirian masjid Al-Qarawiyyin (al-Karaouine) yang rampung pada awal Ramadhan 245 H 
atau 30 Juni 859 M. 


Masjid yang terkenal dengan sebutan Jami’ as-Syurafa’ ini sangat strategik letaknya sehingga memungkinkan para sarjana dan cendekiawan datang dan mengkaji ilmu disana. Sementara itu, adiknya Maryam, mendirikan Masjid Al-Andalus yang nantinya kedua masjid tersebut mempunyai posisi dan peranan penting dalam penyebaran Islam di Maroko dan Eropa. Seiring berjalannya waktu, kajian ilmu yang dibahas di masjid Al-Qarawiyyin ini tidak sebatas agama saja, tapi tata bahasa, logika, kedokteran, matematika, astronomi, kimia, sejarah, geografi, hingga musik dan menarik perhatian para pelajar dari seluruh dunia. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N