Langkau ke kandungan utama

PENDIDIKAN SUDAH ROSAK

UMAT ISLAM DIROSAKAN MELALUI PENDIDIKAN


( salah seorang murid Abuya sebagai pengusaha produk Islam daripada Sabah ).

( salah seorang anak Abuya bersama keluarganya, adalah lepasan pendidikan Abuya sendiri ).


Pendidikan Abuya adalah pendidikan Islam yang melahirkan masyarakat yang berkasih sayang, bertolong bantu satu sama lain. Ini kerana ilmunya dari matan Al-Quran dan Hadis, ijmak ulama dan kias. Memang itu yang sepatut dihasilkan dari pendidikan Islam. Tidak hanya merperkatakan perihal ilmunya malah ilmu itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Masyarakat awam pun terasa nikmat bersama mereka yang dilahirkan dari pendidikan Islam yang hakiki ini. Ilmu sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kebangkitan Islam. Wahyu yang diturunkan kepada baginda S.A.W. itulah ilmu dan panduan kepada para sahabat ridwanullah 'alaihim. Pengalaman bersama Abuya dalam menghadapi musuh.


Kita dikongsikan panduan oleh Abuya, cara kita berdepan dengan musuh iaitu dengan perkara yang sama atau isu yang sama ditangani oleh Abuya. Contoh musuh merosakkan umat Islam melalui bentuk apa, contoh pendidikan maka Abuya menggunakan pendidikan juga untuk menjawab tindakan musuh. Musuh buat tekanan pada umat  Islam dengan hiburan, maka kita sepatutnya tunjukkan hiburan Islam sebagai alternatif, begitu juga musuh gunakan lapangan ekonomi sepatutnya kita hadapai dengan perkara yang sama. Ertinya Abuya lebih mengambil tindakan adakan alternatif supaya umat Islam boleh memilih yang mana satu hendak diambil atau dilaksanakan. Musuh menganjurkan pendidikan yang merosakkan akhlak dan moral dan Abuya memberikan jalan keluar dengan menganjurkan pendidikan yang berteraskan akhlak mulia dan menyediakan insan yang berguna. 


Abuya Ashaari Muhammad dikenali sebagai pencetus produk-produk halal di Malaysia di tahun tujuh puluhan hinggalah sekarang. Seperti pengeluar produk kicap, cili sos me kuning. Dan sebagainya. Begitu juga Abuya dikenali dengan banyak mengeluarkan bahan-bahan bacaan seperti majalah dewasa, majalah kanak-kanak, remaja, umum, majalah muslimah dan lain-lain. Abuya juga menganjurkan program kebudayaan Islam. Seperti yang pernah dianjurkan dengan kerjasama UKM mengadakan program "malam puisi Islam" di dewan besar censelar UKM induk Bangi pada hujung tahun lapan puluhan. Sambutan sangat menggalakakkan dewan besar penuh dengan penonton. Begitulah seterusnya dengan perkara-perkara lain. Dengan Abuya menanamkan rasa cinta dan takutkan Tuhan lahirlah keluarga dan masyarakatnya bangsa yang berjiwa besar dan ada cita-cita besar. Maka tercetuslah satu perjuangan yang besar walaupun bilangan masyarakat bersamanya itu kecil sahaja. 


Dulu umat Islam dari kalangan orang Arab, bangsa Kurdi, Turki dan sebahagian dari bangsa Eropah pernah menjadi Empayar Islam. Mereka dihormati oleh bangsa-bangsa di dunia. Mereka menjadi guru dan ikutan kepada dunia. Sempat bangsa-bangsa di dunia menerima ilmu dari umat Islam. Itulah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Setelah nikmat yang besar itu di beri oleh Tuhan tidak dijaga dengan baik, setelah umat Islam cinta dunia, lahirlah hidup nafsi-nafsi dan takut mati untuk perjuangkan Tuhan, Akhirat, Rasulullah SAW, syariat dan akhlak mulia, Akhirnya Tuhan hukum umat Islam. 


Maka jatuh satu empayar Islam yang besar kemudian dijajah oleh penjajah dari Barat. Ada yang 
dijajah oleh British, Belanda, Sepanyol, Amerika, Jerman, Itali, Portugis dan Perancis. Ada negara yang 
dijajah 300 dan 400 tahun. Paling tidak 100 tahun. Empayar Islam jatuh kerana jiwa umat Islam sudah 
rosak dengan cinta dunia dan takut mati dalam untuk mempromosikan Tuhan. Bila penjajah ambil kesempatan untuk menjajah, umat Islam dirosakkan pula oleh penjajah. Umat Islam dirosakkan aqidah dan fikirannya melalui pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Akhirnya tercetuslah kerosakan yang begitu luas hingga ke surau, masjid, tempat hafal Quran dan hadis, rosak di tempat-tempat Islam dan di tempat-tempat fekah. 


Walaupun sekarang seluruh negara Islam sudah merdeka tetapi yang merdeka hanya fizikal. Aqidah, fikiran, perasaan, akhlak, syariat dan perpaduan belum merdeka. Sebab itu walaupun negara umat Islam ada yang sudah 100 tahun merdeka, negara kita sendiri 40 tahun dan ada yang 30 tahun namun begitu bukan sahaja tidak ada sebuah negara Islam yang menjadi empayar bahkan untuk dapatkan sebuah negara Islam yang boleh berdiri sendiri, kuat, dihormati dan dikenali oleh dunia seperti Jepun dan Korea, itupun tidak ada. Betapalah untuk jadi empayar. Sebaliknya negara-negara yang sangat kusut hari ini adalah negara-negara yang diduduki oleh umat Islam. Yang menjadi masalah hari ini ialah negara umat Islam. 



Kenapa? Kerana jiwa kita sudah lama dirosakkan. Yang ada hanya hidup membawa diri masing-masing dan fikir diri. Akhirnya tiada lagi bangsa umat Islam di dunia samada bangsa Melayu, India, Turki, yang berjiwa besar. Walaupun ilmu sudah besar, kekayaan sudah besar, langkah sudah jauh boleh round dunia, tetapi cita-cita kecil sangat. Apa cita-cita kita? Ada yang dari kecil sudah dididik oleh ibubapa dan guru, kalau pandai dapat sijil, dapat gaji besar, maka hebatlah hidup kita. Kecil sangat cita-cita. Hanya cita-cita diri. Kalau ada cita-cita kampung, mukim, daerah, negeri, negara, bangsa, masih boleh tahan. Tetapi setakat itu pun tidak ada. Masing-masing fikir tentang rumah, kereta, diri, keluarga sendiri. 


Semua orang di kampung dan di bandar sama pemikirannya. Mufti dan ulama juga berfikiran begitu. Perjuangan menjadi tidak besar akibat dari jiwa bangsa umat yang tidak besar. Kita fikir diri dan keluarga sahaja. Kalau bertemu satu sama lain samada antara keluarga atau dengan yang bukan keluarga, kita bercerita tentang makan, minum, pakaian, kasut, songkok, makan, ayam dan itik. Tidak lebih dari itu. Umat Islam tidak ada lagi jiwa besar. Bila tidak ada jiwa besar, tidak adalah cita-cita besar maka tiadalah perjuangan yang besar. Sebab itu kalau kita baca sejarah sejak 5, 6 ribu tahun dahulu sampai hari ini, bangsa yang jadi empayar itu bukan bangsa yang besar, yang bilanganya ramai, bukan yang negaranya luas tetapi bangsa yang menjadi empayar adalah bangsa yang: 

1. Berjiwa besar 
2. Ada bercita-cita besar 

Maka tercetuslah satu perjuangan yang besar walaupun bilangan bangsa itu kecil sahaja. Hari ini umat Islam dari kalangan bangsa Arab berjumlah lebih kurang 100-150 juta orang. Sewaktu menjadi empayar, hanya 2 atau 3 juta orang sahaja. Perjuangan tidak bergantung kepada ramai orang. Bangsa Kurdi menjadi empayar semasa Salehuddin Al Ayubi. Bilangannya pada waktu itu lebih sedikit iaitu sekitar 100-120 ribu. 


Sekarang puak Kurdi ada 5 atau 6 juta orang. Bangsa Turki pula sekarang ada 50 juta orang. 
Sewaktu menjadi empayar umat Islam, Turki hanya 1-2 juta sahaja. Waktu itu Turki 
menguasai 29 negara termasuk sebahagian Eropah. Ada bangsa yang besar tetapi tidak 
jadi empayar kerana cita-citanya kecil. China dan India, jumlah penduduknya besar tetapi tidak 
pernah jadi empayar. Orang Melayu sehingga sekarang ada 300 juta tetapi tidak menjadi 
empayar kerana cita-citanya kecil. Hanya fikir tentang makan, minum, ayam dan itiknya. 


Abuya menekankan pembinaan insan. Abuya mendidik bangsanya dengan pendidikan Islam. Pembinaan roh manusia ( pembangunan modal insan ). Supaya lahir bangsa baru iaitu bangsa yang membela Islam, bangsa yang memperjuangkan Allah Rasul. Bagaimana yang dilakukan kepada keluarganya begitu jugalah tindakan yang dilakukan kepada masyarakatnya. Abuya menanamkan rasa cinta dan takutkan Tuhan kepada keluarganya selibus yang sama diajarkan kepada masyarakat. Contoh yang lain daripada pendidikan, seperti ekonomi, Abuya memperjuangkan prodok halal dengan membuka kilang, premis yang menjual produk halal dan memasarkan produk halal yang diusahakan sendiri atau produk orang Islam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N