Langkau ke kandungan utama

MENGISLAMKAN AKAL, ROH, DAN NAFSU



Hati manusia boleh ditajamkan dengan menyuburkan fitrah, dengan rasa kehambaan, rasa takut, rasa cinta, rasa bertuhan, rasa sayang, rasa bersama dan bekerjasama, pemaaf dan memberi maaf dan sebagainya. Perasaan ini adalah ikatan hamba dengan Allah, bila wujud hubungan antara hamba dengan Penciptanya, berlakulah keselamatan di dunia dan akhirat. Terima kasih Tuhan kerana perkongsian panduan ini masih Engkau izinkan lagi moga-moga dibaki masa ini Engkau Tuhan beri ilmu kepada kami supaya bertambah ilmu, iman dan taqwa. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita dapat ini semua, kita banyakkanlah bersyukur dengan Tuhan dan berselawat dengan Rasulullah SAW.


Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.
 (Al-Baqarah,2:208).


Insya-Allah ayat ini kita akan hurai dalam artikal ini mudah-mudahan akan jelas menjelaskan, hurai-menghuraikan. Ayat ini pendek sahaja. Tuhan kata hendaklah kamu masuk ke dalam sistem keselamatan semuanya sekali. Ayat ini sentiasa dibaca orang merata-rata, dibaca orang terutama pejuang Islam. Menjadi modal utama dalam kempen untuk menarik orang kepada perjuangan. Tapi ayat ini kepada negara kita tidak tolak, cuma cara pendekatan kita tolak, cita-cita untuk sempurnakan Islam itu sama. Tapi pejuang Islam terus fokus ke negara, cuba lihat Tuhan hendakkan kita tegakkan Islam secara syumul semua sekali, tak boleh ambil sembahyang, puasa sahaja. Jadi bahan kempen. Nakkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, itu slogan yang kita dengar. 


Kemudian mereka kaitkan lagi kalau dah tegak syumul dalam Negara, Tuhan akan datangkan rahmat dan berkat di dunia maka bangkitlah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Itulah natijah bila negara dapat tegakkan Islam secara syumul. Itu didengar dari pejuang Islam di mana-mana negara Islam seluruh dunia. Kita tidak setuju kenapa bermula dari negara, itu besar, sedangkan Tuhan mahu bermula dari diri. “Hendaklah kamu menjaga diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka.” Memang bermula dari diri, kemudian keluarga, negeri kemudian negara. Bertahap-tahap tapi tidak terus negara. Padahal apa-apa hal bermula dari satu, 2, 3, 100, 1000 mana boleh start dari 2 lebih-lebih lagi 100. Hal dunia apa pun bermula dari satu, betapalah hal Akhirat. Negara Islam tak akan dapat dicetuskan kalau tak tertegak negara Islam dalam diri. 


Sebelum ini ada artikal menjelaskan kalau kita ingin berlaku kesyumulan dalam negara tegak Islam dalam diri. Tegakkanlah Islam dalam diri akan tertegaklah Islam dalam negara. Dalam diri kerajaan lebih seni sedangkan dalam negara nampak, itu mudah. Tapi negara dalam diri ini banyak tersirat banyak tak nampak, terlalu seni yang nampak hanya anggota lahir iaitu satu aspek dari anggota. Ada yang tidak nampak iaitu akal, nafsu, roh tak nampak, benda tak nampak nak tadbir, didik, didisiplinkan, nak diajar senangkah? Kalau nampak bela kambing nampak senang. Dia makan, sakit, berjalan semua kita nampak. Tapi yang nak ditadbir tak nampak, yang nampak hanya tangan kaki dll, nak tadbir akal bermula dari dia, nak tadbir hati dan dari dia yang lain ditadbir. Nak disiplinkan akal bukan senang mesti cari ilmu cara Tuhan, disiplin ilmu dari Tuhan, orang nak beri ilmu dari Tuhan, kiyai dan tuk guru bertaqwa, menggunakan ilmu untuk Tuhan baru layak jadi pemimpin dalam negara. 


Senangkah? Segala-galanya tak nampak, kalau bukan dari Tuhan. Kalau akal dah sihat dah betul dah letak di tempatnya ada harapan. Belum tentu ada modalnya, ada akal, pemimpin maknawi sebab nak didik yang maknawi, pemimpin yang lahir tentu nak didik orang lahir. Tapi nak didik nafsu, perasaan ia bersifat rohani, tuk guru juga berjiwa rohani baru boleh. Kalau ini selesai, ada harapan seolah-olah nak jalan ke satu tempat ada kenderaaan, minyak dah penuh, ada driver dah sedap seolah ada harapan untuk sampai ke destinasi.Ini sampai sekarang, tak siapa yang layak jadi pemimpin, guru, yang nak memimpin nafsu, roh dan perasaan manusia. Sia-sia punya kerja, tak faham, nak berjuang cita-cita besar, tapi tak faham. 


Siapkan diri dulu baru siapkan kerajaan negara. Kesyumulan kepimpinan dalam negara bermula dari kepimpinan dalam diri. Sebab itu siapa ada cita-cita nak tegakkan negara Islam, maka kalau dia mampu menegakkan kerajaan diri secara syumul baru ada harapan. 
Kalau setiap orang begitu, kalau dua, 3, 4, 5 dah lahir jemaah berhadapan dengan masyarakat dan Negara, 5 orang pun dah syumul. Untuk mudah faham cerita benda maknawi dan tersirat ini mari kita lihat yang tersurat. Tak jadi yang besar kalau yang kecil tidak jadi. Tapi untuk mudah faham kita tengok yang besar dulu. Jadi pejuang Islam, selepas berkata mari tegakkan Islam yang syumul, maka terjadilah dua perkara: 


Negara yang aman makmur, maju, selesa kaitkan dengan Tuhan. Dapatkan pemerintahan itu kerana apa? Kalau berlaku sistem yang syumul dalam negara akan terjadi kemakmuran itu. Setelah dapat kemakmuran akan dapat keampunan Tuhan. Dapat keampunan Tuhan adakah kerana kemakmuran? fasal maju? sebab hidup yang selesakah? Dapat keampunan Tuhan kerana ada high way, jalan besar dan berlapiskah? Bukan! Itu hanya subsidi dari Tuhan, matlamatnya keampunan, kalau dapat keampunan jalan kaki pun tak apa, kalau dapat keampunan susah pun tak apa. Bukan kemakmuran, tapi untuk dapat keampunan itu alamat atau tanda masyarakat sudah baik, kalau tak bagi pun tak apa yang penting keampunan. Fahamkan itu dulu makmur dengan keampunan tak sama. Maju negara Tuhan ampunkan . 


Itu hanya subsidi, itu sebab tanda menunjukan hamba-Nya sudah ramai bertaqwa. Itu alamat atau tanda sahaja. Dalam negara yang penting keampunan, tapi tak makmur pun Tuhan beri juga, makmur pun Tuhan beri tapi bukan sebab makmur itu Tuhan beri . Ada setengah hal, terutama Rasw miskin papa, banyak Rasw susah tapi Tuhan ampunkan. Kalau sistem Islam dah syumul berlaku dua kemakmuran iaitu kemakmuran dalam diri dan kemakmuran dalam Negara.itu Di sini yang penting keampunan, kemakmuran dapat pun tak apa, tak dapat pun tak apa. Kita bawa kepada diri, nak faham diri kita tengok negara dalam diri. 


Setelah faham apa yang di depan kita, mari kita bawa kepada diri. 
Makmur dalam diri itu apa? Itu penting. Kalau makmur dalam negara, kalau dilihat jalanraya lebar, rumah cantik, besar itu lambang. Kalau makmur dalam diri apa lambangnya? Dalam diri mana ada kereta, mana ada jalanraya, mana ada kapalterbang dalam diri? Ini penting. Kalaulah berjaya kita tegakkan negara Islam dalam diri, berjaya membentuk otak sebagai pemimpin dalam diri, hingga nafsu jadi baik, ertinya orang jahat jadi baik kalau tak semua, 80% jadi baik, Rasul sahaja boleh buat 100%.


Ertinya 80 dalam diri boleh dibaiki begitu juga raja dalam diri termasuk kerani, raja datuk dll jadi baik setelah otak sebagai pemimpin itu baik. Kalau diri bertaqwa macam dikatakan tadi makmur (keampunan). 
Sekarang nak bahas makmur itu apa? Dalam negara ada kapal terbang, makan sedap dsb. Makmur dalam diri Tuhan dah jawab dalam Qur'an: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Dengan berzikir kepada Allah hati menjadi tenang. Yang dimaksudkan zikir itu adalah dengan merasai, memahami Allah, tawakal dan takut Allah, serah diri dengan Tuhan, hal dunia tidak takut, dunia tak menggugat hati, apa yang berlaku tak menyakitkan hati. Hanya takut hal Akhirat. 


Itu disuruh, hal dunia tak menggugat hati. Hati begitu akan tenang, lapang, indah, tak takut oleh dunia dan oleh musuh, hanya takut Tuhan sahaja. Itulah kemakmuran (thoiyibah). Macam makmur dalam negara tengok Mercedes hati lapang, ada Lexus lapang. Kalau fikir nak berjalan kena naik kereta lembu tak jadi hendak jalan. Jadi, kemakmuran dalam diri itu adalah tenang hati. Bila cinta Tuhan, takut Tuhan, rasa kehambaan, dunia tidak menggugat, rasa lapang dada, senang hati itu yang kita hendak. Itu maksud makmur dalam kerajaan diri. Kalau begitu, makmur dalam diri rasa berTuhan, rasa kehambaan, serah pada Tuhan, dunia tidak menggugat hati dan akan dapat keampunan Tuhan macam dalam negara. 


Makmur dalam negara bersifat material, dalam diri rohani dan maknawi. Makmur dalam negara bukan sebab untuk dapat keampunan. Tapi makmur dalam diri, jadi sebab dapat keampunan Allah, tathmainnal qulub ada beza. Maha Besar Tuhan. Kebenaran itu di akhir zaman nak dirikan Islam semula dalam diri dan alam sejagat, hendaklah kita berjuang untuk tegakkan Islam dalam diri. Kalau perjuangan kita ikut cara ini betulkan otak dulu hingga sampai dapat pimpin nafsu dan roh selaku raja dan orang besarnya hingga anggota lahir ikut baik, kalau benar-2 terjadi apa yang tergambar kepada kita? 


Kalau kita berjuang hendak tegakkan negara dalam diri dulu, ikut sistem Tuhan, otak jadi tuk guru yang baik hingga berjaya baiki orang jahat dalam diri, membaiki orang besar dalam diri. Rakyat jadi baik, kalau ada kerajaan dalam diri begitu. Kalau seorang sudah jadi begitu tergambar peribadi itu cantik, berakhlak, orang tengok ..ini malaikatkah? Diri dah selamat bila ketengah masyarakat akan menyelamatkan. Itu maksud selamat menyelamatkan. Bilamana seorang diri pun dah jadi kerajaan diri baik terlihat akhlak ke mana saja orang kata baiknya, malaikatkah? Orang melihat dia baik itulah kenyataan Islam selamat menyelamatkan. Inilah yang dimaksudkan sebaik-baik manusia yang akan memberi manfaat kepada orang lain barulah membenarkan Islam itu selamat-menyelamatkan. 


Belum lagi dia bertindak orang akan senang hati. Sikap tolak ansur, kasih sayang, budak kita bukan baik sangat bila jumpa tuk guru di Syria, orang kata kalau begini muridnya tuk gurunya macam mana? 
Hasilnya suatu hari nanti orang akan masuk Islam berbondong-bondong, Sekarang diri kita tak selamat kerana tidak ada bunga diri, tak ada akhlak, macamana nak selamatkan orang? nak hiburkan orang? Inilah huraian ayat tadi. Jangan terjemah syarah, ia sangat seni. Ia sangat berkaitan dengan negara, dalam negeri dan Islam selamat-menyelamatkan. Setelah dibangunkan kerajaan diri ikut kaedah Tuhan lahir manusia yang berakhlak, itulah maksud Islam itu selamat-menyelamatkan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N