Langkau ke kandungan utama

TOKOH PEJUANG Al QURAN DAN SUNNAH.

ULAMA PEJUANG Al QURAN DAN SUNNAH.


Allah (SWT) yang Maha suci lagi Maha tinggi amat menginginkan hamba-hambaNya dapat mensucikan diri dengan kebenaran Al Quran dan Sunnah. Siapa yang tidak betul-betul serius mencari kebenaran ini, pasti tidak dapat menguasainya. Karena kebenaran itu rahasia yang tersembunyi nun jauh di simpanan Allah. 


Hanya hamba-hamba yang amat menyintai Nya sahaja yang mungkin mendapatkannya, melalui usaha yang serius dan bukan main-main.Sekali pandang pada seorang yang begitu fasih melafaskan Al Quran dan Sunnah, tentu kita berkata “tentulah orang ini berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. 


Takkan seorang yang begitu fasih melafaskan Al Quran dan Sunnah, menentang apa yang diucapkannya.” Tapi dalam pengalaman kita, begitu ramai yang bercakap tapi tidak berbuat? Ada doktor yang melarang merokok tetapi dia adalah perokok.Sesungguhnya terhadap Al Quran dan Sunnah yang agung ini, manusia yang katanya merujuk atau berpegang dengan keduanya pun sebenarnya belum cukup menuruti apa kandungan Al Quran dan Sunnah itu. 


Yakni tidak semua orang yang ada ilmu Al Quran dan Sunnah itu bersikap dan beramal sebagaimana yang Al Quran dan Sunnah kehendaki. Bahkan apa yang biasanya terjadilah ramai sekali ilmuwan-ilmuwan tentang Al Quran dan Sunnah tersasar dari landasan ilmu syariat Allah ini. 


Mengapakah terjadi begitu sekali? Ya, supaya manusia tahu bahwa untuk menjadi orang yang bertaqwa yakni semulia-mulia manusia bukanlah mudah. Tidak cukup dengan masuk sekolah Al Quran dan Sunnah. Walaupun menjadi pakar Al Quran dan Sunnah tak cukup untuk menjadi orang bertaqwa.


Era kebangkitan Islam pertama mereka mencari Al Quran bergerak, contoh Para Sahabat bersama dengan Al quran bergerak (paktikal), iaitu Rasulullah sendiri. Ertinya kena cari guru-guru yang praktikal Al Quran dan Sunnah.(Kalau zaman Rasulullah dialah Alquran bergerak. Dalam tindak-tanduk harian mengikut Al Quran dan Sunnah).


Era kebangkitan Islam kali ini supaya membantu kita mengulangi apa yang berlaku pada kebangkitan pertama. –     Kena cari sekolah yg boleh membawa kita makin berilmu makin dekat dan makin takut dgn Allah. –     Serta bergurulah juga dengan siapa yang kelihatan nya memperniagakan hidup dan matinya untuk melaksanakan Al Quran dan Sunnah ini, di dalam kehidupannya sehari-hari.


Kita jangan terkeliru dan jangan tertipu dengan seseorang yang bercakap Islam tapi tidak amalkan. Kenalilah mereka dari dekat supaya kita tidak terlalu lama mengkagumi seseorang yang cakapnya tidak serupa bikin. Supaya kita  dapat mempelajari Islam sekaligus mengamalkan serta memperjuangkannya dari orang-orang yang tidak jujur terhadap kebenaran agama Allah ini. Moga-moga Allah sentiasa memimpin kita ke jalan yang benar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…